BAB 14

6.3K 417 3
                                        

Sampai sahaja di depan bangunan syarikat Dafiq Holdings, keluarga aku menunggu di lobi syarikat. Mahu menunggu Aylana dan keluarga Darrien tiba disini, cuma aku sahaja yang masih mengeluarkan barang-barang dari but kereta.

Itulah, bawa banyak sangat barang. Padahal nak pergi tiga hari dua malam aje pun. Hati aku mula berbisik.

Barang aku semua perlu bawa, nanti tertinggal susah pula aku nak pergi beli. Yang paling penting aku akan guna semua barang yang aku bawa. Walaupun hakikatnya aku hanya akan guna separuh sahaja. Tapi tak apalah, apa kata kita sediakan payung sebelum hujan. Tak ke gitu?

Monolog hatiku terhenti apabila pemandu keluargaku iaitu Pak Mail menegurku. Serta-merta kepala aku terarah kepadanya.

"Bagasi cik Danyra tu biar Pak Mail aje yang bawakan ke dalam." Aku menggeleng tanda tidak mahu. Mana mungkin aku akan susahkan Pak Mail untuk mengangkat bagasi aku yang berat ini.

"Tak apa, Pak Mail. Saya boleh buat sendiri. Bukannya banyak pun." ucapku seraya menggalas beg sandang. Tangan kanan sedang memegang beg tangan pemberian Darrien, manakala tangan kiri pula memegang telescopic handle bagasi.

"Kalau macam tu, Pak Mail balik dululah." Aku mengagguk sekilas sebelum mata teralih ke arah kelibat Pak Mail yang sudah masuk ke dalam kereta.

"Sini aku bawakan bagasi kau tu." Aku mengangkat kepala. Muncul Darrien dari entah mana, mahu membantu aku.

"Serious kau nak bawakan? Tak apa ke?" Dia angguk sebelum tersenyum manis. Dalam hati aku dah gelak jahat. Baik sangat kau ni Darrien.

Beg galas yang tersandang elok dibahu aku hulurkan kepada Darrien, begitu juga bagasi. Huluranku disambut olehnya. Dahinya berkerut.

"Beratnya, dia bawa apa ni?" omelnya perlahan.

"Hek eleh, tadi kau nak tolong sangat kan. Ha tolong la. Berat tu. Tangan dan bahu aku sakit." Aku menepuk-nepuk kedua-dua belah bahu. Muka simpati ditayangkan. Bibir dicebikkan sedikit. Mata pula dikedip-kedip sampai berpinar mata aku dibuatnya. Haha!

"Okay, princess." jawabnya pendek. Suara macam dah pasrah aje.

Aku melangkah pergi meninggalkannya bersama bagasi dan beg sandang kepunyaanku.   Sempat aku bersiul kecil semasa berjalan.

"Adik, Darrien mana? Ni keluarga dia dah ada, dia pulak menghilang." soal abang seraya matanya meliar mencari Darrien.

"Tak tahu. Ha tu, tengah bawa beg aku." Aku angkat bahu sebelum mataku tertumpu pada Darrien yang membawa dua bagasi dan satu beg sandang.

"Adik dah tak ada tangan ke sampai suruh Darrien bawakan beg adik?" Mummy pula menyoal. Memang muka aku ni nampak macam kaunter pertanyaan ke?

"Dia yang beria nak bawakan beg adik. Adik bagi je la." Jawapan yang selamat aku berikan. Walaupun jawapan tu tak convincing sangat, tapi tak apalah. Asalkan ada jawapan.

Seketika, Darrien muncul dan menghela nafas panjang. Nampak macam tercungap-cungap mencari nafas pun ada. Aku memandangnya pelik. Berat sangat ke beg aku tu? Soalan itu bermain difikiranku.

"Lana..." panggilku meleret apabila Aylana tiba di lobi. Dia melambaikan tangan dan menuju ke arahku.

"Sorry lambat, ada accident kat jalan raya tadi." ujarnya.

"Nah, it's okay. Bas pun baru sampai tu." Aku menghalakan jari telunjuk ke arah pintu.

"Kau orang masuk la dulu dalam bas. Biar lelaki sado lagikan handsome dua orang ni bawakan beg semua ni." Abang mempelawa dirinya dan Darrien untuk membawa bagasi aku dan Aylana.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang