BAB 8

7K 503 37
                                        

Pelukan dileraikan setelah suara mummy dan daddy menyapa gegendang telingaku. Aku menoleh ke kanan dan anak mataku menatap wajah mummy. Mummy menarik aku ke dalam pelukannya.

Air mataku tidak henti-henti sejak aku mendengar yang Darrien tidak pasti akan sedar ataupun tak. Aku masih tidak ada jawapan mengapa aku menangis.

Daddy, uncle Daud, aunty Dahlia dan Darriena turun untuk makan tengah hari di kafe hospital. Kata aunty Dahlia, aku pengsan selama 18 jam selepas ditikam semalam. Manakala Darrien pula masih tidak sedarkan diri.

Mummy menepuk badanku untuk menenangkan aku. Ternyata mummy juga menangis. Tapi, kenapa? Kami duduk di atas kerusi yang disediakan di tepi koridor hospital. Aku memandang mummy yang duduk disebelahku.

"Mummy minta maaf sebab dah tinggalkan adik seorang diri dekat rumah. Sepatutnya mummy bawa adik sekali pergi Langkawi." Tangan mummy menggenggam erat tanganku.

"Tak apa lah, benda dah jadi. Bukan salah mummy pun." jawabku.

Selepas aku dan Darrien dibawa ke hospital, keluarga Darrien terus datang ke hospital. Uncle Daud menelefon daddy tentang kejadian yang menimpa diriku. Mummy dan daddy mahu pulang malangnya tiket kapal terbang sudah habis dijual. Mereka mengambil keputusan untuk pulang pada pagi ini dan mereka sampai pada jam dua petang.

✾ ✾ ✾

Aku duduk termenung di atas katil di wad ini. Sudah semestinya wad VIP untuk diva seperti aku. Perkataan yang aku boleh ungkapkan sekarang ini ialah bosan. Hari ini aku hanya makan dan tidur sepanjang hari. Nak bergerak pun tak boleh disebabkan oleh luka tikamanku di pinggang masih belum pulih.

Mummy dan daddy telah pulang ke rumah terlebih dahulu untuk membersihkan badan dan berehat. Abang aku pula sudah dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Dia menghabiskan kerja dan segera pulang selepas mendapat berita tentang aku. Mummy dan daddy akan menjemput abang di lapangan terbang malam ini dan terus ke hospital untuk melawat aku.

Aku mengambil keputusan untuk melawat Darrien yang berada di wad sebelah. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke wad Darrien. Jam menunjukkan pukul sembilan malam. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan katil Darrien. Darrien masih lagi terlantar di atas katil.

"Darrien, bila kau nak bangun. Kau tak kesian ke tengok Darriena, mama dan papa kau tunggu kau bangun?" soalku walaupun aku tahu dia tidak akan dengar.

"Darrien, kau jangan mati lagi tau. Aku tak sempat lagi nak minta maaf dengan kau. Masa kau sihat aku banyak kutuk kau tapi dalam hati je lah." sambungku lagi.

Sengaja nak buat dia marah. Mana tahu dia terdengar dan sedar sepenuhnya lepas dengar luahan tak ikhlas aku ni.

Pintu wad ini dibuka oleh seseorang. Aku hanya membiarkan. Mungkin jururawat yang masuk untuk memeriksa keadaan Darrien sekarang ini.

"Hey little sister. Are you okay? Why are crying?" Aku mendongak untuk memandang gerangan yang menyapa aku. Aku tidak terkejut kerana sudah tahu bahawa itu ialah suara abang kembarku.

"I'm not crying." ujarku mendatar.

Abang meletakkan kedua-dua belah tangannya di muka aku. Kemudian, dia menyapu air mata aku yang turun ke pipi. Sejak bila entah aku menangis, aku pun tak tahu. Aku menangis di luar kawalan. Tahu-tahu je dah menangis.

"Dah tak payah menangis. Nanti tak cantik. Lagipun Darrien tak mati lagi kan?"

"Apa kena mengena dengan Darrien pulak ni?"

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang