BAB 24

6.9K 471 11
                                        

"Sayang, bangun... Sayang..." Suara serak basah Darrien yang memanggilku kedengaran indah di telingaku.

Aku masih lagi tidak bergerak walaupun seinci. Tangan tidak lepas daripada memeluk Darrien. Suhu badanku sudah kembali normal. Sekejap sangat ni aku demam. Pelik betul, biasanya paling kurang pun dua hari baru demam aku kebah.

"Sayang, bangun... Sayang..." Suara Darrien kedengaran aneh. Rambutku pula ditarik-tarik. Siapa yang tak puas hati sangat dengan aku ni sampai main tarik-tarik rambut.

"Sayang..." Sekali lagi suara itu menerpa gegendang telingaku. Macam suara...

Aku membuka mata dengan perlahan. Holy moly shit! Tolong! Aku rasa nak tanam diri sendiri sebab suara yang panggil aku tadi suara abang, suara pertama tu memang betul suara Darrien. Serta merta aku menolak tubuh Darrien ke tepi sehingga dia jatuh ke bawah mencium lantai. Dengan pantas aku duduk bersila dan menyandarkan badan ke kepala katil.

Aku senyum kekok ke arah abang. Nampak sangat senyuman yang tak ikhlas. Ikhlas ke tak ikhlas ke peduli apa aku.

"Rosak tau mata aku disebabkan tengok kau peluk Darrien," komen abang seraya menggulingkan bebola mata ke atas.

"Aku mana sedar, ingat ke bantal peluk tadi. Aku terpeluk dia tadi. Ni kau datang sini buat apa?"

"Melawat kau lah. Dengar cerita semalam demam sampai menggigil, siap merayu dekat doktor lagi tak nak makan ubat. Beria-ria minta doktor masukkan air je. Nasib baik aku tak ikut mummy datang sini kelmarin, kalau tak memang aku dah rakam kau."

"Aku tak ingat apa-apa pun semalam," jawabku. Dahi dah berkerut. Ini bukan pura-pura tapi memang betul aku tak tahu dan tak ingat. Abang hanya mengangkat bahu.

"Aku rasa aku gila sekejap semalam, itu yang tak dapat ingat apa-apa." Aku main cakap aje apa yang ada di minda. Tak gila kena rasuk dengan jin mana entah. Heh, apa aku melalut ni.

"Aku pergi office dulu, ada banyak kerja." Aku angguk dan abang melangkah keluar.

Aku tahu ia adalah kerja kedua abang kerana kami mendapat cuti kahwin selama dua minggu. Kesimpulannya, jadilah anak bos barulah ada keutamaan nak cuti. Daddy bermurah hati nak bagi cuti dua minggu. Sebagai anak yang taat, aku menerima cuti yang diberikan. Hihihi.

Seketika aku terlupa tentang Darrien. Macam mana keadaan dia. Aku mencari kelibat Darrien di pelosok wad peribadiku ini. Tak ada, hilang! Bila masa dia keluar, aku pun tak sedar.

Baru sahaja aku nak mulakan misi mencari Darrien, dia terlebih dahulu masuk ke dalam bersama seorang doktor perempuan. Cantik doktor ni, tapi lagi cantik aku. Self confidence is important, okay!

"Berdasarkan carta kesihatan, awak dah sembuh sepenuhnya. Demam pun dah kebah, cumanya tekak aje yang bengkak sikit tapi tak apa nanti saya akan bagi ubat sakit tekak masa nak discharge nanti," ujar doktor itu panjang lebar seraya menulis sesuatu di atas kertas di tangannya.

"Saya rasa awak ni cuma demam rindu. Suami awak ada terus awak sihat walafiat. Tapi itu semua atas kehendak Allah SWT juga," tambahnya dan dia menapak keluar.

Tapi aku rasa macam nak tampar aje mulut dia tu! Dia cakap aku demam rindu? Nonsense. Aku ni dah lama tau tak sakit! Nak aje aku jawab macam tu, tapi alhamdulillah imanku masih kuat untuk tidak bergaduh.

"Demam rindu eh? Demam rindu..." usiknya seraya mencucuk pipiku dengan jari telunjuknya.

Aku mencerlung tajam ke arahnya, nak nampak garang sikit. Tapi tak tahu la menjadi ke tak. Makin galak dia mencucuk pipiku.

"Darrien, tak payahlah!" Aku merengus tanda rimas. Dia buat tak endah aje. Kemudian, dia tarik aku ke dalam pelukannya.

"Darrien! Lepas! Kau nak bunuh aku ke!? Aku tak boleh bernafas!" jeritku sambil menepuk badannya. Pelukan dilonggarkan.

"Oh, semalam tu kau peluk aku sampai tak nak lepas tak apa pulak?" soalnya dan ada nada usikan di situ.

"Itu... Itu... Ha, itu sebab bukan aku yang kawal badan aku. Aku demam kan... Sebab tu lah otak aku tak berapa nak waras." Tergagap-gagap aku menjelaskan pada Darrien. Aku sedar tapi tak sedar, macam tu lah kiranya.

✾ ✾ ✾

Darrien yang sedang menguruskan pembayaran bil hospital di kaunter aku renung sekejap. Sambil-sambil itu aku bersiar-siar di taman hospital yang berada di sebelah kaunter pembayaran. Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan empat tahun berlari ke arahku dan memeluk kakiku.

Aku menunduk untuk memandangnya. Kanak-kanak itu menangis teresak-esak. Aduh, macam mana nak pujuk ni! Mana keluarga budak ni? Kalau kena culik baru tahu. Walaupun dekat hospital ramai orang, kita tetap tak tahu hati seseorang, sama ada baik atau jahat.

"Aunty! I'm Zafeera and you need to help me, I'm scared! My brother..."

"Zafeera, where are you?"

Muncul seorang kanak-kanak lelaki yang aku agak abang kepada kanak-kanak perempuan yang sedang memeluk kakiku. Dia menundukkan badan dan mendekati si kecil ini.

Baru aku sedar dipegangannya ada seekor kucing yang bewarna jingga, atau nama tepatnya ialah oyen si pembawa masalah. Kucing ni jatuh dari langit ke apa! Sejak bila boleh bawa masuk haiwan peliharaan dalam kawasan hospital?

"Abang Zafeer, tak nak lah macam ni. Jauhkan kucing tu," kata Zafeera sambil menahan sedu.

"Sinilah, dia tak gigit pun." Menggigil badan Zafeera apabila abangnya semakin dekat.

Aku juga menjauhkan diri apabila Zafeer mendekat. Zafeera yang memeluk kakiku aku heret sekali. Zafeer menyunggingkan senyuman mengusik.

Budak ni nak buat apa ni? Baru umur berapa dah pandai nak menakutkan orang. Aku cuak dan serentak itu Zafeer melepaskan oyen. Oyen melompat ke arahku tanpa segan-silu.

"Darrien, my husband!!! Help me!!!" jeritku. Pedulikan semua yang tengah tengok, yang penting aku selamat. Siot betul oyen melompat atas aku. Darrien segera berlari ke arahku apabila terdengar suara nyaringku.

"Kenapa?" soalnya bodoh. Ini buat-buat bodoh atau memang bodoh. Dah tak nampak ke aku tengah bergelut dengan oyen.

"Alihkan kucing ni cepat! Geli tahu tak!?" marahku. Segera Darrien meletakkan kucing itu di atas lantai, sebelum itu oyen sempat mencakarku. Tak guna kau kucing oren!

Aku dan Zafeera terus bersembunyi di belakang Darrien. Ada masa nanti aku cincang kau oyen, kau tunggu! Dari belakang aku curi-curi dengar perbualan Darrien dan Zafeer.

"Kenapa usik isteri uncle?" soal Darrien lembut. Kalau aku memang dah jerkah dah si Zafeer ni. Geram aku!

"Sorry uncle, Zafeer cuma nak usik adik aje. Zafeera selalu lari kalau jumpa kucing." Zafeer menjawab seraya menunduk.

"Kalau adik Zafeer takut janganlah usik dia macam tu. Zafeer tak sayang adik ke? Lepas ni jangan buat macam tu, mana boleh usik orang. Berdosa. Now, pergi minta maaf dekat aunty dan adik." Zafeer terus meminta maaf kepada Zafeera dan aku. Aku hanya mengangguk tanda memaafkannya.

"Ya Allah, Zafeer, Zafeera kenapa lari macam tu aje? Penatlah mama layan kamu berdua ni," bebel si ibu yang baru sahaja tiba.

"Sorry, akak tak perasaan kamu berdua ada sekali. Terima kasih jagakan anak akak sekejap," ucapnya seraya menggamit Zafeer dan Zafeera.

Aku menggeleng dan senyum segaris pada mama Zafeer dan Zafeera. Kemudian, aku meminta diri untuk pulang. Darrien memeluk bahuku dengan erat.

"Eee, takut kucing," kata Darrien seraya ketawa. Aku cubit dan memulas perutnya sekuat hati.

"Auch, sayanggg!"

"Padan muka. Hehe." Aku pandang Darrien dengan muka tak bersalah.

17122021

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang