Aku berjalan di belakang Darrien dan memegang bajunya erat. Kepala menunduk ke bawah tatkala mataku dan mata Charles bertemu. Badanku terasa sedikit menggigil.
"My love, are you okay?" soal Darrien seraya memusingkan badan menghadapku. Daguku dipagut lembut, serta merta anak mataku bertentang dengan anak mata Darrien.
"Hah? Okey kut," jawabku ragu-ragu.
"Duduk dekat abang. Jangan jauh dari abang walau satu saat pun." Lambat-lambat aku mengangguk mendengar arahannya.
"Danyra, I'm sorry. I promise I won't do that again." Charles datang ke arahku dan aku terus memeluk Darrien. Aku tak mahu melihat mukanya. Jijik dan takut.
"Abang, suruh dia pergi. I don't want to see him."
"Okey, okey. Tapi jangan nangis. Abang tak suka tengok sayang menangis."
"Danyra... Cucu grandma kenapa menangis ni?" Suara grandma memecahkan suasana yang sedari tadi sunyi sepi.
"Tak ada apa. Mata masuk habuk sebab kemas bilik tadi." Aku tak suka benda yang cliche tetapi aku terpaksa berikan jawapan cliche. Aku meleraikan pelukan dan mengesat air mata.
Nasib baik maskara aku waterproof. Tak adalah comot mana bahagian mata.
"Bagitahu grandma. I know you very well." Aku menggeleng dan menarik baju Darrien.
"Nothing." Sekali lagi aku cuba menipu.
"Mulut boleh menipu tapi bukan mata." Kata-kata grandma meninggalkan kesan dihatiku. Nak bagitahu ke tak eh? Lama aku berdiam diri sambil bermain dengan jari. Nervous.
"Charles. He almost touch my wife." Darrien menjawab bagi pihakku dan aku menunduk.
"We're going back to Malaysia tonight," sambung Darrien. Aku ditarik supaya duduk di sofa bersebelahannya. Aku memandang Darrien pelik. Cepatnya nak balik Malaysia, bila masa dia beli tiket?
"Charles! Are you out of your mind!? Danyra is Darrien's wife. You can't touch her. What's wrong with you!?" Bergema jerkahan grandpa di ruang tamu bawah ini.
"Grandpa, stop. It's okay. I don't think he remember what happened last night. He's under alcohol." Aku cuba menenangkan grandpa yang sudah merah padam mukanya.
"Get out from my house Charles, you're not my grandchild anymore." Suara grandma pula kedengaran. Charles bangkit dari duduknya dan keluar dari rumah dengan segera.
"Sorry, Danyra. Grandma tak tahu macam mana Charles boleh jadi macam tu. Sejak akhir-akhir ni dia selalu balik dalam keadaan mabuk. Grandma minta maaf."
"Tak apalah, benda dah jadi kan? Nak buat macam mana." Tenang aku menjawab walaupun perasaan takut masih lagi terselit.
Aku bercadang untuk tidak memberitahu pada sesiapa perihal ini tetapi apabila grandma mendesak terpaksa jugalah aku buka mulut. Mujur Claudia dan aunty Caroline sudah pulang ke rumahnya semalam, jadi suasana tidaklah begitu tegang.
"Okeylah grandma, grandpa. Kami naik dulu, nak kemas baju," kata Darrien seraya memegang jari jemariku. Dapat sahaja anggukan daripada grandma dan grandpa, kami terus naik ke atas.
"Bila masa abang beli tiket balik?" tanyaku sebaik sahaja sampai di bilik tidur. Darrien ni 24 jam berkepit dengan aku tapi bila masa dia beli tiket?
"Semalam," balasnya sepatah.
"Kenapa balik awal sangat? Kan abang janji seminggu nak duduk sini. Kesian grandma dengan grandpa. Tak habis lepas rindu lagi dekat cucu kesayangan dia ni tapi kita dah nak balik Malaysia."

YOU ARE READING
Veni Vidi Vici
RomansaRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...