Kepalaku tertoleh-toleh ke belakang sekali lagi. Kali ini dah masuk empat kali aku toleh ke belakang. Tak, ini bukan sebab terjumpa lelaki handsome ataupun ada penyakit terteleng, bukan! Firasatku mengatakan bahawa ada seseorang yang memerhati dari jauh.
"Kenapa asyik tengok belakang? Ada apa-apa ke?" soal Darrien seraya mengetatkan pautan di bahuku. Tak mahu aku terteleng lagi, mungkin.
"Saya rasa macam ada orang ikut kita." Aku berbisik perlahan di telinga Darrien. Darrien memandang aku tanpa riak.
"Dah sayang tu famous sangat. Lepas ni dah boleh stop jadi model, lagipun modelling tu part time aje kan?" Aku angguk mengiyakan.
"Tapi... Ini bukan sebab famous ke apa. Firasat saya mengatakan ada orang nak ikut kita pergi Jerman."
"Firasat sayang tu tak betul."
"Hei! Abang tak boleh menyangkal firasat saya. Firasat saya sentiasa benar, tak ada siapapun boleh menidakkan dan perempuan selalu benar. Perempuan tak ada salah, lelaki aje yang salah."
"Okay, you win tapi kan sayang... Ni dekat KLIA tau. Tempat ni terbuka dan luas, tak adanya orang nak buat jahat, stalk ke apa. Otak sayang sempit la, banyak sangat pengaruh drama korea yang entah apa-apa tu."
"Abang jangan nak mengutuk drama korea saya eh. Abang tu yang sebenarnya otak sempit!" bentakku geram.
Berani Darrien kutuk drama korea aku! Wah, memang nak kena brainwash sikit otak dia lepas ni. Okey itu aku tak kisah sangat, yang aku kisah sekarang ni, Darrien panggil aku otak sempit? What the... Aku tak mahu mencarut jadi sabarkan jelah hati yang sedang membara ini.
Aku menonong pergi meninggalkan Darrien bersama bagasi kami. Jalan punya jalan, aku terlanggar seorang gadis yang aku agak dalam umur belasan tahun menyebabkan fail-fail di tangannya jatuh. Segera aku menolongnya mengutip. Sedar diri bahawa aku yang bersalah akibat melanggarnya.
"Sorry, tak sengaja. Are you okay?" Aku meminta maaf seikhlas hati.
"Okey aje... Eh, cik Danyra kan?" soalnya sambil mengulum senyum. Aku menggaru kepala yang tidak gatal dan mengangguk.
"Saya nak autograph boleh? Saya minat sangat cik Danyra, you're my inspiration. Saya nak jadi macam cik Danyra, beauty with brain."
"Don't be me, just be yourself. You glow in your own light and fly with your own wings. Study smart and make your parents proud."
Aku menghulurkan kertas yang sudah ditandatangi ke arahnya. Dia menyambut huluranku dan berterima kasih, lalu dia berlalu pergi. Aku hanya melihatnya dan berjalan ke kaunter untuk check in.
"Wow, impressive. Pandai sayang berkata-kata," kata Darrien. Sejak bila entah dia curi dengar perbualan aku dan gadis tadi.
"Saya memang pandai, apa aje yang tak pandai."
"Apa yang berat sangat luggage sayang ni? Nak pergi seminggu tapi beratnya macam nak tinggal sana terus aje ni."
"Semua tu penting, tak boleh tinggal. Nanti saya rindu."
"Kalau tinggal abang sayang rindu tak?"
"Tak."
✾ ✾ ✾
Aku membuntuti Darrien yang mencari tempat duduk kami berdua. Darrien menempah tiket kapal terbang untuk kami berdua dan aku dilarang sama sekali untuk masuk campur katanya. Sudah semestinya business class ditempahnya. Eleh setakat business class memang celah jari dia aje. Suami aku memang kaya dan handsome...
Jumpa sahaja tempat duduk yang tertera pada tiket, aku terus melabuhkan punggung di atas kerusi. Hm, boleh tahan lembut juga la kerusi ni. Darrien di sebelahku, aku lihat dengan ekor mata. Mata dipejam buat seketika, namun gerangan yang memanggilku membuatkan mataku celik semula.
"Cik, saya minta maaf tapi dua seat ni untuk orang lain," kata pramugari yang bernama Wendy seraya menunduk. Mulutku melopong, tidak percaya apa yang aku telah dengar. Aku segera bangun dari dudukku.
"Mind to explain?" soalku mendatar.
"Pihak kami silap, sepatutnya yang duduk di sini orang lain. Receptionist tersalah print tiket. Maaf sekali lagi."
"Excuse me? Suami I bayar untuk business class kut, dahtu I dengan suami I nak duduk kat mana? Dalam jamban? Atau atas sayap kapal terbang?" sinis suaraku membidas kata-kata pramugari itu. Tangan naik memeluk tubuh.
"Ada dua seat kosong dekat economy class, kalau tak keberatan puan dan suami puan boleh berpindah duduk di sana."
"No!" Keras suaraku. Aku tak mahu berganjak. Kau jangan cabar aku, gunung berapi aku dah nak meletup ni. Apa punya servis la syarikat penerbangan ni, buat kerja tak cekap. Cuai!
"Tak apa. Kita orang akan duduk sana." Darrien memberikan kata putus dan menarik tanganku menuju ke bahagian ekonomi. Aku terpaksa mengikutinya. Hashtag ikut arahan suami.
"Kenapa pula kita yang kena duduk economy class, tak class langsung. Kita ada hak sebagai customer. Kenapa abang tak sokong saya tadi? Seumur hidup saya, saya tak pernah naik economy class tau. Huwargh, I hate this airline!" Rengekku seperti anak kecil.
"Diam sayang, malulah orang tengok." Terhenti rengekkanku apabila Darrien menegur. Aku termalu sendiri tatkala beberapa pasang mata memerhatiku. Aku buat-buat tak nampak yang mereka sedang memerhatiku. Jatuh saham oi! Apa kelas muka cantik tapi perangai macam budak-budak...
Aku mengambil tempat bersebelah tingkap. Kira okeylah, terpujuklah sikit rasa tak puas hati aku ni. Darrien menghulurkan sepaket kecil kacang kepadaku. Kening diangkat tetapi hulurannya aku sambut juga.
"Mana dapat kacang ni?"
"Ada budak kecil bagi tadi, comel dia tadi. Rugi sayang tak kenal dia."
"Buang masa and I don't like kids. Menyusahkan dan suka merengek. Sakit telinga kalau dengar dia orang menangis atau menjerit."
"But you're one of them."
"I'm not a kid anymore. I'm an adult."
"Still, you're a kid to me. Good old days bila sayang merengek masa kecil dulu."
"Itu cerita zaman purba jangan diungkit. Haram disebut dan diceritakan pada orang lain. Noktah. Titik. Fullstop."
"Haha, malulah tu."
"Dah tau tanya lagi, benci!"
"I love you..." Entah apa-apa aje suami aku ni.
Aku menyandarkan belakang badan ke kerusi. Taklah empuk mana macam business class, tapi bolehla... Mata yang hampir-hampir tertutup sedaya upaya aku celikkan semula.
"Mengantuk ke?" soal Darrien.
Aku hanya menganggukkan kepala. Fikiran pun dah melayang entah kemana. Ini salah aku yang kuat tidur ataupun salah syaitan yang suka bergayut dekat kelopak mata?
"Tidur la, kepala sandar dekat bahu abang," ujarnya.
Serta merta aku melentokkan kepalaku ke bahunya. Lengan kekarnya aku peluk dengan erat. Dia menggosok kepalaku dengan tangan kanannya. Aku tidak menghiraukan lagi dan terus melelapkan mata...
26122021

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
Roman d'amourRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...