Aku memandang Darrien yang sedang memandu. Matanya fokus ke arah jalan raya yang sedikit lengang dari biasa. Mungkin kerana waktu ini waktu bekerja.
Tiba-tiba sahaja aku berdebar apabila melihatnya, rama-rama di dalam perut mula mengepak riang. Perut diusap untuk melegakan debaran di dada. Apasal yang berdebar sangat ni!? Aku dah nak mati ke apa?
Kereta diberhentikan di perkarangan rumah agam mummy dan daddy. Kata Darrien, dia mahu tinggal di rumah mummy dan daddy atas faktor kesihatanku tetapi aku dah sihat walaupun belum sepenuhnya.
Pintu kereta aku buka dan melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Darrien sendirian. Apa ingat aku ni baik sangat ke nak pelawa dia masuk? Kaki ada kan, jalan lah sendiri!
Ruang dapur dituju dan aku duduk di atas kerusi menunggu mummy. Sebelum sampai tadi, sempat aku baca mesej mummy mengatakan makan tengah hari sudah hidangkan. Tunggu aku datang sahaja. Opsie! Aku dan Darrien.
Hampir lupa bahawa aku sudah mempunyai suami tetapi perangaiku seperti budak-budak. Budak-budak pun boleh insecure dengan perangai aku! Hai laaa, aku bukannya nak mengutuk diri sendiri tapi gitulah.
"Termenung apa tu? Makanlah, nanti sejuk tak sedap." Monolog hatiku terhenti apabila suara mummy menerpa sistem pendengaranku. Lauk-pauk masakan mummy dicedokkan ke dalam pinggan.
"Daddy tak balik lunch ke?" soalku. Darrien disebelahku hanya makan dengan senyap. Sesekali dia mengerlingku.
"Tak balik katanya, ada client nak jumpa," jawab mummy. Automatik kepalaku mengangguk mendengar jawapan mummy.
"Mummy... Abang dengan kak Lana duduk sini lagi ataupun dah pindah?"
"Duduk sini lagi, kenapa? Ha lagi satu, adik kan sebaya aje dengan Lana kenapa nak kena panggil 'akak' bagai? Pelik-pelik betul budak ni."
"Kan adik panggil abang Daryan abang, mestilah kena panggil isteri dia kakak." Selamba aku menjawab. Terasa biadap apabila tidak menggelarkan kakak iparku sebagai kakak.
Selesai makan tengah hari, aku membasuh pinggan mangkuk yang penuh di dalam singki. Terlebih rajin pula aku hari ni sehinggakan Acik Siti nak tolong pun aku tak bagi. Darrien terlebih dahulu masuk ke dalam bilik untuk berehat. Mummy pula entah ke mana, aku pun tak tahu.
Masuk sahaja ke dalam bilik tidurku, mataku terpandang akan susuk tubuh Darrien yang terbaring di atas katil. Perlahan-lahan aku berjalan mendekati katil, takut Darrien terjaga. Kepala menunduk memandang Darrien yang sedang tidur. Sengaja aku menyapu mukanya dengan rambutku. Hai tengah tidur pun comel!
Apabila dahinya sedikit berkerut, segera aku menyanggul tinggi rambutku. Baru sahaja beberapa tapak aku melangkah untuk keluar, tanganku diselar sehigga aku terjatuh menghempap badan Darrien. Terkebil-kebil aku memandang Darrien yang sudah terbuka luas matanya.
"Darrien... Bukan tadi kau tidur ke?" soalku takut-takut. Lalainya aku sampaikan tak sedar dia dah bangun.
"Tak tidur pun, saja nak test." Test? Nak uji apa? Pelik betul perangai suami aku ni.
Aku cuba bangun untuk melarikan diri tetapi pinggangku dipeluk erat oleh Darrien dan menyebabkan badanku kembali melekap dengan badannya. Tangan naik menahan dadanya.
"Stop Darrien! Remember our rules," kataku tersekat-sekat.
"Correction, yours." Suaranya perlahan seakan-akan berbisik. Pinggangku dilepaskan dan segera aku menapak keluar dari bilik. Tangan mengusap dada sendiri. Fuh! Sesak nafas aku dibuatnya. Lemas betul kalau duduk berduaan dengan Darrien.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...