Nampak sahaja kelibat abang dan Aylana yang sedang duduk di suatu sudut, laju kaki aku berjalan menghampiri mereka berdua. Beg tangan dihempas perlahan di tas meja. Kerusi ditarik ke belakang dan punggung dilabuhkan bersebelahan Aylana.
"Kau kenapa? Cemberut semacam je muka." soal abang. Dia memandangku dengan riak hairan. Aylana juga turut memandangku.
"Stop looking at me like that." ujarku. Dahi dikerutkan sedikit. Obvious sangat ke muka aku yang baru lepas bergaduh ni.
"I know that expression. Adik, kau gaduh dengan siapa? Bagitahu cepat. Biar aku belasah dia."
Baru sahaja aku ingin bersuara, kerusi di hadapanku diduduki oleh seseorang. Darrien duduk di hadapanku bersama muka yang tidak bersalah. Dah buat salah lepas tu diam aje, ha eloklah elok sangat!
"Duduk, makan." arah Darrien.
Macam tahu-tahu aje yang aku nak lari. Sebenarnya lebih kepada nak avoid dia. Kalau boleh muka dia pun aku tak nak pandang. Kenapa riak wajah dia tenang? Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Hot pot yang berisi sizzling mee itu disua ke arahku. Bibirku ternaik sedikit, senyum sinis. Keningku dijongketkan beberapa kali, tanda tak faham. Matanya terarah kepada hot pot itu. Aku diam tidak berkutik.
Suasa hening dan sunyi di meja makan kami. Bunyi sudu berlaga pun tak ada. Suara abang memecahkan suasana hening, "Oh, gaduh dengan Darrien rupanya. Siapa yang start dulu?"
"Aku... Aku tertengking dia tadi. Sumpah aku tak sengaja." Darrien berkata dengan nada perlahan. Ingatkan tak nak mengaku salah.
Abang menepuk bahu Darrien. "Adik aku ni memang macam ni, dia tak boleh orang marah dia sebab nanti dia pulak yang marah orang. Mummy dengan daddy tak pernah naikkan suara bila marah kita orang, mungkin sebab tu dia emo sikit."
"Shut up both of you!" kataku dengan nada yang tertahan. Automatik kepala mereka berpusing menghadapku.
"You!" Jariku ditudingkan kepada Darrien. Rahang diketap rapat, betul-betul marah dengan perbuatannya yang menengking aku tadi.
"I hate you. I hate you so much. I freaking hate you. Get out of my face. Now!" Bergetar suaraku semasa menuturkan ayat itu.
Darrien bangun dan berlalu pergi meninggalkan meja ini. Aku menghela nafas, mata dipejamkan buat seketika.
Aku memandang abang apabila terasa diriku ditenungnya. Aku tak dapat nak tafsir riak wajahnya sekarang ini. Abang nak marah aku sebab aku halau Darrien ke?
"Du liebst ihn, oder?" soal abang.
Aku menggeleng kepala, kemudian aku menyuap makanan ke dalam mulut. Selesai sahaja menguyah, aku membalas soalannya dengan soalan.
"Du liebst sie, nicht wahr? Heirate sie, ich kann es kaum erwarten, sie als meine Schwägerin zu haben." Aku senyum manis ke arah abang.
"Cepat sikit eh, aku dah tak sabar." tambahku lagi. Muka abang dah merah. Haha! Kan dah terjerat tu.
"Weh aku sedut air kau sampai habis tau, tak sempat nak order air sebab gaduh tadi. Bye abangku sayang." ujarku seraya membuka langkah panjang. Nak lari dari abang sebelum dia menjerit.
"Adik!" jeritnya. Tak kuat sangat tapi tetap aku dengar. Kan dah cakap tu, masin betul mulut aku. Haha!
Aku masuk ke dalam bas dengan riang. Seronok dapat kenakan abang. Aku menjeling Darrien tatkala dia memandangku. Bunyi notifikasi dari telefonku mematikan niat aku ingin berperang mulut bersama Darrien. Segera aku buka aplikasi Whatsapp.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...