"Argh! Luna!” Luna hanya tersenyum nipis kepada peminat-peminatnya. Dia baru sahaja keluar daripada airport terus ramai wartawan dan peminatnya menunggunya.
Sinar cahaya camera tidak lepas daripada terpancar di wajahnya. Nasib baiklah dia memakai cermin mata hitam.
Bodyguard nya sedaya upaya menjaganya memandangkan terlalu ramai peminatnya. Ada yang tolak-menolak. Dia ada juga memberi tanda tangannya kepada peminatnya.
“Thank you so much. Saya memang peminat awak. Koleksi baju awak semua saya beli. Your designs are so beautiful,” puji salah seorang peminatnya selepas mendapat tanda tangannya.
“Luna,” panggil penolong kanannya, Lia. Luna menoleh ke arah Lia.
“We need to go now.” Luna menganggukkan kepalanya. Sebaik sahaja pintu vannya terbuka Luna terus masuk dan melabuhkan punggung di kerusi.
Sebelum vannya bergerak keluar daripada airport sempat dia melambai peminat-peminatnya. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.
***
“Hah!” terus dia menyandarkan kepalanya ke kepala kerusi. Wajahnya yang tersenyum tadi bertukar menjadi serious. Lia sudah menelan air liur. Pemandu pun sama.
“Now tell me. Macam mana peminat aku dengan wartawan semua tahu aku dekat airport? Bukan aku dah suruh korang settle kan ke? Nasib baik lah aku sedia. Kalau tak?”
Semua mendiamkan diri. Hanya satu sahaja di fikiran Lia iaitu…I’m dead today. Luna memandang Lia dengan tajam. Sebenarnya dia tidak suka dengan suasana seperti tadi. Terlalu ramai orang dan juga wartawan. Serabut!
Melihat suasana menjadi semakin senyap, Luna menyandarkan kepalanya ke kerusi dan memejamkan matanya. Penat!
Perjalanan 12 jam dari Itali ke Malaysia sangat memenatkan. Ingatkan bolehlah dia rehatkan badannya sebaik sahaja balik ke Malaysia.
Rupa-rupanya tidak. Rancangan sebenarnya adalah dia mahu balik ke Malaysia dengan senyap supaya dia dapat berehat terlebih dahulu.
Memandangkan wartawan sudah tahu akan kepulangannya terpaksalah dia ke tempat paling dia benci.
Satu-satunya tempat yang dia paling tidak ingin pergi.
“Kita pergi ke rumah Tan Sri,” perintah Luna.
Pemandunya menganggukkan kepalanya. Penolong kanannya iaitu Lia pun turut menganggukkan kepalanya. Perasaan bersalah mula muncul di dalam hatinya.
Salah dia kerana Luna tidak dapat merehatkan badan. Dia faham dengan pekerjaan Luna. Jadual majikannya sangatlah penuh.
Pagi sudah ada meeting. Tengah hari pula berurusan dengan orang luar.m Petang pula menguruskan model-model syarikatnya. Malam pula fashion show.
Bagai manalah boss nya ini mampu bekerja dari pagi sampai malam. Kadang-kadang sarapan pun tidak sempat.
Kalau sempat pun, hanya sekeping roti sahaja. Dia akui yang boss nya ini sangat rajin dengan pekerjaannya.
Tetapi boss nya ini terlalu banyak bekerja sehingga keadaan diri sendiri dilupakan. Pernah juga Luna terpaksa dimasukkan ke hospital kerana badannya terlalu letih dan kekurangan air.
Banyak kali mendengar bebelan doktor. Satu pun tidak masuk ke dalam kepala otak Luna.
Haih, apalah nasib aku jadi penolong kanan dia.
Dia merenung wajah Luna.
“Cantik sangat ke aku ni?” tanya Luna sambil memejamkan matanya. Lia terus mengalihkan pandangannya.
“Boss dah lama cantik. Sejak hari pertama saya kerja saya terpikat dengan boss,” kata Lia. Luna mencebik.
“I’m not lesbian,” pesan Luna sebelum mengeluarkan ketawa nya. Pemandunya dan Lia pun turut tergelak. Sudah lama dia tidak mendengar tawa Luna.
***
Luna mengeluh perlahan sebelum memandang banglo mewah yang sudah sedia ada di hadapannya. Sudah lapan tahun dia pergi meninggalkan rumah besar itu. Kini, dia pulang semula. Untuk apa? Dia sendiri pun tidak tahu.
Dia tersenyum melihat Pak Mat iaitu pemandu keluarganya yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan rumahnya. Mungkin Pak Mat baru sahaja menghantar Tan Sri.
Luna mula melangkah masuk ke dalam kawasan rumah Tan Sri dan Puan Sri. Dia tersenyum kepada Pak Mat. Pak Mat dan dirinya sangat rapat.
Baginya di dalam rumah ini hanya Pak Mat dan Mak Nom sahaja yang baik dengan dirinya dari dahulu sehinggalah sekarang.
“Assalamualaikum, Pak Mat,” ucap Luna. Betapa gembiranya Pak Mat apabila melihat Luna.
“Waalaikumussalam, Luna. Allah…lama betul Pak Mat tak melihat kamu. Berapa tahu eh sejak kamu belajar luar,” kata Pak Mat.
“Lapan tahun dah Pak Mat.” Pak Mat menganggukkan kepala. Sedang Luna dan Pak Mat berborak sepasang mata elok sahaja melihat Luna daripada dalam kereta yang dipandu oleh Pak Mat tadi.
“Pak Mat baru je hantar Tan Sri,” kata Pak Mat. Luna menganggukkan kepalanya dan memuncungkan mulutnya ‘o’.
Mata Luna tiba-tiba sahaja menghala ke arah kereta. Dia boleh nampak seseorang masih lagi berada di situ.
Tetapi melihat orang yang dia tidak kenal terus dia mula memandang ke tempat lain. Mungkin malas mahu mengambil tahu.
Tujuan dia ke sini bukan untuk mengenal dengan sesiapa. Dia ke sini hanya untuk berjumpa dengan Puan Sri dan juga Tan Sri.
Luna masuk kedalam rumah itu. Masih lagi sama seperti dahulu. Tiada pun yang berubah.
“There you are,” kata satu suara. Luna memandang Puan Sri yang baru sahaja turun daripada tingkat atas. Tiada satu senyuman pun di wajah Luna.
Perasaan teruja pun tidak. Dia hanya mendiamkan diri apabila Puan Sri memeluknya.
“I miss you,” ucap Puan Sri ataupun lebih dikenali sebagai Maria.
“Thank you for missing me but saya datang bukan untuk dengar ucapan ‘I miss you’ ,” kata Luna dengan dingin. Pandangan kosong diberikan kepada Maria. Hatinya tidak terusik pun dengan ayat ‘I miss you’ itu.
“Hey, kenapa balik-balik je dah moody ni?” tanya Maria. Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Luna.
“Entahlah. Tengok Puan Sri je dah jadi macam ni. Mungkin memang semula jadi kot bila orang tengok je Puan Sri dia jadi moody. So jawapan untuk soalan Puan Sri tadi adalah sebab Puan Sri sendiri. It’s natural,” kata Luna sebelum menepis pegangan Maria daripada bahunya. Maria mengetap bibirnya.
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...