☾︎ Bab 36 ☽︎

1K 35 0
                                    

Luna masih lagi menjauh daripada Dayyan. Bila Dayyan tanya sepatah, dia pun jawab sepatah. Dan sarapan pun mereka tidak bersama. Jarang sekali tidak seperti dahulu.

Nak dekat seminggu mereka seperti itu dan Dayyan mula menjadi risau. Lagi-lagi melihat betapa gembiranya Luna apabila bersama dengan Kai tapi bukan dengan dia.

Keluar saja daripada bilik tidur, Dayyan melangkah ke dapur dan melihat Luna sedang menyusun makanan untuk sarapan mereka.

Dayyan melabuhkan punggung di atas salah satu kerusi. Pinggang yang berisi nasi goreng ditarik ke hadapannya.

Apabila melihat seperti Luna ingin beredar, Dayyan terus menghalang. Tangan Luna diraih menyebabkan langkah Luna terbantut.

Agak lambat untuk Luna menoleh ke belakang. Wajahnya kelihatan kosong. Tiada langsung reaksi muka. Senyum tidak, marah pun tidak.

"Luna nak pergi mana?" soal Dayyan  lembut. Cuba memujuk Luna.

"Nak pergi kerja. Luna dah lambat," jawab Luna sebelum dia mahu menarik tangannya namun pegangan Dayyan sangat kuat membuatkan Luna berkerut.

"Dayyan nak apa?" wajah Luna seperti tidak suka dengan sikap Dayyan yang menghalangnya namun Dayyan biarkannya sahaja.

"Jomlah makan sekali. Dah lama kita tak breakfast sama-sama." mendengar permintaan Dayyan itu membuatkan Luna diam untuk seketika.

"Sorry. Luna memang dah lambat." Dayyan tidak boleh nak buat apa. Tangan Luna dilepaskan. Dia memandang pemergian Luna dengan mata yang sayu.

Nasi goreng di hadapannya dipandang kosong. Kemudian, dia memandang kerusi di sebelahnya yang kebiasaannya Lunalah duduk di situ sambil berbual dengan dia.

Satu memori yang dia sangat rindui. Sarapan bersama isterinya.

Dayyan meletakkan tapak tangannya pada atas kerusi tersebut sebelum memejamkan matanya.

"Luna," sebut Dayyan perlahan.

***

Bekal di tangan dijiinjing dengan gembira. Lebih kurang satu jam dia menyediakan lunch hari ini.

Dayyan sendiri membuat keputusan untuk membawa bekal untuk Luna. Dan pastinya Luna tidak tahu tentang kedatangannya.

Sampai saja di lobi, Dayyan terus naik ke tingkat di mana terletaknya pejabat Luna. Dengan langkah yang teruja dan gembira, Dayyan menuju ke pejabat Luna.

Dengan senyuman yang lebar dia membuka pintu bilik Luna.

"Luna..." senyuman Dayyan terus hilang. Matanya tajam melihat Kai yang sedang berbual berhadapan Luna.

Luna sedikit terkejut dengan kehadiran Luna. Tak ada angin, tak ada ribut, tahu-tahu je dah ada dekat depan pintu.

Dayyan tanpa banyak cakap, dia terus menghampiri Luna lalu melabuhkan punggungnya sebelah Luna di sofa yang sedia ada di dalam bilik itu.

Tersentak Luna dibuatnya apabila pinggangnya ditarik oleh Dayyan. Dia memandang Dayyan dengan wajah yang terpinga-pinga. Dayyan pula sudah berperang mata dengan Kai.

"Dayyan buat apa ni?" soal Luna. Dayyan menolehkan wajahnya memandang Luna dan dia tersenyum. Bekal di tangan di angkat ke atas.

"Dayyan ada bawak lunch untuk Luna." dia meletakkan bekal itu di atas meja dan dibuka penutupnya. Satu bilik penuh dengan bau steak yang dimasak oleh Dayyan.

Dayyan terus memotong steak itu lalu dihalakan ke Luna. Mulutnya terbuka mengisyaratkan supaya Luna pun turut sama membuka mulut.

"Aaa...." Luna agak teragak-agak memandangkan Kai masih kagi berada di hadapannya. Dia memandang steak itu dan Dayyan silih berganti.

Kesian pula dia tengok Dayyan berusaha membuatkan dia lunch. Ingatkan dia nak skip je.

Luna pun membuka mulutnya dan suapan itu masuk ke dalam mulut. Dayyan tersenyum sehingga menampakkan giginya. Rambut Luna diusap lembut.

"Good girl," kata Dayyan sehingga membuatkan Luna terpanar. Dia merenung memandang Dayyan yang masih lagi tersenyum kepadanya.

"Ehem!" lamunannya mati apabila Kai mula bersuara. Kai bangun berdiri sebelum meminta untuk keluar terlebih dahulu. Mungkin dia faham dengan situasi.

Luna pun menganggukkan kepalanya dan matanya mengikut langkah Kai yang keluar dari biliknya. Dayyan di sebelah pula hanya menjeling pemergian Kai.

Sibuk je nak kacau bini aku, bisik hati Dayyan sebelum dia bersorak berjaya membuatkan Kai keluar daripada bilik itu.

"Luna nak lagi?" sekali lagi steak yang telah dipotong  dihalakan ke arah Luna. Luna tidak memberi respon.

"Dayyan buat apa dekat sini?" soal Luna dan kembali serius.

"Saja. Nak bagi Luna lunch kalau tak...nanti mesti Luna skip," jawab Dayyan. Luna bangun berdiri sebelum berkata,

"Thank you for the lunch but... Luna tak nak makan." baru saja dia nak melangkah pergi, tiba-tiba lengannya ditarik kuat.

Terkejut Luna apabila punggungnya melabuh di atas riba Dayyan dan pinggangnya pula sudah dipeluk erat oleh Dayyan.

"Duduk dan makan," ujar Dayyan dalam nada yang tegas. Wajah dia juga serius. Mata Luna terkebil-kebil sebelum dia menganggukkan kepalanya.

Dayyan yang tadi kelihatan seperti memarahi dia kini, tersenyum gembira semula. Berubah 360 darjah.

"Aaa..." Luna membuka mulutnya dan potongan kecil steak itu masuk ke dalam mulutnya. Bermulalah sesi suap menyuap hingga steak itu habis masuk ke dalam perut Luna.

Sesekali Luna memuji masakan Dayyan namun di dalam hati saja.

"Dayyan tak makan?" soal Luna. Hatinya mula cair dengan  sikap Dayyan. Pergaduhan yang dulu makin lama makin hilang. Lagipun nak bergaduh sampai bila? Sampai cerai? Ish! Tak nak!

Soalan itu dibiarkan dan Dayyan hanya merenung wajah Luna lama. Luna mengangkat kedua-dua belah keningnya. Baru saja dia ingin membuka mulut, bibirnya terus disambar oleh Dayyan.

Untuk beberapa saat bibir Luna diserang oleh Dayyan sebelum Dayyan sendiri yang meleraikannya. Dayyan menjilat bibirnya.

"Sedap jugak steak tu," kata Dayyan menyebabkan Luna terasa seperti pipinya membahang. Luna menyentuh bibir sebelum tersenyum nipis.

"Sejak bila Dayyan jadi nakal ni?" soal Luna. Mencurigakan... Dayyan tersengih sambil menarik pinggang Luna supaya lebih rapat.

"Luna tak suka?"

"Bukan tak suka tapi Dayyan nampak lain. And benda tu buat Luna lagi susah nak kenakan Dayyan."

"Dayyan nampak lain?"

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now