☾︎ Bab 3 ☽︎

1.5K 84 5
                                    

Dayyan terdiam. Perlu ke dia masuk? Wajib ke? Dia berasa sangat segan apabila bersama dengan Luna. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Bila Luna dekat dengannya hatinya mula berdebar.

"M...masuk?"

"Yelah...aku suruh masuk. Kenapa?" tanya Luna. Dayyan hanya diam.

"Kau tak perlu risaulah. Takkan kena tangkap basah punyalah," kata Luna. Dayyan pun menganggukkan kepalanya dan melangkah masuk ke dalam bilik Luna.

Dayyan terpana seketika melihat bilik Luna. Sangat elegant. Daripada bilik pun Dayyan sudah boleh tahu yang Luna bukan jenis perempuan yang 'girly'.

Bilik Luna hanya mempunyai warna putih, kelabu, hitam dan emas. Sangat moden.

"Sampai esoklah tangan aku macam ni," sindir Luna. Dayyan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Luna di hujung katil. Terdapat jarak diantara mereka.

Dayyan teragak-agak memegang tangan Luna. Bukaan pembalut di tapak tangan Luna dibukanya.

'Sejuknya tangan dia,' monolog Luna.

"Aku nak tanya. Mak Nom mana?" tanya Luna bagi memecahkan suasana.

"Puan Sri dah pecat dia," jawap Dayyan. Mata dan tangannya masih lagi merawat tapak tangan Luna.

Luna sudah menahan marah apabila mendapat tahu Mak Nom sudah dipecat. Patutlah tadi dia tidak nampak batang hidung Mak Nom.

"Siapa nama kau?"

"Dayyan." Luna menganggukkan kepalanya. Ada juga dia berkerut menahan pedih di tapak tangannya. Teruk juga luka dia.

"So kau lah budak tu." Dayyan mengangkat wajahnya memandang Luna.

"Budak?" berkerut dahi Dayyan. Apa yang dikatakan okeh Luna? Budak mana?

"Budak pendek yang buat perjanjian dengan aku dekat belakang rumah ni." Dayyan menggelengkan kepalanya.

Sungguh dia masih lagi tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Luna.

Budak pendek? Perjanjian? Belakang rumah ni? Apa semua ni?

"Tak apalah. Kau habiskan kerja kau ni dulu," kata Luna. Dayyan kembali merawat luka Luna.

"Okay. Dah siap." Luna membelek tangannya. Sebelum mengucapkan terima kasih kepada Dayyan.

"Thanks."

"Your welcome," balas Dayyan sambil pandangannya ke bawah lantai.

Dia tidak mahu berfikir jauh kerana pemakaian Luna yang hanya memakai bathrobe separas lutut menampakkan betis putih Luna.

"Ehem." Luna berdehem. Dia tahu Dayyan menundukkan pandangan kerana pakaiannya.

"Ada apa-apa lagi ke, Cik Luna?" tanya Dayyan dengan formal. Luna tersenyum. Entah kenapa dia suka mendengar Dayyan memanggilnya begitu. Comel.

"Kau betul-betul tak ingat pasal budak tu?" tanya Luna. Dayyan menggelengkan kepalanya dengan yakin. Ya, dia memang tidak ingat.

"Sini. Biar aku ingatkan kau." Luna menyuruh Dayyan merapatkan wajahnya. Dayyan dengan perlahan menghampiri Luna. Luna membisikkan sesuatu di telinga Dayyan.

"Will you marry me? Ayyan?" bisik Luna sebelum menjauhkan wajahnya semula. Merah terus wajah Dayyan dibuatnya. Bukan itu saja. Mata Dayyan pun sudah terbeliak.

'Okay. Dia dah ingat.' monolog Luna sambil tersenyum. Dayyan memandang Luna. Makin merah wajahnya apabila melihat Luna tersenyum kepadanya.

Belum sempat apa-apa Dayyan terus bangun berdiri.

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now