☾︎ Bab 46 ☽︎

1.4K 45 0
                                    

Selesai sahaja meeting bersama client, Luna mula menuju ke bilik kerjanya untuk mengambil kunci kereta. Perut dia sudah bernyanyi menandakan perlu diisi dengan segera.

Sambil melangkah, sempat dia memberikan senyuman kepada pekerja-pekerja dia yang sibuk mengemas barang untuk pergi lunch.

Tombol bilik dipulas sebelum pintu itu dibuka dan Luna terhenti dan berkerut melihat seorang lelaki sedang duduk membelakanginya.

Luna menutup pintunya dengan perlahan sebelum mendekati lelaki itu.

Sampai sahaja dia di belakang lelaki itu, dia terus berdehem.

"Hello?" tegur Luna. Lelaki itu agak terkejut apabila ditegur sebegitu. Dia terus bangun dari kerusi dan menoleh ke belakang menghadap Luna.

Bertentangan saja mata mereka, masing-masing terkejut. Luna tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Setelah lima tahun dia melarikan diri...

"L-Luna," sebut Dayyan. Senyumannya perlahan-lahan terukir di wajah dia. Betapa gembiranya dia melihat Luna selama lima tahun wajah Luna tidak dapat dilihat.

Wajah Luna serta merta menjadi dingin dan kosong. Apa yang lelaki ini buat di sini? Why now?

Luna melangkah ke meja kerjanya dan kunci kereta mula dicari. Dia berpura-pura seperti Dayyan tidak berada di situ. Dapat saja kunci keretanya, Luna terus melangkah untuk keluar namun seperti yang disangka.

Dayyan memegang tangan Luna. Luna hanya terdiam kaku dan tidak menoleh menghadap Dayyan.

"Luna-"

"Kau nak apa?" potong Luna. Tangannya cuba ditarik namun pegangan Dayyan terlalu kuat. Bagai tak nak lepas.

"Dayyan nak minta maaf." mendengar saja perkataan maaf, Luna tergelak kecil. Dia menganggukkan kepalnya berkali-kali sambil tersenyum sinis.

"Fine. Aku maafkan. We are done right?" justeru itu, Luna menarik tangan dia dengan kuat dan pegangan itu terlepas. Tanpa menunggu lama, Luna kembali menyambung langkahnya.

Sangkanya dia dapat terlepas, tetapi tidak. Tangan dia di tombol pintu terhenti apabila Dayyan memeluknya daripada belakang. Luna mengeluh kasar.

"Dayyan minta maaf, Luna... Dayyan nak Luna... Dayyan rindu Luna," ucap Dayyan untuk beberapa kali. Makin lama, makin kuat pelukannya. Dia sudah tekad, dia tidak akan lepaskan Luna lagi.

"Lepaslah!" Luna memusingkan badannya dan menolak tubuh Dayyan ke belakang.

"Kau tahu tak, aku jijik dengan kata-kata kau... Aku jijik dengan sentuhan kau. Aku jijik dengan semua benda yang berkait dengan kau! Aku benci kau, Dayyan. Dan aku... Tak akan maafkan kau!" tengking Luna sepuas-puasnya. Matanya mulai merah sambil memandang tajam ke arah Dayyan.

"Mulai hari ini...." Luna merapatkan tubuhnya dan jari telunjuknya dihalakan betul-betul depan wajah Dayyan.

"Kau jangan bagi aku nampak muka kau sebab aku jijik! And... mulai hari ini dan saat ni.... I'm not your wife anymore."

Luna pun kembali melangkah keluar dari bilik itu, meninggalkan Dayyan yang sedang terdiam kaku. Dayyan menggelengkan kepalanya dengan laju. Tak... Tak boleh!

"Luna!" jerit Dayyan dari dalam bilik. Luna melangkah dengan laju. Baru saja dia membelok ke kanan, kelihatan dua orang anak kecil berlari dengan gembira. Kaki Luna dipeluk erat oleh mereka.

Luna sedikit terkejut dengan kehadiran Lara dan Danish. Tidak. Mereka tidak boleh berada di sini. Sekarang bukan masanya. Mata Luna pantas mencari Kai. Kai tersenyum memandnag Luna yang sedang kelihatan cemas.

"Kenapa bawa diaorang dekat sini?" soal Luna bersama kerutan. Suaranya agak kasar. Kai menjadi pelik.

"What? Bukan sebelum ni boleh ke? Lagipun kita nak terus pergi makan," jawab Kai. Pantas Luna menggelengkan kepalanya. Lara didokongnya dengan sebelah tangan. Danish pula digenggam erat.

"Dah. Jom balik. Cepat!" Luna mula melangkah. 

"Kenapa ni Luna? What's wrong?"

"Ni bukan masanya. Nanti aku explain."

"Kenapa tak-" ayat Kai terhenti apabila jeritan seseorang menghentak gegendang telinga. Kai memandang ke belakang dan dia sedikit terkejut melihat apa yang berada di hadapannya. 

"Dayyan," sebut Kai perlahan. Kini, dia faham apa yang Luna cuba lakukan. Luna sudah mengetap bibirnya dengan erat. Kalau boleh putarkan masa, dia tak nak semua ini berlaku. 

"Daddy!" jerit Danish dan genggaman Luna terus terlepas. Danish berlari laju mendapatkan Dayyan dan Dayyan segera mendepakan tangannya sebelum tubuh kecil Danish berada di dalam dakapannya. Danish dipeluk erat.

Luna menjadi marah dengan apa yang dilihatnya. Dia tidak mahu Dayyan bertemu dengan Lara dan Danish. Tidak hairan kalau anak-anaknya tidak mengenali ayah mereka. Silap Luna juga kerana menunjukkan gambar Dayyan suatu ketika dahulu.

Dayyan melepaskan pelukan. Wajah Danish diusap lembut. Dia dapat rasa matanya mula berair. Batapa gembiranya berjumpa dengan anaknya sendiri selepas lima tahun. Pipi Danish ditekup dengan kedua-dua belah tangannya. Dayyan tersenyum lebar.

"Assalamualaikum, anak papa," ucap Dayyan. Itulah ayat yang selalu Dayyan ingin katakan kepada anak-anaknya. Danish tersenyum lebar. Dayyan melihat di belakang Danish. Matanya bertembung dengan mata cantik Lara.

Lara yang berada didalam dokongan Luna hanya mendiamkan diri dan wajahnya tidak beraksi. Luna mula melarikan diri namun baru saja dia mahu melangkah menuju ke lif, bahunya dipegang oleh Kai.

Luna memandang Kai dan cuba menghantar mesej melalui mata. Kai memahaminya namun Kai menggelengkan kepalanya.

"Larikan diri bukan caranya. Walau macam mana pun, kau kena terima yang anak-anak kau dah jumpa dengan ayah kandung diaorang. Cukup lima tahun, Luna. Memang untuk kau susah tapi diaorang?" ujar Kai mengharapkan Luna memahami apa yang dia cuba sampaikan.  

Luna terdiam. Dia buntu. Dia sangat membencikan lelaki itu tapi...

Dengan perlahan Luna menoleh memandang Dayyan yang sudah berdiri bersama Danish di sebelah. Apa lagi yang dia boleh buat? Lara diletakkan di bawah dengan perlahan. Anak kecil itu memandangnya.

"Pergilah," kata Luna perlahan kepada Lara. Tanpa membuang masa, Lara pun berlari ke arah Dayyan dan tubuh kecil itu didakap kemas oleh Dayyan. 

...


Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now