☾︎ Bab 38 ☽︎

1K 27 0
                                    

Balik saja ke rumah, Luna sempat bertembung mata dengan Dayyan sebelum suaminya itu yang mengalihkan pandangan. Luna hanya mendiamkan  diri dan berlalu masuk ke dalam bilik.

Sebaik saja mendengar bunyi pintu ditutup, Dayyan menoleh ke belakang. Sahlah Luna akan pergi ke Itali. Dayyan memandang ke skrin TV dengan pandangan yang kosong.

Terasa seperti tubuh dia saja di situ, akal fikirannya sudah ke tempat lain.

Luna mengambil bagasi bajunya dan mula berkemas. Sedang dia ke hulu-hilir mengemas baju dan sebagainya, pintu bilik dibuka dari luar.

Terjengullah kepala Dayyan dari situ. Luna memandang Dayyan seketika sebelum kembali melakukan kerjanya.

Dayyan masuk ke dalam bilik dan melangkah ke arah katil. Punggungnya dilabuhkan di situ. Mata dia pula khusyuk memerhatikan Luna mengemas baju.

Selesai saja mengemas baju, bagasi itu ditarik sehingga ke pintu utama rumah. Luna memegang tombol pintu kemudian dia membatu.

Dalam beberapa saat dia seperti itu, dia pusing ke belakang dan matanya bertemu dengan mata Dayyan. Rupa-rupanya, Dayyan sudah lama berada di situ

Pemegang bagasi Luna lepaskan dan dia terus berlari mendapatkan Dayyan. Dipeluk tubuh Dayyan  dengan erat.

Dayyan pun membalas pelukan itu. Rambut Luna diusap lembut. Nafas hangat Luna dapat dirasakan dilehernya.

"Maafkan Luna. Luna jangan akan balik cepat," ujar Luna sebelum meleraikan pelukan. Tangannya melingkari pinggang Dayyan. Kepala dia mendongak, bertentang mata dengan Dayyan.

Dayyan mengusap lembut pipi Luna. Sukar sebenarnya untuk berjauhan dengan Luna. Seminggu tu! Tiga hari pun dia sudah merana apa lagi seminggu.

"Tak apa... Dayyan tunggu," kata Dayyan  sebelum sekali lagi mereka berpelukan melepaskan segala-galanya.

***

Dayyan yang sedang khusyuk mencari barang dapur, tersentak apabila telefonnya tiba-tiba saja berbunyi. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar kemudian telefonnya diambil.

Matanya melihat siapa yang memanggilnya. Nampak saja nama itu yang berada di skrin telefonnya, panggilan itu terus diangkat.

"Hubby!" Dayyan tersenyum gembira mendengar panggilan nama itu. Hubby. So sweet!

"Wifey," balas Dayyan dalam nada yang lembut. Telinganya menangkap bunyi sengihan Luna.

"Dah sampai?" soal Dayyan sambil matanya melilau mencari barang dapur yang ingin dibeli.

"Hmm..." kedengaran Luna menguap. Dayyan menggelengkan kepalanya.

"Rehatlah dulu. Mesti penatkan. Jauh perjalanan tu."

"Tak apalah. Lagipun  dekat sini pagi lagi." Dayyan menolak trolinya dengan tangan sebelah. Sebelah lagi memegang telefon di telinga.

"Memanglah tapi Luna kena juga rehat. Dayyan tak nak Luna  sakit tak cukup tidur ke... Jangan buat Dayyan risau," kata Dayyan.

Luna membaringkan tubuhnya pada katil. Dia tersengih mendengar perkara itu.

"Ala...jangan risaulah. Luna tahulah nak buat apa. Yang penting Dayyan tu. Jaga diri. Jangan bagi sesiapa pun dekat dengan Dayyan. Patutnya Luna kurung Dayyan dalam bilik. Lagi selamat. Dahlah Luna jauh daripada Dayyan. Nanti kalau Dayyan kena culik dengan orang lain susah pulak Luna nak selamatkan," pesan Luna panjang lebar.

"Tak ada siapa yang nak culik Dayyan. Dayyan dah besarlah."

"Dayyan tak tahu ke? Dayyan tu hot and sexy. Perempuan dekat sana semua jenis yang menggatal je kerjanya. Lelaki orang pun diaorang boleh rampas." Dayyan ketawa mendengar bebelan Luna.

"Tak lawak okay... Sekali Dayyan kena culik betul-betul... Baru Dayyan tahu. Tak ada siapa yang boleh layan Dayyan sebaik dan sehebat Luna layan Dayyan," ujar Luna dengan bangganya.

"Yelah, wifey... Luna sorang jelah yang hebat." Luna tersengih.

"Okaylah, Luna nak mandi and tidur. Dayyan janji tunggu Luna tau!"

"Ye...Dayyan janji. Bye."

"Love you!"

"Love you too!" panggilan tamat. Telefon kembali dimasukkan ke dalam poket. Dayyan kembali mencari barang dapur yang diperlukan.

Selesai saja membeli barang yang diperlukan, Dayyan keluar dari kedai itu dan terus menuju ke parking keretanya.

Barang-barang dimasukkan ke dalam bonet kereta. Enjin dimulakan. Baru saja kereta bergerak, tiba-tiba seorang perempuan melintas di hadapannya

Terkejut Dayyan menyebabkan dia tertekan brek dengan cara mengejut dan perempuan itu terjatuh.

Dengan lekas, Dayyan keluar dari kereta kemudian menolong perempuan yang dia hampir terlanggar itu.

"Maafkan saya, cik," ucap Dayyan sambil kelam-kabut mengutip barang-barang yang bertaburan di atas jalan.

Perempuan itu tersenyum kepadanya.

"Tak apa. Salah saya juga sebab main jalan je," balas perempuan itu. Dayyan menggelengkan kepalanya.

"Eh, tak saya yang salah."

"Saya yang salah... Saya yang main jalan je tadi," balas pula perempuan itu. Mereka sendiri menyalahkan diri sendiri.

Dayyan diam kemudian mereka memandang satu sama lain. Akhirnya, masing-masing ketawa.

"Okay, salah kita berdua," kata Dayyan dan mendapatkan persetujuan perempuan itu. Dia menganggukkan kepalanya.

"Eh, nak pergi mana? Meh saya tumpangkan. Lagipun, kaki tu luka juga tu," pelawa Dayyan sambil beg plastik di tangan dijinjing masuk ke dalam keretanya.

Perempuan itu tidak sempat mahu bertindak, Dayyan sudah pun masuk ke dalam kereta.

Perempuan itu pun masuk ke dalam kereta dengan perasaan bersalah.

"Err.... Terima kasihlah awak."

"Sama-sama," ucap Dayyan bersama senyuman manisnya. Perempuan itu terdiam dan kaku. Dia terus memandang ke luar tingkap bersama perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

Perempuan itu memegang dadanya dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba membuang perasaan itu.

"Oh ya. Nama awak?" soal Dayyan. Mata dia fokus memandang ke hadapan.

"Nadia."

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now