"Err..."
Nak ke tak nak? Kalau tak nak...peluang pula terlepas. Sebelum ini Luna je yang akan ketuai bukan dia.
"Dayyan nak sebenarnya kan...." Luna tersengih sebelum dia membetulkan kedudukannya. Kakinya bersila dan badannya ditegakkan.
"Okay cepat. Luna tunggu," ujar Luna sambil memejamkan matanya, menunggu Dayyan yang bergerak terlebih dahulu. Asyik dia je yang selalu bergerak dulu. Kali ini, dia nak Dayyan yang buat terlebih dahulu.
Dayyan mengambil nafas panjang. Bibir merah Luna sangat menggoda baginya. Setiap kali bibir itu mendarat di bibirnya, pasti dia tidak dapat melepaskan bibir itu.
Dayyan mendekatkan tubuhnya. Wajah Luna ditenung. Dari dahi, hidung sehinggalah tempat sasarannya, bibir Luna.
"Your hand," pinta Luna sambil menghulurkan tangannya. Dayyan mendaratkan tangan kanannya di tangan Luna.
"First, Dayyan kena buat macam ni." Luna mengambil tangan kanan itu lalu dilekapkan pada pipinya. Entahlah kenapa tiba-tiba saja dia ingin mengajar Dayyan padahal dia yang patut belajar daripada Dayyan 'How to be a good kisser.'
Hihi...
"Then...kiss me."
Dayyan mengusap lembut pipi Luna sebelum dia melekapkan bibirnya pada bibir Luna.
Satu...
Dua...
Tiga...
Dayyan menjarakkan kembali wajahnya dan tangannya segera diturunkan.
Luna membuka matanya dan memandang Dayyan dengan wajah yang pelik.
"Kenapa?" soal Luna. Pelik. Sekejapnya!
"Dahlah," jawap Dayyan. Luna mengeluh.
Alahai suami aku ni! Malu pulak!
"Apa benda yang Dayyan check?" Luna sudah memandang Dayyan tajam. Dayyan mendiamkan diri dan melarikan padangannya. Tak berani nak jawab.
"I have to punish you." Dayyan terus menoleh memandang Luna.
"Denda Dayyan?" Luna tersenyum nakal.
"Yes... Second round. Now!" Luna terus terjun ke arah Dayyan dan menindih tubuh Dayyan.
"Ready?" Luna mengangkat keningnya. Dayyan diam dan hanya merelakannya. Pasrah sajalah...
***
"Dayyan ikut Luna pergi kerja tau. Pergilah siap."
"Hah? Sekarang?" Dayyan gelabah melihat jam dinding. Sekarang ke?
Selesai memakai suit hitamnya, Luna terus menoleh memandang Dayyan. Dia berkerut.
"Why? Dayyan busy ke?" soal Luna. Setahunya Dayyan sudah berhenti menjadi model di syarikatnya. Dia sendiri yang suruh supaya Dayyan dan Zain tidak berjumpa lagi.
Dayyan pun setuju untuk menjaga rumah sepenuh masa.
"Err..." Dayyan menggosok lehernya. Macam mana ye? Dia ada satu kerja tanpa pengetahuan Luna.
"Kalau Dayyan busy tak apalah," kata Luna sebelum melangkah ke meja solek. Rambutnya diikat ponytail dan wajahnya dimekap nipis.
"Tak apalah. Dayyan ikut Luna." takut pula Dayyan kalau Luna berjauh hati dengannya. Salahnya juga kerana tidak memberitahu Luna bahawa dia ada kerja.
Bukan dia sengaja merahsiakan tapi dia mahu mengejutkan Luna.
Luna tersenyum gembira apabila Dayyan ingin menemaninya. Beg galas hitamnya diambil lalu melangkah ke arah Dayyan.
"Love you. Jom," ucap Luna sebelum satu ciuman lembut melekap pada pipi Dayyan.
***
Luna melabuhkan punggung pada kerusi kerjanya. Dayyan pula mengambil tempat di sofa yang berada tidak jauh dari meja Luna.
Melihat Luna yang fokus dengan kerjanya, niat Dayyan ingin berbual terbantut.
Biarlah dia buat kerja terlebih dahulu. Berbual dekat rumah pun boleh. Bisik hati Dayyan sebelum kakinya melangkah ke arah almari.
Beberapa buku diambil dan dibelek. Mood ingin membaca masih lagi off.
"Err... Luna," panggil Dayyan. Luna hanya menggumam.
"Dayyan pergi luar sekejap tau?"
Luna menganggukkan kepalanya sahaja. Dayyan tersenyum. Busy sangat tu.
Cup!
Luna terkejut apabila dahinya tiba-tiba dikucup oleh Dayyan. Dia mendongakkan kepalanya.
"Jangan lupa rehat," pesan Dayyan sebelum melangkah keluar. Luna tersenyum. Haih, untung aku.
Mata Dayyan melilau melihat kawasa kerja. Sesekali dia menyapa pekerja di situ. Ada yang tersenyum ada juga yang senyum tetapi lain macam senyumannya. Semestinyalah perempuan.
Dayyan buat tidak tahu sahaja. Dia menggeluarkan tangannya yang tersarung cincin. Ingin tunjuk yang dia sudah berpunya.
Sedang dia melangkah tanpa arah tuju, tiba-tiba seseorang memanggilnya.
"Ye?" soal Dayyan dengan sopan.
"Kau pekerja baru kan? Pergi beli air kopi dekat cafe bawah," arah Kamal iaitu salah satu perkerja di situ.
Dayyan menjadi blur.
"Saya ke?" jari telunjuknya dihalakan ke tubuhnya sendiri, inginkan kepastian bahawa lelaki itu sedang bercakap dengannya.
Kamal mengeluh.
"Yelah...siapa lagi. Kau sorang je ada dekat situ. Pergi cepat. Sekarang!" kali ini suara Kamal sudah naik satu oktaf.
Dayyan melihat sekelilingnya. Sahlah memang dia je yang ada dekat situ. Yang lain semua duduk di kerusi masing-masing.
"Tapi saya-"
"Tak ada tapi-tapi. Wey, Razak. Kau pergi teman dia ni. Bengap je bila aku suruh," ucap Kamal tanpa ada perasaan malu atau takut.
Dayyan mengangkat kedua-dua belah keningnya. Belum sempat dia nak membuka mulut, tangannya terus ditarik oleh Razak. Dayyan hanya pasrah.
Malas mahu menjawab dan sebagainya. Nanti tak pasal-pasal berperang pula. Mahu mengamuk Luna nanti.
Selepas 20 minit,
Dayyan dan Razak masing-masing memegang kopi. Dia memberi satu persatu kopi kepada pekerja di situ.
Selesai memberikan kopi...Dayyan meminta diri terlebih dahulu memandangkan waktu kerja sudah hendak tamat.
"Hoi! Nanti sekejap!"
Langkah Dayyan terbantut. Dia menoleh memandang Kamal semula.
"Kau beli apa ni?" marah Kamal sambil berdiri bercekak pinggang di hadapan Dayyan.
"Err...kopilah macam yang awak suruh," jawab Dayyan dengan polos.
"Memanglah kopi. Masalahnya aku mintak panas bukannya sejuk!" tengking Kamal.
Semua mata sudah terarah kepada Dayyan dan Kamal. Tak ada sesiapa pun yang menghalang kerana Kamal terkenal dengan sikap panas barannya.
"Tapi tadi-"
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...