Dayyan mengambil nafas sedalam yang boleh. Tiba-tiba seorang kanak-kanak mendekatinya menyebabkan dia hilang fokus dengan Luna.
Sebaik sahaja kanak-kanak itu berlalu pergi, terus dia terlanggar dengan Luna. Dayyan mula cemas.
Luna berkerut. Beg hadiah yang tadi dipegang sudah terlepas. Dayyan dengan segera menolong Luna.
Dia ingin bertanya jika Luna okay ataupun tidak namun dia sedar yang dia sedang bekerja sekarang. Satu beg plastik yang jatuh Dayyan ambil sebelum keningnya berkerut.
"Thanks," ucap Luna sebelum menyambut beg plastik tadi daripada pegangan Dayyan.
Untuk siapa tu? Soal Dayyan sendiri.
Dia mula curiga dengan beg itu. Tangannya dihulurkan ke hadapan mengisyaratkan kepada beg itu. Luna memandang maskot di hadapannya sebelum dia menundukkan kepalanya memandang beg plastik di tangan.
Luna tersenyum, seperti faham dengan isyarat maskot di hadapannya. Dayyan pula masih lagi mahu tahu itu benda apa dan untuk siapa.
"For someone special."
Someone special? Pelbagai soalan mula muncul di dalam fikiran Dayyan. Dia sedaya upaya untuk tidak berfikiran negatif.
Luna tak akan curang dengan aku.
Dayyan mengambil sebatang bunga ros di dalam beg kerjanya lalu diserahkan kepada Luna.
Luna kelihatan blur.
"Untuk saya?" soal dia. Maskot itu menganggukkan kepalanya dengan laju. Luna ketawa dalam hati. Comel. Teringat pula dia dekat Dayyan. Huluran itu disambut bersama ucapan terima kasih.
"Sorry i have to go. Anyway, thank you." Dayyan mendepakan kedua-dua belah tangannya. Luna tanpa banyak kata terus memeluk erat maskot beruang di hadapannya.
"Awak buat saya teringat seseorang. Seseorang yang sangat istimewa buat saya. And, i love him. So...much..."
Dayyan mengukirkan senyumannya. Dia yakin orang yang Luna katakan itu adalah dirinya. Pelukan dieratkan.
I love you too, balas Dayyan dalam hati.
"Okaylah. Saya kena pergi. Thank for this flower. Saya suka," ujar Luna sebelum dia melangkah masuk ke dalam cafe iaitu tempat Dayyan bekerja.
Tidak lama selepas itu, Luna keluar daripada cafe itu bersama dengan secawan air. Dayyan tidak sempat menegur Luna, Luna sudah pun berlalu pergi.
Dayyan mengeluh sebelum dia membuka kepala maskotnya. Peluh di dahi dilap dengan sehelai kain yang memang dia sentiasa bawa. Jam di dalam cafe diintai.
Pukul 5. Nampaknya, waktu kerja dia sudah pun tamat dan hari ini dia akan mendapat upahnya. Dayyan tersenyum lega. Dia perlukan duit.
Baru saja sahaja dia nak meletakkan kepala maskotnya diluar, tiba-tiba terasa air menitis di atas kepalanya. Dia mendongak.
Hujan sudah mula menyimbah bumi. Dayyan dengan segera membawa barang-barangnya ke bawah bumbung cafe.
Macam mana aku nak balik?
Dayyan risau dia tidak sempat pulang ke rumah. Dia mendengus sebelum dengan perlahan-lahan dia mencangkung ke bawah.
Kepalanya ditundukkan, ligat memikirkan cara untuk pulang ke rumah dan alasan jika Luna bertanya.
Sedang dia ligat berfikir, bunyi langkah seseorang mula kedengaran. Semakin lama, semakin kuat menandakan orang itu menghala ke sini.
Dayyan pada mulanya biarkan aja tetapi bunyi itu tiba-tiba hilang. Dia mengangkat kepalanya sedikit dan matanya menangkap sepasang kaki di hadapannya.
Siapa pula ni?
Dayyan mengangkat lagi wajahnya, sejurus itu dia berdiri tegak dengan laju. Matanya terbuntang memandang wajah di hadapannya sekarang.
"L...Luna." wajah Luna kelihatan kosong dan tubuhnya disimbah dengan hujan lebat. Dayyan menghulurkan tangannya ingin menarik Luna masuk ke bawah bumbung namun tangannya terus ditepis.
Dayyan terkedu.
"Luna..." tangan Dayyan dihulurkan tunggu untuk disambut oleh Luna namun dibiarkan saja.
"Hujan tu...tunggu dekat sini dulu." Dayyan memegang terus pergelangan Luna walaupun ditepis. Dia menarik Luna berdiri di sebelahnya.
Dayyan mengeluh melihat Luna yang hanya tunduk ke bawah. Dia mengaku yang ini memang salah dia, merahsiakan tentang kerjanya.
"Luna-"
"Apa Dayyan buat dekat sini?" soal Luna perlahan, masih lagi memandang ke bawah.
"Dayyan ada kerja."
"Kerja apa yang Dayyan buat sampaikan nak bagitahu Luna pun tak boleh?" Dayyan diam. Soalan itu dibiarkan.
Luna mula mengangkat kepalanya dan matanya memandang wajah Dayyan. Dayyan sedikit terkejut dengan pandangan itu. Pandangan itu bukan pandangan tajam mahupun pandangan yang dingin.
Sebaliknya, Luna memberi pandangan sayu.
"Luna kenapa?" soal Dayyan risau.
"Kenapa Dayyan kena buat kerja ni? Tak cukup ke apa yang Luna bagi?" Dayyan menggelengkan kepalanya dengan laju.
"Bukan. Apa yang Luna bagi semua cukup untuk Dayyan. Lebih daripada cukup."
"Then, why?"
"Dayyan cuma nak ada duit sendiri. Esok...birthday Luna. Jadi, Dayyan cuma nak belikan hadiah untuk Luna pakai duit usaha Dayyan sendiri," jawab Dayyan jujur.
"But...you don't have to do this!" bahu Dayyan dipukul perlahan.
"Luna tak suka Dayyan kerja. Luna tak suka tengok Dayyan penat. Luna tak suka tengok Dayyan tak ada dekat dalam rumah bila Luna balik. Dayyan boleh je pakai duit Luna bagi." Dayyan hanya membiarkan tubuhnya dipukul.
"Luna tak perlukan hadiah. Ada Dayyan di sisi Luna pun dah cukup. You are my everything," sambung Luna dan tangannya berhenti memukul Dayyan.
Dayyan tersenyum terharu mendengar kata-kata itu. Tangan Luna dipegang lalu dikunci.
"Okay. Dayyan tahu tapi Dayyan nak bagi Luna sesuatu yang Dayyan sendiri usaha. Dayyan nak jadi suami yang mampu beri Luna segala-galanya."
Dagu Luna dipegang lalu diangkat. Matanya menikam anak mata Luna. Bersama senyuman dia berkata,
"Dayyan nak jadi suami yang mampu berkorban untuk Luna. Biar Dayyan penat sekali pun. Dayyan nak bahagiakan Luna. Only you, my wife."
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...