Terbuntang mata Harraz dan Dayyan. Tidak lupa juga Maria. Terteleng wajah Luna menerima cap mohor Maria.
Luna tersenyum sinis. Rancangannya berjaya. Dia perasan yang ada beberapa pelanggan mula melihat apa yang terjadi sekarang.
Dayyan dengan pantas mendekati Luna.
“Cik Luna? Are you okay? Merahnya,” tanya Dayyan dengan nada yang sangat risau. Sayu pandangannya melihat pipi Luna sebelah kiri sudah mula merah.
Badan Luna sudah mula mengeletar. Air matanya sudah bertakung. Soalan Dayyan tidak dijawab sebaliknya dia sambung semula rancangannya.
“Ke…kenapa mama buat Luna macam ni? Apa salah Luna? Kenapa!” suaranya sengaja dikuatkan. Pandangannya kini pada Maria. Air matanya laju sahaja gugur. Maria sudah pun pelik dengan apa yang terjadi.
“Apa yang dia buat dekat anak dia?”
“Dia tampar anak dia tadi.”
Maria terus memandang sekelilingnya yang sudah penuh dengan mata-mata netizen. Dia dapat dengar pelanggan lain mula berbual.
“Apa yang Luna buat sampaikan mama buat Luna macam ni? Mama pukul Luna…mama kurung Luna sampai Luna masuk hospital sebab tak makan seminggu. Luna sakit pun mama biarkan Luna macam tu je. Siapa Luna ni, mama?” teresak-esak Luna berkata. Air matanya gugur dengan banyak.
Orang sekeliling sudah pun memegang telefon bimbit mereka. Ada yang sedang mengambil gambar, ada yang sedang merakam video. Luna tersenyum di dalam hatinya. Maria pula sudah menjadi batu. Mulutnya seakan-akan terkunci.
Luna mengesat air matanya dan memandang maknya dengan pandangan yang sayu.
“Tak apalah mama. Luna cuma nak mama ingat yang Luna sangat sayangkan mama dan Luna akan sentiasa maafkan mama,” kata Luna sebelum tersenyum manis.
“Luna minta diri dulu,” kata Luna dengan sopan. Dia melangkah pergi memandangkan rancangannya menjadi seperti apa yang dirancangnya.
Dayyan pun turut mengikut langkah Luna. Maria pula sudah menundukkan pandangan.
“Macam manalah dia ni boleh jadi mak? Aku kesian tengok anak dia tadi.”
“Kan…kalau aku jadi anak dia tu dah lama aku hantar mak aku pergi rumah orang tua.”
Maria menggenggam tangannya mendengar orang lain bercakap buruk tentang dirinya.
‘Kau tunggu Luna. Aku akan pastikan kau menyesal,’ kata Maria dalam hati.
***Dayyan masih lagi setia berjalan dibelakang Luna.
“Aku nak buat apa ni?” tanya Dayyan dengan perlahan.
Luna mula melangkah ke satu lorong untuk ke tandas kemudian dia berhenti. Dayyan terkejut melihat belakang badan Luna mula menggeletar. Dia terus berdiri dihadapan Luna yang sedang menundukkan kepala.
“Cik Luna…Cik Luna okay?” tanya Dayyan. Risau dia melihat keadaan Luna seperti ini.
Tanpa ribut mahupun angin, Luna tiba-tiba sahaja ketawa. Makin risau Dayyan melihat anak majikannya.
“HAHAHAHA…” makin lama, makin kuat tawa Luna sampaikan air matanya gugur kerana dia ketawa terlalu banyak.
“Aduh…aku tak boleh lah,” kata Luna sambil memegang perutnya dan memandang Dayyan. Dia mengesat air matanya.
“Kau nampak tak tadi muka Puan Sri macam mana. Muka dia macam ni. Tamatlah riwayat ku disini. Selamat tinggal duit ku…selamat tinggal rumah ku…harta ku. Tidak lupa juga kepada anak ikan ku. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada mu kerana sudi menjadi anak ikan ku. HAHAHAHA…. Pastukan macam ni, harta-harta ku semua silalah wakaf kan ke rumah anak yatim…biarlah aku mendapat pahala meskipun belum sempat untuk bertaubat,” sambung Luna dalam intonasi yang dramatik.
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...