☾︎ Bab 49 ☽︎

1.5K 30 0
                                    

Bukk!

Habis bersepah makanan tadi di atas lantai akibat tolakan Dayyan. Dayyan pantas menyambar bibir Luna. Tubuh Luna ditolak secara paksa ke kerusi. Luna menolak bahu Dayyan dengan kuat.

"Kau nak apa?!" marah Luna. Nafasnya tercungap-cungap.

"Dayyan nak Luna!" Luna menggelengkan kepalanya beserta senyuman yang sinis.

"Lepas apa yang kau dah buat dekat aku?"

Dayyan terdiam sejenak. Benar apa yang Luna katakan.

"I wish you were in my place," ujar Luna sebelum bangun berdiri untuk melangkah pergi. Sungguh dia kesal... Segala-galanya.

Langkah Luna terbantut apabila Dayyan memegang tangannya dengan erat. Luna membelakangi Dayyan kerana dia merasa kembali apa yang dia rasa dahulu. Sakit yang teramat sakit.

Wajah perempuan itu... Wajah Dayyan yang sedang menghina dia dan tamparan yang diterima oleh Dayyan.

"Luna... Tolong maafkan Dayyan. Please... Dayyan sayang Luna. Dayyan cintakan Luna... Luba segala-galanya untuk Luna. Dayyan tak boleh hidup tanpa Luna. Dayyan perlukan Luna. Luna isteri Dayyan yang sah," ucap Dayyan sambil mengeratkan genggaman.

"Dulu kau selalu cakap kau sayangkan aku. Kau cintakan aku. Tapi, mana? Mana semua tu Dayyan?!"

Luna memusingkan badannya. Hatinya panas. Muka dia naik merah dan matanya berkaca. Bibirnya menggigil. Luna melangkah setapak demi setapak mendekati Dayyan.

"Aku ni pentingkan diri...sanggup buat apa saja asalkan aku dapat apa yang aku nak! AKU SANGGUP BUAT APA SAJA UNTUK DAPATKAN KAU! And..."

Luna berhenti melangkah apabila dia satu inci sahaja di hadapan Dayyan. Anak mata Luna menikam tajam anak mata Dayyan seperti mahu tembus.

"You hated it. Kau hina aku pentingkan diri. Tapi... Untuk siapa aku pentingkan diri?"

Luna mendekatkan lagi wajahnya.

"For my HUSBAND!" kata Luna dalam nada yang kasar.

"I trusted you. Aku percaya kau bila kau cakap kau sayangkan aku. Kau je yang aku ada, Dayyan. I loved you. Very much. Aku tak minta apa-apa pun dari kau except... Jaga hati aku. Benda tu dah berkecai sebelum kau datang. Then, it's heal because of you. You make me be the happiest wife in this world. Tapi... kenapa kau buat benda tu makin teruk? It's hurt, Dayyan. It's hurt!"

Luna memukul dadanya berkali-kali. Air matanya mula mengalir membasahi pipi. Dayyan menangkap tangan Luna supaya Luna berhenti menyakiti dirinya.

"Berhenti Luna!"

Tubuh Luna ditarik masuk ke dalam dakapan Dayyan. Kepala Luna diletakkan di dadanya dan tangannya mengusap lembut rambut Luna. Badan Luna menggigil. Teresak-esak dia menangis di dada Dayyan.

"Shh... Dayyan ada..." satu kucupan hangat singgah di ubun-ubun isterinya.

"Maafkan Dayyan. Tolong bagi peluang kedua untuk Dayyan. I love you. Trully love you," ucap Dayyan dalam nada yang perlahan. Luna tidak berkata apa-apa selepas itu.

Apabila dia merasa lega selepas menangis, dia terus menolak tubuh Dayyan kemudian melangkah keluar meninggalkan Dayyan.

...

Luna hanya tenang menghirup minumannya sementara menunggu mama dia memberi jawapan.

Maria memeluk tubuh sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh Luna sebentar saja tadi.

"Peluang kedua?" Luna hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Maria. Kedengaran keluhan berat Maria.

"Mama tak nak benda yang sama berulang sekali lagi. Luna disakiti terlalu banyak and... Mama salah satu penyebabnya," kata Maria.

"But you got the second chance right?" soalan Luna itu membuatkan Maria terdiam. Betul apa yang Luna katakan. Jika dulu Luna tidak memaafkan dirinya, mana mungkin mereka dapat bercakap seperti ini. Mungkin boleh berlaku perang dunia ke-3.

"Well, actually... It depends on you. Itu pilihan Luna but always be careful. Kita tak tahu apa yang akan jadi nanti. Bukan mama nak doakan perkara yang buruk untuk anak mama tapi mama tak nak tengok anak mama merana. Luna layak bahagia," ujar Maria panjang lebar.

Memang itu saja yang dia harapkan untuk Luna. Kebahagiaan.

Luna memandang kolam renang di sebelahnya. Memikirkan masa depannya. Apa yang dia perlu lakukan? Dia sudah penat.

"So?" soal Maria. Lama Luna merenung air kolam yang jernih itu. Dia memandang semula ke arah Maria. Sebuah senyuman diukir.

...

Luna menghempas tubuhnya ke sofa. Kepalanya disandarkan pada kepala sofa. Wajahnya menghadap siling. Matanya ditutup untuk berehat. Entah kenapa badannya terlalu penat hari ini.

Luna menarik nafas panjang kemudian hembus dengan kasar. Hari ini hari yang sangat memenatkan baginya. Luna membuka matanya dan...

"Arghh!" terkejut Luna apabila wajah Dayyan tiba-tiba muncul di hadapannya. Dia mengurut dadanya.

"Dayyan!" marah Luna. Dayyan tersengih-sengih. Dia berjalan ke arah Luna kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Luna. Tangan Luna dicapai dan digosok lembut.

"Sorry," ucap Dayyan sebelum tangan Luna itu dikucup lembut. Berkerut Luna dibuatnya. Luna menarik tangannya sebelum bangun berdiri.

Dia tidak membalas kata maaf Dayyan sebaliknya hanya menjeling Dayyan dan melangkah masuk ke dalam bilik.

Baru saja dia menutup pintu bilik, Dayyan pula yang masuk.

"Kau nak apa?" soal Luna. Rimas pula dia apabila Dayyan menjadi seperti itu.

"Dayyan nak Luna. Boleh?" Dayyan tersenyum nakal namun dibalas dengan lemparan bantal peluk di wajahnya.

"No. And never!" kata Luna dengan tegas sebelum masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air ditutup dan Luna terus bersandar di pintu itu.

Mulutnya ditutup. Dia harap tiada siapa yang melihatnya dalam keadaan macam ini. Dan memang tiada siapa dapat melihat wajah Luna yang sedang naik merah. Luna dapat merasakan wajahnya membahang.

Apa yang Dayyan katakan tadi tiba-tiba membuatkan dia berdebar. Jantungnya berdegup dengan sangat laju.

"Dayyan nak Luna. Boleh?"

Sungguh dia rasa nak meletop. Luna meraup wajahnya. Dia tidak boleh begitu mudah jatuh kepada Dayyan. Tidak boleh!

...

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now