☾︎ Bab 32 ☽︎

1K 31 0
                                    

Puas Dayyan dan Pak Mat pujuk, Luna akhirnya mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Maria.

"Wifey," panggil Dayyan sambil melangkah ke arah Luna yang sedang termenung di balkoni. Luna hanya menggumam.

"Termenung apa tu?" tangan Dayyan melingkari pinggang Luna. Kepalanya diletakkan atas bahu Luna.

"Nothing." mereka berdua diam untuk seketika sebelum kedua-dua belah tangan Luna dipegang dan diusap lembut.

"Kalau Dayyan nak minta sesuatu boleh?" Luna pusing ke belakang dan badannya bersandar pada tiang balkoni.

"Cakap jelah. Semua Luna boleh bagi." Dayyan mengetap bibirnya. Entahlah. Risau untuk melihat reaksi Luna nanti. Namun, dia tidak boleh tunggu lama-lama.

"Well... Dayyan nak Luna berjumpa dengan mama sekarang." Luna diam.

"Mama?" dia berkerut. Sejak bila pula ada panggilan itu?

"Haah. Mama. Puan Sri Maria." Luna tersenyum sinis.

"Dia ke yang suruh Dayyan panggil macam tu? Mama? Heh!"

"No... Dia tak suruh tapi...Dayyan sendiri yang nak panggil macam tu. Dia layak untuk Dayyan panggil mama. Luna pun sama." senyuman Luna terus mati. Tangan Dayyan dilepaskan dan dia berpeluk tubuh.

"Apa maksud, Dayyan?" kali ini, Luna sudah menjadi serius.

"Err.... Mamakan mak kandung Luna? You should call her mama."

"Cit! Mak kandung ke kalau daripada kecik layan anak dia macam binatang?" Mata Luna dijelingkan ke atas.

"Luna-" belum sempat Dayyan menghabiskan ayatnya, Luna sudah mengangkat tangan suruh berhenti.

"Luna tak nak jumpa dengan perempuan tu. Fullstop," kata Luna sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Dayyan mengeluh. Nampaknya, dia terpaksa bertegas dengan isterinya.

"Luna Elaina." langkah Luna terbantut. Dia menoleh memandang Dayyan sambil sebelah keningnya terangkat. Wajah Dayyan kelihatan serius dan nampak lain sangat.

"Luna kena jumpa dengan mama juga. Now," perintah Dayyan dengan tegas. Dari luar je dia nampak serius dan sebagainya tetapi di dalam...dia je tahu betapa gugupnya dia sekarang. Lagi-lagi melihat reaksi wajah Luna.

"Are you serious, Dayyan?"

"Yes! Satu je Dayyan minta. Berjumpa dengan mama sekarang. Dia ada sesuatu yang nak dibincangkan." mereka memandang satu sama lain. Dayyan pula sudah berpeluh-peluh.

Makin tajam pandangan Luna namun dia tetap bertahan. Akhirnya, Luna memejamkan matanya.

"Fine." Luna mengeluh dan terus melangkah ke luar bilik. Dayyan pula menjadi lega. Finally! Macam mana agaknya nanti Luna masuk bilik? Luna akan marah ke?

Arggh! Tak tahulah. Itulah kau, Dayyan. Nak sangat konon-kononnya nak jadi suami yang tegaslah apalah... Last-last, sendiri yang takut.

***

Luna mengambil tempat di sebelah Maria yang sedang termenung. Masih lagi ada jarak antara mereka berdua.

"Ehem," dehem Luna menyentakkan Maria.

"Oh, Luna." Maria tersenyum segaris.

"Benda apa yang kau nak bincangkan sampai Dayyan paksa aku jumpa dengan kau ni?" Maria mengeluh perlahan sebelum dia memusingkan badannya sedikit supaya menghadap Luna.

"Luna tahukan apa yang mama buat dulu?" soal Maria. Dia sudah nekad...dia akan memberitahu semuanya. Daripada awal sehinggalah akhir.

"Aku tahu. Layan anak macam anjing." Maria menundukkan kepalanya. Tangan Luna dipegang dan diusap lembut. Luna di sebelah sedikit terkejut. Dia mahu menarik semula tangannya namun Maria mengeratkan lagi pegangannya.

"Lepas-"

"Maafkan mama," potong Maria sekali gus mengejutkan Luna.

"Maafkan mama sebab kejam dera Luna dulu. I'm so sorry. Mama tak patut layan Luna macam tu. Disebabkan ego dan marah mama pada ayah Luna, mama dera Luna. Mama jadikan Luna tempat untuk mama lepaskan geram."

Luna berkerut.

"Ayah?" baru dia sedar yang Maria tidak pernah sebut mengenai ayahnya. Mata Maria bertembung dengan mata Luna.

"Luna Elaina seorang anak daripada hasil perlakuan haram antara mama dan lelaki tu," ujar Maria. Betapa terkejutnya Luna mendengar perkara itu.

Maksudnya dia...

"Ye, Luna anak luar nikah. Disebabkan mama bodoh dulu, mama pergi tidur dengan lelaki tu and... dia tinggalkan mama. Macam tu je. Mama...marah sangat waktu tu. Bila mama tahu mama mengandung mama tak boleh terima. Mama pergi cari dia dan apa yang dia buat? Dia hanya bagi mama duit untuk tampung diri mama dan juga benih dia yang ada dalam rahim mama," terang Maria. Air matanya berlinang.

Luna masih lagi terkejut mendengar cerita itu. Kenapa baru sekarang dia dapat tahu?

"Bila Luna selamat dikeluarkan, mama terus benci Luna disebabkan lelaki tak guna tu. Mama pernah nak bagi Luna dekat dia tapi dia dah tak ada dekat Malaysia dan hilang macam tu je. Mama marah terlalu marah sampai berdendam. Disebabkan dendam...Luna kena dera dengan mama. Kena pukul, kena tendang. Mama... Mama tak tahu kenapa mama buat macam tu sedangkan benda tu tak akan buat mama puas pun."

Kini, gugur air mata Maria. Makin erat dia menggenggam tangan Luna apabila melihat anak perempuannya itu sedang menggigil.

"Maafkan mama, Luna. Maafkan mama sebab tak pernah nak jadi seorang ibu yang sayangkan anak dia. Mama betul-betul menyesal. Maafkan mama." terus tubuh Luna didakapnya. Kepala Luna diusap lembut.

Satu ciuman lembut mendarat pada kepala Luna dan sekali gus, Luna menangis di dalam dakapan Maria. Dia membalas pelukan Maria.

Memang dia sedang marah dan geram namun...itu dahulu. Memang susah untuk memaafkan mamannya tetapi dia perlu cuba. Nak berdendam pun tidak berguna kerana ini ialah mak kandungnya. Mak yang mengandungkan dia selama 9 bulan dan yang menjaga dia seorang diri selama ini.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now