☾︎ Bab 43 ☽︎

1.3K 35 1
                                    

Sebaik saja Luna masuk ke dalam lif, terus dia terjelupuk jatuh ke atas lantai. Kepalanya bersandar pada dinding lif.

Hanya tangisan dia saja yang kedengaran. Telefon di poket mula berbunyi namun Luna buat tidak tahu sahaja. Apa yang dia tahu... Dayyan betul-betul tinggalkan dia.

"Why!" jerit Luna kuat di dalam lif itu. Mujur tiada orang lain.

Ting!

Bunyi itu menandakan lif sudah sampai ke tingkat bawah. Buka saja pintu, kelihatan tubuh Kai yang sedang menelefon seseorang.

Kai pula terkejut dengan keadaan Luna yang tidak tentu arah. Dengan mata yang merah dan bengkak...

"Luna!" Kai segera masuk ke dalam lif dan tubuh Luna didokong. Sentuh saja Luna, Kai dapat merasakan tubuh Luna menjadi panas. Luna kelihatan sangat lemah.

Tanpa banyak soal, tubuh Luna di bawa ke dalam keretanya. Selimut diambil dan menutup tubuh Luna.

"Sabar ye Luna..."

Kereta dia terus meluncur laju menuju ke hoapital terdekat.

***

Luna mencelikkan matanya dengan perlahan. Kepalanya terasa sedikit berdenyut menyebabkan dia berkerut. Matanya memandang ke kiri kemudian ke kanan.

Luna tersenyum segaris melihat Kai yang sedang tidur sambil duduk.

"Thanks," ucap Luna perlahan sebelum kepalanya memandang semula ke siling.

Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Dia ada suami tetapi...

"Luna?"

Kai segera bangun berdiri dan memanggil doktor. Luna hanya menggelengkan  kepalanya melibat keadaan Kai yang sedang kelam kabut.

"Aku okaylah...," kata Luna perlahan. Terpancar wajah risau Kai.

"Okay apanya? Kau nampak lemah sangat tadi... Berpeluh semua bagai. Kau nak aku tenang tengok kau macam tu?" balas Kai.

Luna tersenyum nipis dan wajah Dayyan seperti muncul di hadapannya sekarang. Kalaulah Dayyan yang berada di hadapan dia sekarang.

"Eh, aku laparlah. Nak kek!" kata Luna sambil mengusap perutnya. Dia tersengih.

Kai menggelengkan kepalanya.

"Tunggu sekejap. Aku beli kek dekat bawah," kata Kai. Luna menganggukkan kepalanya.

Keluar saja Kai daripada bilik wad itu, Luna terus mengeluh kasar. Kepalanya memandang ke kiri, melihat pemandangan luar.

Entah berapa lama dia termenung sampaikan Kai sudah masuk ke dalam bilik wad pun dia tidak sedar.

"Nah, kau punya kek," kata Kai sambil menghulurkan satu plastik kepada Luna. Luna terus bertukar gembira dan menyambut huluran itu dengan teruja.

"Mmm...sedapnya!" tak tahulah dah suapan ke berapa dia masukkan kek itu ke dalam mulutnya.

"Kau ni kan..." Kai mengambil sehelai tisu lalu mengelap kesan comot di mulut Luna. Luna hanya membiarkannya sahaja.

"Dah nak jadi mak pun, makan comot lagi."

Luna menjadi kaku. Dia terpanar dengan apa yang baru saja Kai katakan. Kai pula hanya tenang di sebelah Luna. Pandangannya tidak lepas daripada melihat Luna.

"Kenapa terkejut? Kau pun dah lama tahukan kau mengandung?" soalan itu dibiarkan untuk seketika sebelum Luna menarik nafas sedalam-dalamnya.

Sudu di tangan diletak dan dia membalas pandangan Kai. Wajahnya bertukar serius.

"Macam mana kau tahu?" tanya Luna penuh curiga.

"Dah kau masuk hospitalkan... Mestilah doktor bagitahu. Dia siap pesan lagi jangan stress sangat. Makan kena jaga...," jawab Kai.

Luna tidak membalas apa-apa. Dia kembali menyuap kek ke dalam mulut namun tidak teruja seperti tadi.

"Kau ada masalah dengan Dayyan?" soalan itu tidak dijawab.

"Dayyan dah tahu?" masih lagi tidak dijawab. Akhirnya, Kai mengeluh.

"Look. Aku tak nak masuk campur dalam masalah korang tapi... Dayyan kena tahu yang kau ni tengah mengandungkan anak dia," ujar Kai.

Laju saja Luna memandang Kai. Dia menggelengkan kepalanya.

"Apa yang kau geleng? He needs to know this." Kai bangun dan mengambil telefonnya.

Baru saja Kai ingin membuka telefonnya, Luna pantas merampasnya.

"Luna-"

"Please... I'm begging you. Don't tell him," rayu Luna sambil menundukkan kepalanya. Kai bercekak pinggang sebelum meraup rambutnya ke belakang. Dia mengeluh kasar.

"Fine! Aku tak akan bagitahu," kata Kai sebelum kembali melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan katil Luna.

Dia menghulurkan tangannya. "Telefon aku." Luna memberi semula telefon Kai.

"Hai kau ni...," keluh Kai melihat perubahan Luna. Daripada tadi Luna menundukkan wajahnya dan Kai faham akan maksud itu.

Kai mendepakan kedua-dua belah tangannya.

"Need a hug, my moon?" soal Kai dengan lembut. Tanpa menunggu lama, Luna pantas mendakap tubuh Kai. Mata dia dipejam sekali gus air mata dia gugur membasahi pipi.

Kai mengusap lembut rambut Luna sambil menepuk belakang Luna.

"Shhh... Menangislah sepuas-puasnya. Baju aku memang sedia untuk diperah nanti," kata Kai.

Tak pasal-pasal kena pukul sekali oleh Luna.

"Aduh!" Kai mengadu sakit dan hatinya sedikit tenang apabila mendengar sedikit tawa daripada Luna.

'Apa yang dia buat dekat kau ni Luna?' bisik hati Kai.

***

"Manalah aku tahu boleh jadi sampai macam ni! Yang si Luna tu pun satu. Boleh pula dia pergi macam tu je."

"Pastu si suami tak guna tu pulak, biar je isteri dia tu lari bawak diri. Tak faham aku."

"Dia tahu tak, tanpa bini dia yang kaya raya and berjaya tu... He is nothing! Aku tak tahulah apa yang Luna ni kena sihir sampaikan jantan useless tu jugak dia kahwin."

"Boleh pulak dia yang sukakan Dayyan dulu bukannya Dayyan sukakan dia dulu. Wow! That's weird."

"Hmm... Cerai jelah senang. Nak simpan lama-lama pun tak guna. Miskin!"

Nadia menutup telefonnya dan masuk semula ke dalam bilik. Telefon dia dicapai ke atas katil.

Kemudian, dia melangkah ke pintu untuk keluar dan...

Dia terkejut. Matanya terbuka luas.

"A...awak!"

♥︎♥︎♥︎

Please vote for next chapter ☺︎︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now