Dayyan tersentak apabila bahunya diusap lembut dari belakang. Dia mendongakkan kepalanya.
Cup!
Satu ciuman mendarat pada dahinya. Terpancar wajah Luna yang tersenyum kepadanya. Senyuman itu dibalas.
"Awal balik hari ni?" soal Dayyan. Dia memandang Luna yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Saja. Luna tak boleh nak berpisah dengan Dayyan lama-lama. I miss you so much!" jawab Luna sambil menyandarkan kepalanya di bahu Dayyan. Dayyan tersengih.
"I miss you too." Luna mendongakkan kepalanya membalas pandangan Dayyan.
"Really?" tanya Luna inginkan kepastian.
"Ye, betul."
"I love you," ucap Luna sebelum kakinya diangkat lalu melabuhkan punggungnya di atas riba Dayyan. Kakinya melingkari pinggang Dayyan dan tangannya memeluk leher Dayyan.
Dayyan tersenyum senget.
"I love you too."
Luna menyengetkan kepalanya sebelum bibirnya terbenam di bibir Dayyan. Ciuman bersatu. Jantung masing-masing bergegup dengan hebat.
Belaian tangan Dayyan di tubuhnya membuaikan lagi Luna. Dia meleraikan ciumannya. Matanya redup memandang ke bawah. Dahinya bertemu dengan dahi Dayyan.
"Luna."
"Hmm..."
Tiba-tiba Dayyan berdiri sambil mendukung Luna. Luna terkejut dengan tindakan itu. Dia memandang Dayyan terpinga-pinga.
"Ke-" ayatnya terbantut apabila bibirnya serta merta dikunci oleh Dayyan. Dia perlahan-lahan membalas ciuman itu. Sedar-sedar je dia sudah berada di atas katil.
Terpampang wajah Dayyan yang sedikit merah dan sedang tercungap-cungap. Mana taknya, datang ke bilik pun melalui tangga.
Luna diam tidak terkata. Dia hanya membiarkan Dayyan merenungnya dan renungan itu sangat menggoda. Dapat dirasakan jantungnya berdegup dengan hebat.
Arghh, Dayyan! Apa yang kau dah buat ni. Bisik hati Luna.
Dayyan mengambil tangan kanan Luna sebelum dibawa ke bibirnya. Satu ciuman lembut diberikan pada tapak tangan Luna.
Luna menelan air liurnya. Rasa seperti Dayyan yang dulu sudah berubah. Di mana suaminya yang comel dan sentiasa blushing itu?
Suaminya yang dulu tidak akan membuat perkara seperti ini tanpa permintaannya.
Ciuman tadi mula turun ke lengan Luna kemudian ke leher jinjang Luna. Pernafasan Luna menjadi tidak terkawal. Dapat dirasakan lehernya dicium, dijilat dan digigit lembut oleh Dayyan.
Dayyan mengangkat kepalanya dan tersenyum puas melihat tandanya pada leher Luna. Matanya dihalakan ke wajah Luna pula. Entah apa yang merasuk dirinya sehinggakan dia berani berkelakuan begini.
Dia tahu Luna pasti terkejut tapi apa yang dia boleh buat? Baginya, Luna sangat menggoda sekarang. Nafsunya tidak dapat ditahan lagi.
Kepala dia menghampiri kepala Luna. Dia berhenti apabila hidungnya berlaga dengan hidung Luna. Mata Luna terpejam. Satu kucupan melekap di hidung Luna.
"Izinkan Dayyan tunaikan hak Dayyan sekarang ni?" soal Dayyan sambil matanya tertutup. Luna membuka matanya dan sepasang matanya menikam tajam mata Dayyan.
"Just do it," jawap Luna sebelum bibirnya disambar laju oleh Dayyan. Tangannya dikunci oleh Dayyan dan matanya terpejam menikmati belaian Dayyan terhadapnya.
***
"Kenapa Dayyan buat macam tu?" soal Luna. Dia baring menghadap Dayyan. Tangan melapit kepalanya.
"Buat apa?" soalan dijawab dengan soalan. Dayyan membetulkan selimut di tubuh Luna, ditarik sehingga paras leher. Kemudian, tubuhnya didekatkan lalu meletakkan tangannya di pinggang Luna.
"Kita bersama. Dayyan yang mulakan dulu. Luna cium Dayyan je last-last kita...Dayyan tahulah.
You started it first. Beraninya?"Luna mengangkat kening sebelah. Memang lain bila Dayyan yang mengetuai. Selalunya dia minta barulah Dayyan buat. Kali ni...lain pula. Something strange.
"Lunalah yang salah. Luna yang goda Dayyan dulu." Luna berkerut.
"Kenapa pula Luna? Luna tak goda Dayyan pun." masing-masing tak nak mengalah.
"Habistu. Luna cium Dayyan kenapa?" Dayyan sudah bertukar posisi. Kini, dia bersandar pada kepala katil sambil berpeluk tubuh memandang Luna.
Luna mengeluh sebelum dia pun duduk. Kain selimut ditahan menggunakan sebelah tangan, risau selimut itu terlorot jatuh. Tak pasal-pasal buat tayangan free.
"I just kissed you. Itu je. Mana ada goda Dayyan. It's normal. Bukannya Dayyan tak biasa. Cium Dayyan tu dah jadi wajib tahu tak? Wajib!"
Perkataan wajib ditekankan.
"Ye...Dayyan tahu tapi itulah yang menggodanya. Kesimpulannya, Luna goda Dayyan dulu," balas Dayyan sarkastik. Dia tetap dengan kata-katanya. Tapi memang betul pun Luna yang goda dia.
Luna tersenyum senget. Bangga pula dia.
"Really? Luna cium pun boleh tergoda?" soal Luna inginkan kepastian. Senyumannya makin lebar. Tak sangka pula senang saja nak goda Dayyan. Kalau macam ni...setiap satu minit dia cium Dayyan.
Dayyan menganggukkan kepalanya. Matanya dihalakan ke arah lain. Lain pula pandangan mata Luna terhadapnya.
"Tapikan...Dayyan tak rasa tertanya-tanya ke kenapa Luna selalu cium Dayyan? Tak rasa curiga ke...pelik ke..."
Dayyan menolehkan wajahnya menghadap Luna dan dia terus terkejut. Wajah Luna betul-betul berada di hadapannya. Satu inci je jarak mereka. Sangatlah dekat.
Kain selimut sudah mula melorot. Tangan Dayyan cepat-cepat menahan.
"Hmm...kenapa ye?" soal Dayyan. Tiba-tiba dia tertanya-tanya pula. Kenapa ye?
"Sebabnya...." Luna mendekatkan bibirnya ke telinga Dayyan.
"You're such a good kisser. Sexy."
Dayyan terbuntang mata. Wajahnya naik merah. Luna menjarakkan semula wajah dan dia ketawa, geli hati melihat wajah blushing Dayyan.
"Ma...mana ada," nafi Dayyan. Kenapa isterinya ini terlalu jujur? Tak ada filter betul. Tapi...betul ke dia...hmmm
"Ye betul. Nak check ke?" Luna mengangkat kening sebelahnya. Sengaja mahu menyakat Dayyan.
"Err..."
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...