☾︎ Bab 13 ☽︎

1.1K 48 0
                                    

Sebaik sahaja Dayyan memastikan Luna sudah berada dalam kereta, barulah dia pergi ke tempat duduk pemandu.

"Dayyan, sini jap," panggil Luna. Dayyan yang baru sahaja masuk ke dalam kerete terus mendekatkan wajahnya dengan wajah Luna.

Tangan Luna diangkat lalu diletakkan di atas kepala Dayyan yang terhantuk kereta tadi. Dayyan terkejut. Luna menggosok sedikit tempat itu.

"Sakit?" tanya Luna prihatin. Dayyan  teragak-agak menganggukkan kepalanya. Berdebar woiii...

"Meh sini aku bagi ubat," kata Luna. Dayyan pun menundukkan kepalanya supaya Luna boleh meletak itu. Tiba-tiba...

Cupp!

Dayyan yang sedang menunduk itu terbuntang matanya apabila tempat terhantuk tadi dicium lama oleh Luna. Luna mengangkat kepala Dayyan semula sebelum tersenyum.

"Special treatment for my future husband," kata Luna.

DUP! DUP!

Dayyan dapat rasakan jantungnya berdebar. Dia segera memandang ke hadapan.

"Err...t...thanks," ucap Dayyan. Luna menongkatkan dagunya dengan tangan sambil memandang Dayyan.

"Your most welcome, my future husband," balas Luna. Dayyan menelan air liurnya.

***

Daripada tadi...Luna sahaja yang sibuk berbincang dengan pemilik butik pengantin itu. Dayyan yang duduk di sebelah hanya mendiamkan diri dan melihat majalah pengantin. Sesekali dia terbuntang mata melihat harga-harga baju pengantin.

Semuanya mahal-mahal belaka. Cekik darah dia.

"Dayyan...kalau yang ni okay tak?" tanya Luna sambil menunjukkan satu set baju pengantin.

"Hmm...lawa," puji Dayyan sambil menganggukkan kepalanya. Lepas itu, matanya ternampak beberapa nombor.

Makk!! Mahalnya!!

Terus Dayyan menggelengkan kepalanya dengan laju. Luna yang tadi tersenyum terus hilang senyumannya.

"Kenapa?" tanya Luna hairan. Tadi angguk. Pastu, tak pula...mana satu ni?

Dayyan memandang sekeliling kedai sebelum merapatkan wajahnya. Dia membisikkan sesuatu.

"Mahallah, Cik Luna..." Luna memandang Dayyan sebelum melihat harga yang tertulis di dalam buku itu. Biasa je kalau harga RM 10000.

"Biasa jelah harga ni..." kata Luna. Dayyan menggelengkan kepalanya sebelum dia mengambil buku itu dari tangan Luna. Dia membelek buku itu. Namun semua harga baju....sama sahaja. Mahal!

Dayyan terus menutup buku itu sebelum bangun. Luna mendongak memandang Dayyan.

"Jomlah, Cik Luna. Kita cari dekat kedai lain," ajak Luna sebelum dia memegang tangan Luna lalu dibawanya Luna ke luar kedai. Luna tidak sempat berkata apa-apa.

"Wait, Dayyan! Kenapa ni?"

Dayyan hentikan langkahnya sebelum menoleh memandang Luna.

"Mahal sangatlah...kita pergi kedai lain jelah," kata Dayyan. Luna tersenyum.

"Look. Mahal tak apa. Aku yang bayar. Kau jangan risau. Lagipun kita nak kena match dengan tema semua benda. Baju kita mesti kena grand sama macam pelamin kita nanti. Ada kilauan...ada bunga-bunga..." terang Luna. Dayyan diam seketika.

'Grand? Ramai ke yang datang?' soal Dayyan.

"Err...Cik Luna. Kalau kita...buat untuk kita-kita je tak boleh ke?" tanya Dayyan. Senyuman Luna perlahan-lahan menjadi pudar.

"Maksud kau?"

Dayyan menelan air liurnya. Alamak! Dia tak sepatutnya tanya.

"Maksud saya, perkahwinan kita ni keluarga kita je yang tahu," jawap Dayyan.

"Ayah and mak aku je yang akan tahu?"

"Kawan-kawan rapat pun boleh...tapi jangan public sebabnya...Cik Luna terkenal. Saya ni biasa je. Belajar pun sampai SPM je. Saya tak nak orang cakap bukan-bukan," kata Dayyan. Luna memandang wajah Dayyan lama sebelum dia mengeluh.

"Okay. Kita rahsiakan je."

"Betul ke ni?" tanya Dayyan inginkan kepastian. Sangkanya dia akan dimarahi. Luna menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

"Terima kasih, Cik Luna," ucap Dayyan.

"Anything for you, honey," balas Luna. Wajah Dayyan berona merah apabila Luna memanggilnya 'honey'.

"Dah jom kita pilih baju," ajak Luna sebelum kembali melangkah untuk masuk ke dalam kedai tadi.

"Tapi..."

"No tapi tapi....biarlah mahal, Dayyan. Kita dah buat majlis biasa-biasa. Atleast, baju kita ambillah yang grand sikit. Boleh simpan buat kenangan," potong Luna. Dayyan tersenyum nipis.

"Okaylah..."

***

Suasana di meja makan itu senyap sahaja. Hari ini, Luna, Dayyan, Pak Mat dan Maria berkumpul untuk makan malam di rumah Maria. Asalnya rancang mahu bincang mengenai perkahwinan Luna dan Dayyan tetapi masing-masing mendiamkan diri.

"Kau kahwin ni bukan sebab kau nak 50 peratus share syarikat Tan Sri kan?" tanya Maria memecahkan suasana sunyi di antara mereka. Dayyan sedikit terasa dengan soalan Maria.

Luna mahu berkahwin semata-mata untuk mendapatkan share syarikat?

Maria berhenti makan lalu memandang Dayyan.

"Kau ingat dia nak kahwin dengan betul sebab apa, Dayyan? Dia cintakan kau? Heh. Kau tu belajar sampai SPM je. Tak layak nak jadi suami dia," ujar Maria dengan sinisnya. Dayyan terdiam.

Dia memandang Luna yang hanya tenang mengunyah makanan.

"Jangan percaya sangat dengan perempuan tua ni. Dia ni...diri sendiri pun tak sedar apatah lagi pasal hal-hal macam ni. Entah-entah dia tengah cakap diri sendiri. Yelah dah tua, tapi layak ke dapat tidur dengan anak-anak ikan? Perempuan tak sedar diri!" perli Luna.

Maria mengetap bibirnya. Dia mengetuk meja dengan kuat.

"Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku eh?!" tengking.

Luna menghirup minumannya sebelum berkata,

"Kau tengok. Baru sikit dah nak tengking-tengking orang."

Maria mengambil gelas yang berisi air manis di hadapannya lalu diangkatnya. Air manis itu baru sahaja ingin disimbah pada Luna tetapi tangannya pantas dipegang oleh Luna.

"Aku tak layak dapat simbahan ni...tapi kau layak," kata Luna sambil tersenyum sinis.

Tangan Maria terus ditolak dengan kuat ke arah Maria. Dengan sekali tolakan sahaja, habis wajah Maria terkena dengan simbahan air manis itu.

"Opps! Sorry...aku sengaja," kata Luna sebelum tersenyum jahat. Dayyan dan Pak Mat terkejut dengan babak di hadapan mereka.

"Kau kena ingat. Aku bukan Luna yang dulu," pesan Luna sebelum berlalu pergi dari situ. Dayyan segera menyalam ayahnya lalu berlari anak mengejar Luna.

"ARGHHH!" jerit Maria dengan kuat sampaikan Pak Mat menutup kedua-dua belah telinganya.

"Kau tunggu Luna!"

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now