Tiba-tiba Dayyan mendapat satu idea memandangkan dia sedang bosan. Luna seperti biasa. Berada di dalam bilik kerja walaupun waktu cuti seperti ini.
Dia menjenguk ke dalam bilik Luna. Kelihatan Luna khusyuk dengan kerjanya. Dia rasa bersalah pula untuk menganggu Luna.
"Dayyan? Kenapa tak masuk?" soal Luna sebaik saja dia sedar dengan kehadiran Dayyan. Dayyan melangkah masuk dengan perlahan dan menggaru kepalanya. Nampaknya dia mahu teruskan rancangannya tadi.
"Kenapa? Dayyan nak apa-apa ke?" pelik pula melihat Dayyan.
"Ermm... Dayyan nak keluar. Jumpa kawan," kata Dayyan.
"Okay. Bawa kereta hati-hati. Pakai seatbelt. Jangan bawa laju-laju. If anything happen, just call me," pesan Luna sebelum kembali melakukan kerjanya. Dayyan sedikit tercengang.
"Macam tu je?"
"Habistu? Takkan Luna nak halang? I love you. When you are happy, i'm happy too," balas Luna sambil melakukan kerjanya.
Dayyan membuat muka masamnya. Bukan itu yang dia nak.
"Okay. Dayyan pergi dulu." Luna menganggukkan kepalanya dan melambai pada Dayyan tanpa melihat Dayyan yang sedang melangkah dengan perlahan.
Sampai saja di pintu, Dayyan membuka mulutnya sekali lagi.
"Luna tak nak tanya dengan siapa Dayyan jumpa?"
"Kawankan? It's okay."
"Tak nak tahu dia lelaki ke perempuan?"
"Haah an? Lelaki ke perempuan?" soal Luna. Dayyan tersenyum. Nampaknya hampir berjaya.
"Perempuan." Luna membeku seketika sebelum memandang Dayyan. Tiba-tiba dia takut pula melihat wajah tajam Luna. Dia menelan air liurnya.
Luna bangun berdiri dan melangkah ke arah Dayyan. Kaki Dayyan mula menggeletar. Rasanya dia baru saja bermain dengan nyawa.
"Perempuan? Siapa?" soal Luna. Dayyan memandang ke tempat lain. Seram...
"Mmm... Kawan lama." Luna diam untuk seketika.
Dayyan terus memejamkan matanya apabila Luna menarik kolar bajunya dengan kasar. Dia kembali membuka matanya apabila Luna mencium lehernya. Dia menjadi pelik.
"Okay. You can go. Luna dah buat trademark. You are mine. Always and forever."
Dayyan melihat lehernya. Terdapat kesan merah di situ. Luna melangkah semula ke mejanya dengan senyuman gembira.
Akhirnya, Dayyan keluar dari bilik itu dan mengeluh. Lain yang dia rancang, lain yang dia dapat. Tapi apa-apa pun...
Dayyan tersenyum lebar. Ayat itu memang dia tidak akan lupa. Sampai bila-bila.
You are mine. Always and forever.
"Hehehe..." Dayyan menutup wajahnya yang sudah membahang dan merah.
"Papa?" Lara dan Danish melihat Dayyan dengan wajah yang pelik.
Dayyan berdehem dan menutup lehernya. Malu pula bila anak-anaknya perasan dengan apa yang baru saja dia buat tadi.
"Nak main taman tak?" soal Dayyan. Laju saja Lara dan Danish mengangguk kepala mereka.
"Yeay!"
...
"Meh Dayyan tolong." Dayyan mengambil pinggan yang sudah disabun oleh Luna kemudian dia bilas. Luna tersenyum dan mengucapkan terima kasih.
"Dayyan," panggil Luna.
"Mmm."
"Mana perempuan tu pergi?"
"Kenapa Luna tanya?"
Luna mengangkat kedua-dua belah bahunya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dan bagaimana soalan itu boleh terkeluar dari mulutnya. Mungkin saja nak dijadikan topik.
"Dayyan pun tak tahu. Lepas je Dayyan ceraikan dia... Dia keluar rumah dan hilang."
"Dayyan tak kejar dia?" soalan itu membuatkan Dayyan ketawa kecil.
"Untuk apa?" soal Dayyan kembali sebelum menutup paip air. Dia memandang Luna di sebelah.
"Entah. You loved her and... she is your wife. I mean was your wife," kata Luna. Perkataan 'was' ditekankan.
Dayyan menggelengkan kepalanya.
"Dayyan tak pernah sayangkan dia. Semua yang Dayyan cakap pasal dia dulu semuanya tipu. Dayyan sendiri tak tahu tapi apa yang Dayyan tahu Dayyan sayangkan Luna dan cintakan Luna. Hanya Luna. Tak ada perempuan lain."
Luna tersenyum puas mendengar apa yang diterangkan oleh Dayyan. Geli hatinya setiap kali melihat wajah Dayyan selepas mengatakan dia sayangkan Luna. Wajah Dayyan pasti akan naik merah. Comel!
Luna mendekatkan wajahnya untuk mencium Dayyan namun Dayyan menghalangnya. Luna mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"Kenapa?"
Dayyan tidak menjawab. Dia hanya mengisyaratkan matanya ke tepi. Luna melihat ke arah itu. Baru dia sedar yang Lara dan Danish masih lagi berada tidak jauh dari mereka.
"But I want it," kata Dayyan.
"How?"
Terus Dayyan mengambil satu pinggan kemudian dia menutup wajahnya dan wajah Luna.
"Come," kata Dayyan perlahan sebelum bibirnya bersatu dengan bibir Luna.
Mereka ketawa kecil apabila Dayyan melepaskan bibir Luna.
"Naughty," kata Luna sebelum dahi mereka berlaga.
"I love you, wifey."
"I love you, hubby."
THE END
Thank you semua yang membaca Heart Moon. Ni merupakan karya yang kedua untuk AK. Jangan lupa vote and hope korang suka dengan cerita yang tidak seberapa ini. Let's continue with the next story from me. <3
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...