☾︎ Bab 22 ☽︎

1.2K 41 0
                                    

"Macam mana? Kau dah fikirkan ke?"

Terkejut Dayyan dengan bisikan Zain yang tiba-tiba di telinganya. Dia blur dengan soalan Zain.

"Benda apa?" Zain mendengus.

"Pasal Lunalah... Kau nak ceraikan dia tak?" Dayyan diam. Patut ke dia mendengar kata-kata lelaki di hadapannya sekarang?

Dayyan menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Ye. Dia tidak akan ceraikan Luna.

"Cit! Kau akan menyesal, Dayyan. Nanti kalau jadi...kau jangan salahkan aku. Aku cakap benda yang betul dan aku dah bagi amaran. Nanti kalau kau betul-betul kena buang dengan si Luna tu. Habislah kau."

Dayyan tetap menggelengkan kepalanya.

"Luna tak akan buang Dayyan. Tak. Akan." Zain mengeluarkan tawa sinisnya. Entah apa yang lawak pun dia tak tahu.

"Really?" wajah sinis Zain dekat dengan Dayyan. Dayyan menelan air liurnya, mula menjadi gelisah.

"We will see," kata Zain sambil menepuk bahu Dayyan sebelum beredar meninggalkan Dayyan berdiri terpinga-pinga.

Dayyan mengeluh. Betul ke?

***

Luna dan Dayyan jalan beriringan ke parking lot. Sedang mereka menghampiri kereta, Zain memanggil Dayyan.

Dayyan berhenti melangkah dan tersenyum nipis. Luna di sebelah dipandang. Terpancar wajah dingin Luna.

"So how? Dah nampak?" tanya Zain sebelum matanya berlari memandang Luna yang berada di hadapannya.

"Hey, don't look at me like that," tegur Zain apabila Luna memandangnya tajam.

Luna menggigit bibirnya menahan marah. Tangannya muka dipegang oleh Dayyan, cuba menenangkan dirinya.

"Owww...so sweet. But...aku nampak something yang pelik." mata Zain melihat tangan Dayyan dan Luna.

Dayyan pula terangat kedua-dua belah keningnya.

Apa yang pelik?

"Korang betul ke kahwin? Sebab apa? Suka sama suka? Keluarga aturkan? Ataupun...dia ni yang paksa?" tanya Zain sambil jari telunjuknya ditujukan hadapan muka Luna.

"Kau jangan nak cakap bukan-bukan eh?" tangan Zain ditepis kasar oleh Luna. Genggaman tangan dieratkan lagi.

"Kau tengok ni. Ni bukti aku kahwin dengan dia sebab aku sayangkan dia dan aku terima dia bukan macam kau!" genggaman tangan diangkat di sebelah.

"I see but...mana bukti tu?" Zain sudah tersenyum sinis. Nampaknya, Luna akan kalah sekejap lagi.

Luna menoleh kepalanya ke kanan melihat genggaman tangannya dengan Dayyan. Dia terdiam. Tidak tahu mahu kata apa. Tangan Dayyan tidak tersarung apa-apa. Hanya tangannya yang tersarung cincin, bukti perkahwinan mereka.

Mata Luna yang tadi dingin terus bertukar menjadi redup. Dia memandang Dayyan. Matanya menikam anak mata Dayyan.

Why? Bisik hati Luna. Pedih hatinya.

Dayyan membalas pandangan Luna. Dia dapat lihat Luna sedang kecewa sekarang. Matanya cuba menyampaikan 'sorry' kepada Luna namun Luna terus melarikan pandangan.

Genggaman tangan tadi terus terjatuh ke bawah dan Luna memandang lantai. Kenapa Dayyan buat dia begini?

Sakit hatinya mendengar ketawa Zain yang sangat mengejek dirinya.

"Okay. Aku dah nampak dah. Malang betul kau ni kan," bisik Zain sebelum beredar bersama dengan tawa sinisnya.

"Luna-" Dayyan cuba menggenggam erat tangan Luna tetapi terus Luna merentap tangannya. Dengusan kadar terdengar.

Tanpa membalas pandangan Dayyan, Luna terus melangkah menghampiri keretanya. Pintu dibuka lalu dihempas kuat.

"Luna... Dayyan  minta maaf sangat," ucap Dayyan sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Luna hanya memandang ke hadapan dengan wajah kosong dan lesu. Seperti sudah penat dengan semua ini.

"Please...forgive me. Dayyan janji Dayyan tak akan tanggalkan cincin tu lagi." dia cuba menarik tangan Luna namun ditepis kasar.

"Mana cincin tu?" soal Luna dalam nada yang sangat dingin dan serius. Dayyan cepat-cepat menyelut poket seluarnya kemudian sebentuk cincin dihulurkan.

Tanpa kata apa-apa, terus dibuang cincin itu keluar melalui cermin tingkap yang memang terbuka. Dayyan terkejut dengan tindakan Luna.

"Luna!" Dayyan ternganga melihat cincinnya lesap begitu saja. Melihat Luna seperti mahu membuang cincin di tangan terus Dayyan memegang kedua-dua belah tangan Luna.

"Lepas!" marah Luna.

"Luna nak buat apa! Janganlah!" larang Dayyan.

"Stop, Dayyan. Stop!!" tengking Luna dengan kuat sehinggakan Dayyan terhenti dan membeku di situ. Luna pula tercungap-cungap sambil wajahnya menunduk.

Suasana menjadi diam untuk seketika sebelum terdengar esakan Luna. Dayyan membuntang mata melihat keadaan Luna.

"Luna." lembut saja nada Dayyan. Tangannya ditolak oleh Luna.

"Kenapa kau simpan cincin tu kalau kau tak nak pakai?"

"Dayyan-"

"Kenapa kau kahwin dengan aku kalau kau sebenarnya tak akan pernah nak terima kau?!"

"Dayyan terima Luna-"

"Stop Dayyan!" tengking Luna sekali lagi.

"Stop! Hiks..." air matanya yang tadi cuba ditahan akhirnya gugur jua. Kesakitan yang selama ini dipendam dan disimpan tidak mampu lagi untuk disembunyikan. Terlalu sempit.

"Luna-" Dayyan sedih melihat Luna menangis.

Kenapa kau sedih dan sakit sedangkan kau yang buat dia jadi macam tu? Satu suara seakan-akan berbisik kepada Dayyan.

Benar kata suara itu.

Luna mengesat air matanya kemudian dia menoleh memandang Dayyan. Matanya yang sudah bengkak dan merah menikam mata Dayyan.

"Let me ask you. Aku ni siapa kepada kau?"

"Isteri Dayyan." laju Dayyan jawab.

"Kau terima ke aku sebagai isteri kau?" Dayyan menganggukkan kepalanya.

"Kau pernah tak sayangkan aku sepanjang aku menjadi isteri kau?"

"Ye, Dayyan sayang sangat Luna."

"Tipu! Semua yang kau cakap semua tipu!" Luna meraung di dalam kereta itu. Setiap kali Dayyan ingin menyentuhnya terus ditepis kasar.

"Dayyan minta-"

"Berhenti Dayyan! Aku dah penat dengan maaf kau! Aku dah bosan, jijik, muak dengan kata-kata kau! Kau tipu aku!" luah Luna. Dayyan tergamam.

"L...Luna dah bosan...dengan Dayyan?" soal Dayyan. Benarkah kata luahan itu?

"Ye! Aku bosan dengan kau! Aku bosan! Now, kau duduk sini and jangan kacau aku! Kau buat hal kau sendiri!"

Pintu kereta terus dibuka lalu dihempasnya. Luna melangkah meninggalkan keretanya bersama hati yang terluka.

Dayyan pula merasakan seperti dirinya dihimpak dengan batu besar. Tubuhnya menjadi kaku.

Bosan dengan Dayyan?

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now