☾︎ Bab 5 ☽︎

1.2K 57 0
                                    

Luna menunduk sedikit badannya dan mengambil satu beg hitam dibawah meja. Dia meletakkan beg itu ke atas meja dan membuka beg tersebut. Harraz yang melihatnya sudah berkerut dahi.

“Kau ambil ni and we are done,” perintah Luna sambil menghalakan beg itu kepada Harraz.

Terbuntang mata Harraz apabila melihat duit RM 100 penuh didalam beg itu. Dayyan pun turut terkejut. Selama ni ada duit dalam beg tu?

You ingat I ni apa? I don’t need this money!” marah Harraz.

Luna bersilang kaki dan mengangkat kedua-dua belah keningnya. Dia tersenyum sinis.

“Oh, really? Ke kau nak aku yang perkenalkan siapa kau sebenarnya? Nama yang diberi Harraz Rayyan. Anak dato’ tapi kena halau sebab tak pernah nak bekerja. Malam-malam pergi club and berjudi. Ada ramai sugar mummy termasuklah Puan Sri Maria. Mak aku sendiri. Seorang penganggur. Jadi anak ikan semua perempuan tua kaya yang ada dalam dunia ni. Aku rasa tu je kot. Ke nak aku cerita banyak lagi?” panjang lebar Luna terang tentang Harraz.

Harraz mengetapkan bibirnya menahan geram. Dia juga mendengar kutukan pelanggan di dalam café itu. Dia cuba berlagak tenang.

“Heh! You ada bukti ke nak kata I macam tu? You tak gila lagikan sebab I dengar sebelum ni you ada masalah…mental,” kata Harraz tanpa berfikir apa yang akan berlaku akibat kata-katanya. Dayyan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Harraz.

Yes…aku memang ada masalah mental untuk buat macam ni,” terus dia melemparkan kertas-kertas yang mempunyai maklumat tentang Harraz dan juga bukti-bukti Harraz merupakan anak ikan. Semua terkejut dengan tindakan Luna.

Ada pelanggan yang sempat membaca maklumat-maklumat itu. Harraz terus mengutip kertas-kertas yang berterbangan itu.

Dia membaca maklumat tentang dirinya itu sendiri. Ketar tangannya memegang kertas-kertas itu kerana maklumat itu sangatlah tepat.

Memang benar dia penganggur. Memang benar dia merupakan anak ikan. Semua yang Luna katakan sangatlah betul dan tepat. Harraz memandang tajam kearah Luna yang selamba menghirup minuman.

You really look desperate. Kau tak tahu ke? Sepatutnya kau cermin muka kau sendiri tengok betapa terujanya muka kau bila dengar aku ada syarikat sendiri. Siap tanya income pula tu,” perli Luna.

Harraz menggenggam erat tanggannya. Dia sudah lama menahan marahnya.

Tanpa membuang masa, dia segera menghampiri Luna dengan wajah bengisnya. Dayyan yang seperti dapat mengagak sesuatu turut menghampiri Luna. Harraz mengangkat tinggi tangannya dan…

Splash!

Dengan begitu sahaja baju mahalnya dibasahi dengan minuman panas Luna.

Opss, sorry. My bad.” Luna buat-buat terkejut sebelum dia bangun berdiri dan menghampiri Harraz.

“Aku rasa kau perlukan ni memandangkan baju mahal kau ni rosak sebab aku,” kata Luna sebelum mengambil beg hitam yang penuh dengan duit itu lalu ditaburnya duit-duit itu pada tubuh Harraz.

“Aku tahu baju ni RM 10000 je memandangkan baju ni bawah syarikat aku. Baki-baki duit yang lain kau boleh lah ambil. Aku bayar balik apa yang mak aku dah bayar dekat kau. Not just that, aku ada bagi lebih daripada Puan Sri bagi dekat kau. So, pandai-pandailah kau pakai duit tu. Pergi berjudi pun cukup tu,” sindir Luna sebelum melangkah pergi meninggalkan Harraz.

Dayyan mengikuti langkah Luna sambil memproses apa yang baru sahaja terjadi. Semua ini berlaku dengan sangat pantas.

***

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now