Luna tersentuh dengan apa yang dilihatnya. Sebuah keluarga. Apabila sedar matanya sudah berlinang, cepat-cepat Luna mengelap air matanya.
"Nanti bawa anak-anak aku balik," pesan Luna kepada Kai. Kai cepat-cepat menghalang Luna daripada melarikan diri. Tanpa cakap apa-apa, Kai memegang kedua-dua belah bahu Luna kemudian memusingkan tubuh Luna ke belakang sebelum ditolaknya tubuh itu secara paksa.
Luna cuba hentikan tindakan Kai namun semuanya terlambat apabila dia sudah pun berada di hadapan Dayyan. Mata mereka bertembung. Tanpa membuang masa, Dayyan terus menarik tubuh Luna di dalam dakapannya.
Lara dan Danish pula memeluk kaki Luna dan Dayyan. Luna hanya membeku dan hanya membiarkan dia dipeluk tanpa membalasnya.
"Dayyan rindu Luna," bisik Dayyan di telinga Luna sebelum pelukannya makin erat.
...
Lara dan Danish berlari anak sambil menarik kedua-dua belah tangan Dayyan masuk ke dalam rumah. Tidak sabar mahu menunjukkan bilik mereka agaknya. Dayyan pula hanya melayan. Luna hanya mendiamkan diri dan matanya hanya melihat apa yang berlaku.
Kelihatan Dayyan bergelak tawar bersama Lara dan Danish. Luna yang bersandar di pintu bilik anak-anaknya sedikit tersentuh.
'Kenapa baru sekarang? Macam mana kalau semua ini berlaku sejak lima tahun yang lalu? Kenapa tak dari dulu?' Luna mula mengelamun memikirkan masa lalunya. Bagaimana dia perlu berdiri seorang diri tanpa suami.
Luna menutup matanya untuk sementara sebelum pandangan tajam dihalakan ke arah Dayyan.
'Semua ni jadi disebabkan kau!' kata Luna di dalam hati bersama pandangan yang penuh dengan kebencian pada Dayyan. Di dalam pandangan matanya, Dayyanlah punca segala-galanya.
'Kalau dulu, kau tak duakan aku... Kalau dulu kau tak...' Luna memegang pipi kanannya yang dulu pernah ditampar oleh Dayyan.
'Hanya disebabkan betina tu, kau sanggup lepaskan aku. Kau sanggup sakitkan aku. Kau sanggup hina aku.' Luna meluahkan segala-galanya di dalam hatinya.
"Mama! sinilah main dengan papa!" ajak Lara. Luna memandang Dayyan dengan pandangan kosong sebelum dia senyum sinis.
Tanpa membalas apa-apa, Luna pergi meninggalkan bilik itu. Lara sedikit terkilan apabila ajaknya tidak dibalas. Dayyan tersenyum kecil sambil mengusap lembut rambut Lara.
"Mama penat tu. Lara main dengan Danish dulu ye? Nanti papa janji kita main sama-sama dengan mama," pujuk Dayyan. Lara menganggukkan kepalanya.
...
Luna yang sedang menyediakan makan malam tersentak apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Pelukan itu menyebabkan tubuhnya bertemu dengan tubuh Dayyan.
Dayyan mengunci tangannya dan menarik tubuh Luna supaya meletak dengan tubuh dia. Dagunya dilabuhkan di atas bahu Luna. Luna pula cuba mengabaikan perasaan yang mula muncul di dalam hatinya. Dia cuba fokus dengan masakannya. Tangan dia tidak berhenti melakukan kerja.
Dayyan memejamkan matanya. Sungguh dia rindu Luna. Rindu pelukan dan sentuhan dari Luna. Kepalanya sengaja dilagakan dengan kepala Luna.
Luna memejamkan matanya. Tipulah kalau dia tidak rindu dengan segala tentang Dayyan.
"Lepas," arah Luna perlahan. Dayyan hanya buat tidak dengar. Luna mengeluh kasar dan tangannya mula berusaha untuk melepaskan pelukan Dayyan. Namun, Dayyan tidak melepaskan pelukan.
Sebaliknya, dia memusingkan Luna menghadap dia. Mata Luna sedikit terbuntang dengan tindakan Dayyan.
Tangan Dayyan mengusap pipi Luna. Terus dia teringat apa yang dia pernah lakukan pada pipi itu sehingga pipi itu kelihatan merah.
Mata Dayyan tidak lari dari mata Luna.
"I'm sorry," ucap Dayyan sebelum dia menundukkan wajahnya dan mengucup lembut pipi Luna.
"You hurt me," kata Luna sebaik saja Dayyan menjarakkan kembali wajah mereka. Dayyan menganggukkan perlahan. Dahinya dilagakan dengan dahi Luna. Kedua-dua belah tangannya menekup wajah Luna. Matanya dipejam.
"Dayyan minta maaf sangat-sangat. Dayyan menyesal dengan apa yang Dayyan dah buat dekat Luna dulu. Tolong jangan tinggalkan Dayyan lagi. Please...," rayu Dayyan. Luna memejamkan matanya.
Dia keliru dan buntu. Apa sebenarnya yang dia perlu lakukan? Perkara yang dia lalui bukan perkara yang ringan. Dia terseksa. Lima tahun...
Luna menolak perlahan tubuh Dayyan. Mata dia tajam memandang mata Dayyan.
"I hate you," ucap Luna sebelum pergi meninggalkan Dayyan. Dayyan mengeluh perlahan.
...
"Argh!" jerit Luna. Dia terkejut dengan kehadiran Dayyan di dalam biliknya. Sudahlah dia hanya memakai tuala. Kedua-dua belah tangannya bersilang di dada. Dayyan pula hanya senyum di atas katil.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Luna sambil perlahan-lahan menuju ke almari baju.
"Tunggu Luna. Jom tidur," jawab Dayyan sambil menepuk katil di sebelahnya. Luna berkerut sebelum menyarung baju tidurnya. Sekurang-kurangnya dia menutup dadanya.
"Sejak bila aku tidur dengan kau? Keluar." jari telunjuk dihalakan ke pintu bilik.
"Ala... Dayyan nak tidur dengan Luna. Lagipun, Dayyan suami Luna dan suami kena tidur dengan isteri."
"Siapa isteri kau?" riak wajah Dayyan terus berubah. Keras betul hati isterinya ini. Dayyan turun dari katil dan melangkah ke arah Luna.
Dia tundukkan wajahnya sehingga wajah dia dan Luna sangat dekat. Luna sedikit ke belakang namun tangan Dayyan pantas menarik pinggangnya.
"Betul nak tahu siapa?" soal Dayyan bersama senyuman nakal. Luna berkerut dan sedikit pelik dengan perubahan Dayyan. Dayyan yang dulu sentiasa berada di bawahnya tetapi kini...
Luna merasakan Dayyan semakin berani bertindak.
"Dayyan kira sampai tiga. Satu..."
Wajah Dayyan semakin mendekati.
"Dua..."
"Tak mmm!"
Mulut Luna terus terkunci apabila Dayyan pantas meragut bibirnya. Luna cuba menolak dada Dayyan. Dayyan pula menangkap tangan Luna dan digenggam dengan erat.
"Mmm!" kucupan Dayyan masih lagi tidak lepas. Semakin lama, Luna semakin ke belakang. Apabila belakangnya terlanggar dengan meja, barulah Dayyan melepaskan kucupannya.
Nafas Luna menjadi tidak teratur. Dia tercungap-cungap mencari nafas.
"Arggh!"
...
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...