☾︎ Bab 30 ☽︎

1.3K 41 0
                                    

"Dayyan nak jadi suami yang mampu berkorban untuk Luna. Biar Dayyan penat sekali pun. Dayyan nak bahagiakan Luna. Only you, my wife."

Luna terpanar. Mata dia terpejam menikmati usapan lembut di pipinya. Dayyan mengusap lembut bibir Luna yang sedikit menggigil sejuk.

Dayyan meraih pinggang Luna lalu ditarik melekap pada tubuhnya. Luna tersenyum apabila merasa haba daripada tubuh Dayyan. Pelukan itu dibalas.

"Haa...I love this hug," ucap Luna. Dayyan tersenyum. Dagunya diletakkan atas kepala Luna.

"Jom balik," ajak Dayyan. Matanya melihat hujan yang masih lagi lebat.

"Tunggu jap. Luna nak ambil sesuatu." pelukan dilepaskan lalu Luna melangkah masuk ke dalam cafe. Tak sampai seminit, Luna kembali bersama beg plastik di tangan.

"Apa tu?" soalan Dayyan tidak dijawab. Luna hanya tersenyum sebelum tangan Dayyan dipegang.

"Jom."

Mereka berlari ke arah kereta Luna yang tidak jauh dari situ.

***

"Luna mandi dulu." tuala diserahkan kepada Luna.

"Dayyan mandilah dulu."

"No. Luna mandi dulu. Badan Luna basah sangat ni."

"Dayyan pun sama. Dayyan mandilah dulu." masing-masing berperang mulut di hadapan pintu bilik air.

"Okay macam ni. Kita mandi sama-sama," ujar Luna sambil tersenyum nakal. Dayyan segera menggelengkan kepalanya.

"Luna mandilah dulu. Dayyan tunggu." Luna terus memegang tangan Dayyan.

"No. Kita mandi sama-sama. Jom." Dayyan cuba mengeraskan diri. Tangannya ditarik oleh Luna.

"Tak naklah..." Luna berhenti menarik tangan  Dayyan. Dia memandang Dayyan dengan wajah kosong. Kening sebelah diangkat.

"Kenapa?" Dayyan melarikan matanya.

"Da...Dayyan malu," jawab Dayyan. Luna tersenyum apabila perasan akan telinga Dayyan yang mula naik merah. Kakinya mendekati Dayyan dan dia memerangkap Dayyan di dinding.

Dayyan menelan air liurnya. Dia berdiri kaku. Matanya langsung tidak membalas pandangan Luna. Tuala di tangan dipegang kuat.

"Semua Luna dah nampak. Dayyan nak malu apa lagi? Hmm?  Luna ajak mandi je. Bukannya kita buat apa pun," kata Luna.

"Memanglah tapi..."

"Tapi?" Luna mendekatkan lagi wajahnya sekali gus matanya bertembung dengan mata Dayyan.

"Macam mana kalau jadi apa-apa?"

"Jadi apa?" sengaja Luna buat seperti tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Dayyan.

"Jadi tulah."

"Tu apa?" makin merah wajah Dayyan. Wajahnya terasa membahang. Kenapa dia selalu dibuli oleh Luna? Arghh!

"Luna tahu-tahu jelah," jawab Dayyan sebelum matanya laju mengelak pandangan nakal Luna.

"Okay. Fine. Luna faham. Tapi Dayyan tetap kena mandi dengan Luna. Luna janji Luna tak buat apa-apa dekat Dayyan. Lainlah kalau...Dayyan yang apa-apakan Luna," kata Luna bersama senyuman sumbing.

Dayyan diam seketika. Fikirannya ligat berfikir. Nak ke tak nak?

"Hmm...okay." Luna tersenyum menang lalu segera menarik tangan Dayyan masuk ke dalam bilik air.

Pintu ditutup lalu dikunci.

"Arggh! Luna!"

***

Dayyan muncung melihat kesan itu daripada pantulan cermin. Matanya menjeling Luna yang duduk tenang di atas katil.

Love bites yang banyak di lehernya digosok. Dia dah agak dah...mesti akan jadi macam ni. Dia kenal sangat dah isterinya.

"Tak puas lagi ke tengok hasil seni Luna tu?" soal Luna tiba-tiba. Geli hati melihat Dayyan yang bermasam muka sejak mereka keluar dari bilik air.

"Tengoklah ni! Banyak tau. Luna dah janji tak apa-apakan Dayyan kan? Ni apa? Dahlah banyak!" bebel Dayyan sambil membelel lehernya.

"Ala...sikit je. Lagipun salah Dayyan." Dayyan berkerut. Dia memusingkan badannya memandang Luna.

"Kenapa pulak Dayyan?  Luna yang serang Dayyan tau."

"Salah Dayyan sebab hot sangat. You look delicious. Luna makanlah sikit. Sikit je," balas Luna sambil tersenyum lebar.

Dayyan melopong sebelum mengeluarkan keluhan.

"Fine. Nanti Dayyan balas balik." Luna membuka matanya dengan Luna.

"Really? Kalau macam tu...Luna nak sekarang. Now." makin luas Dayyan melopong.

"Come. Cepatlah. Luna tunggu ni..." Luna bersandar pada kepala katil bersama mata yang terpejam. Dia menyanyi kecil.

Selepas beberapa saat, Luna buka semula matanya apabila suasana menjadi senyap. Buka saja mata, perkara pertama yang dia nampak adalah wajah Dayyan yang sangat hampir dengannya.

Mereka merenung satu sama lain.

"What? Dayyan tunggu apa?" Dayyan diam dan kaku. Matanya tajam menikam mata Luna. Luna mula berkerut. Pelik melihat Dayyan.

"I want you now. Dayyan yang nak serang Luna ataupun...Luna yang serang Dayyan dulu. Pilih cepat," kata Luna. Matanya terkebil-kebil.

"Do you love me?" soal Dayyan tiba-tiba. Luna menganggukkan.

"Of course I love you."

Terus Dayyan mengucup lembut bibir Luna sekilas.

"Say it again," arah Dayyan.

"I love you." sekali lagi bibir Luna menjadi mangsa.

"More." Luna tersengih.

"I love you," ucap Luna sebelum tangannya melingkari leher Dayyan. Kini, bibirnya dikucup lama oleh Dayyan. Sedar-sedar je dia sudah ditindih oleh tubuh tegap Dayyan.

Pandangan mata Dayyan melemaskan Luna.

"I love you too," ucap Dayyan sebelum leher Luna dicium dan ditinggalkan cap mohor dia di situ.

"You are mine."

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now