☾︎ Bab 23 ☽︎

1.2K 38 1
                                    


Mata Dayyan dari tadi melihat jam dinding.

Pukul 10 malam.

Luna masih lagi belum pulang menyebabkan Dayyan menjadi risau. Dayyan bangun berdiri dan kakinya melangkah, pusing satu ruang tamu.

Bunyi pintu dikuak membuatkan Dayyan tersenyum. Dia segera menuju ke arah pintu utama.

"Luna." panggilannya tidak disahut. Wajah Luna beku dan kosong, seperti kali pertama Luna kembali ke Malaysia.

Dayyan masih lagi dengan senyumannya. Baru je dia nak memanggil Luna sekali lagi, Luna melangkah di sebelahnya seperti dia tidak wujud di situ.

Dayyan terkilan. Dia menoleh melihat Luna melangkah ke tingkat atas.

"Luna...,"panggil Dayyan sambil berlari anak ke arah Luna. Dia menaiki tangga mengikut jejak Luna. Senyuman diukir.

"Luna pergi mana tadi? Kenapa lambat sangat balik? Dayyan tunggu Luna tau... Risau Dayyan." macam-macam soalan ditujukan namun Luna mendiamkan diri sahaja.

Dia rasa makin serabut apabila disoal oleh Dayyan.

Dayyan tersenyum nipis apabila soalannya Luna buat tidak tahu sahaja. Beg tangan Luna dipegang.

"Meh Dayyan bawakan. Kesian Luna. Mesti penat," kata Dayyan dengan lembut.

"Cit! Sanalah! Can you just shut up! Rimaslah!" marah Luna serta menarik kasar beg tangannya. Dayyan terdiam.
Bahunya terhinjut mendengar dentuman pintu.

Dayyan mengeluh perlahan. Dia memandang pintu bilik di hadapannya. Tangannya diangkat mahu mengetuk pintu tetapi dia berhenti.

Dayyan menurunkan semula tangannya. Nampaknya dia perlu tidur di luar untuk beberapa hari ni.

"Luna. Dayyan minta maaf," ucapnya sebelum beredar.

***

Sudah beberapa hari berlalu, Luna masih lagi bersikap dingin. Setiap kali Dayyan bangun, pasti Luna sudah menghilang. Hari cuti pun, Luna pergi ke pejabatnya.

Tinggallah Dayyan keseorangan di dalam rumah. Pulang pula sekejap awal, sekejap lambat. Dayyan tidak tahu bagaimana lagi dia mahu memujuk Luna.

Waktu makan pun, laju je Luna menghabiskan makanan lalu pergi ke bilik.

Dayyan mengetuk pintu bilik peribadi Luna. Senyap. Dia perlahan-lahan membuka pintu lalu menjengukkan kepalanya.

"Laa...tidur rupanya," bisik Dayyan apabila melihat Luna sudah lena di atas meja, berlapik dengan tangan.

Kertas bertaburan di atas meja. Dayyan tersenyum. Comel melihat Luna. Sudah berapa hari dia tidak melihat Luna tidur lena.

Dayyan mengemas meja terlebih dahulu. Semua dokumen disusun kemas di tepi meja.

Dia mula menggaru kepala. Macam mana mahu mengejutkan isterinya? Nak kejut takut Luna marah dirinya.

Akhirnya, Dayyan perlahan-lahan meletakkan sebelah tangan Luna di bahunya. Kaki Luna diangkat lalu tubuh Luna didukungnya mengikut bridal style.

Kepala Luna sedikit bergerak sebelum terlekap di dada bidang Dayyan.

Sampai sahaja bilik, tubuh Luna diturunkan dengan berhati-hati. Selimut ditarik separas dada.

Rambut Luna diusap lembut sebelum bibir Dayyan melekap di dahi licin Luna. Lama.

"Goodnight," ucap Dayyan perlahan sebelum dia melangkah keluar. Dia sebenarnya mahu tidur bersama isterinya tapi mengenangkan Luna masih lagi dingin dengannya, terus dia membatalkan niatnya.

Dayyan membaringkan tubuhnya di atas sofa. Dia merenung siling. Nampaknya, dia perlu selesaikan semuanya esok juga.

"Berhenti Dayyan! Aku dah penat dengan maaf kau! Aku dah bosan, jijik, muak dengan kata-kata kau! Kau tipu aku!"

Bagaimana kalau Luna betul-betul membuang dirinya? Apa yang akan terjadi? Dayyan memejamkan matanya. Perasaan gelisah dan risau cuba dibuang.

***

Luna's POV

Hari ini aku pulang ke rumah lewat. Jam di tanganku sudah menunjukkan pukul 9. Dayyan masih tunggu ke?

Sebenarnya, dia tak adalah marah sangat dekat Dayyan cumanya dia berasa sangat sedih dan ingin melihat sejauh mana Dayyan akan bertahan dengannya.

Pintu rumah dibuka dan aku menjadi pelik.

Gelap?

Dayyan dah tidur kot?

Aku melangkah sambil menggosok tengkuknya yang lenguh. Pintu gelongsor yang terbuka menarik perhatianku. Aku melangkah ke sana dan terpegun melihat meja yang terhias cantik. Pemandangan di bandar menambahkan lagi suasana.

"Luna!" aku menoleh ke belakang dan aku terpegun sekali lagi. Aku dapat melihat seekor beruang sedang menghulurkan bunga kepadaku.

Comel! Aku membuat wajah dinginku semula. Aku tahu Dayyan cuba memujukku menggunakan maskot itu. Tapi kita tengok...macam mana akhir nanti.

"Luna! Nah. Dayyan beli untuk Luna. Wangi tau!" bunga yang dihulur oleh Dayyan aku pandang kosong. Cantik!

"Ambiklah!"

Aku ambil bunga itu lalu dibelek. Setelah itu, aku melangkah ke beranda lalu membuang bunga itu ke bawah. Dayyan yang berada dalam maskot terkejut. Dia segera pergi ke beranda.

Aku ingin melangkah pergi namun lenganku dipegang oleh Dayyan.

"Luna nak pergi mana?" soalnya. Aku tanpa menoleh menjawab,

"Tidur."

"Ala...makanlah dulu. Dayyan dah sediakan macam-macam untuk Luna. Jom!" pujuk Dayyan. Aku mendiamkan diri sekejap. Kalau ikutkan hati memang aku nak ikut tapi...

Aku nak tengok sejauh mana Dayyan akan memujukku.

"Kaukan..." aku menoleh dan menghampiri Dayyan. Kepala maskot dibuka dan aku dapat melihat wajah tampan Dayyan.

Rindunya! Jerit hatiku. Aku dapat melihat senyuman manis Dayyan untukku.

"Kaukan... Membosankan," ucapku.
Jelas wajah Dayyan yang sedang terkilan dengan ucapanku.

Aku menoleh untuk melangkah pergi namun sesuatu menghalangku. Aku terkilan dan membatu di situ. Aku salah dengar ke?

Bunyi esakan menghentak telingaku. Takkanlah...
Aku terus memusingkan badanku. Dayyan menundukkan pandangan dan tubuhnya seperti bergetar.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now