☾︎ Bab 7 ☽︎

1.1K 58 1
                                    

Maria mengambil tali pinggang yang memang selalu berada di bawah meja kopi itu. Dia memang akan simpan tali pinggang itu disitu kerana baginya senang untuk dia gunakannya untuk Luna.

Dayyan baru sahaja ingin melangkah untuk menghalang Maria tetapi Pak Mat segera menghalangnya. Dia berkerut memandang ayahnya.

“Takkan kita nak biar je?” tanya Dayyan dengan perlahan. Pak Mat menggelengkan kepalanya.

“Jangan,” kata Pak Mat. Dayyan memandang pula Tan Sri. Tan Sri pun turut menggelengkan kepalanya. Mereka bukan takut dengan Puan Sri tetapi mereka mendengar apa yang dikatakan oleh Luna.

Jika Luna kata jangan maka mereka perlulah patuh dengan Luna kerana mereka pasti Luna ada sebab untuk melakukan itu.

Maria mula mengangkat tangannya sebelum…

Pap! Dilibasnya lengan Luna dengan kuat.

“Ni padahnya kalau aku cari pasal dengan aku!” kata Maria dengan kuat sebelum lagi satu libasan diberi kepada Luna.

Pap!

Pap!

Dayyan memandang Luna dengan pandangan yang redup. Dia simpati melihat Luna. Luna pula membuat wajah kosong seperti libasan itu tidak memberikan apa-apa kesan padanya. Malah, dia sempat menjeling Maria dengan tajam.

“Kau menjeling aku? Hah! Kurang ajar!”

Pap! Makin kuat libasan Maria sehinggakan lengan baju Luna sudah mempunyai kesan darah.

Maria berhenti melibas Luna apabila dia sudah penat dan puas. Dia tercungap-cungap mencari nafas. Tapak tangannya sudah merah kerana dia kuat sangat memegang tali pinggang itu.

“Kenapa kau tak menangis hah?” tanya Maria. Selalunya Luna pasti akan menangis dan merayu kepada dirinya bila di amula melibas Luna. Kali ini dia pelik melihat Luna tidak menangis dan hanya menayangkan wajah kosong.

Luna mencebik mendengar soalan Maria.

“Kau nak tahu kenapa aku tak menangis?” tanya Luna perlahan.

Of course aku nak tahu sebabnya kau ni budak perempuan yang lemah. Selalu menangis dan merayu dekat aku. Tapi kali ni kau lain,” balas Maria.

“Memang aku tak nangis. It’s because i’m dead inside! Dan semua ni jadi disebabkan kau! Apa yang aku buat sampaikan kau buat aku macam ni! You never change. Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak terima aku. Mata kau ni…penuh dengan kebencian. Kebencian kau terhadap aku!” luah Luna. Semua orang terdiam.

Kali ini bukan lakonan.

Luna dapat merasakan matanya seperti mahu mengeluarkan air.

“Apa salah aku hah? Cuba kau bagitahu aku. Apa salah aku! Kenapa kau jaga anak kau ni macam sampah! Macam anjing liar! Why?” soal Luna sambil memandang anak mata Maria dengan tajam. Dia benar-benar ingin tahu mengapa.

Yang lain menunggu jawapan daripada Maria tetapi satu hapak pun tidak keluar daripada mulut Maria. Maria hanya mendiamkan diri membalas pandangan Luna.

“Tengok? Kau tak pernah nak jawap. You always the same. From then till now,” kata Luna sebelum bangun berdiri. Dia memegang lengannya yang dilibas tadi.

Sungguh dia katakan. Lengannya sangatlah rasa pedih sekarang.

“Aku akan keluar dari rumah ni esok sebelum aku kau buang macam sampah. Kau kena ingat aku ni bukan dilahirkan sebagai sampah untuk dibuang oleh kau. Kau tak tahu ke? Garbage has no legs but I have. So, dengan kaki aku ni aku pakai untuk keluar dari rumah sampah ni. Boleh lah aku kata rumah ni sampahkan? Rumah ni tak ada kaki sama macam sampah,” kata Luna sebelum melangkah ke tingkat atas.

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now