"Tapi tadi-"
Splash!
Habis basah baju Dayyan dengan kopi yang sengaja dicurah oleh Kamal.
Dayyan terkejut dengan tindakan itu. Kamal pula sudah tersenyum puas.
"Itulah akibatnya kalau kau tak dengar cakap aku!" kata Kamal sebelum cawan yang kosong dibaling ke wajah Dayyan. Dayyan memejamkan matanya apabila cawan plastik itu memukul wajahnya.
"Harap muka je hensem tapi otak...tak boleh guna," sindir Kamal sambil berpeluk tubuh. Dia seorang sahaja yang tersenyum. Pekerja yang lain kelihatan terkedu.
"Apa yang jadi ni?"
Kamal terus berdehem dan berdiri tegak. Luna dengan wajah dinginnya melangkah menghampiri Dayyan yang sudah comot dengan kopi.
Mata Luna memandang Dayyan atas bawah sebelum matanya dan mata Dayyan bertembung. Dia berdiri betul-betul di sebelah Dayyan.
"Explain this. Now!" semua terkejut dengan tengkingan Luna.
"Dia ni bos. Saya mintak dia tolong beli kopi je itupun masalah. Harap muka je elok tapi otak tak boleh pakai. Useless," terang Kamal sambil memandang Dayyan dengan tajam.
Luna berkerut dahi. Dapat dirasakan tangannya digenggam oleh Dayyan namun dia buat tidak tahu saja.
"Apa yang awak cakap tadi?"
"Saya minta-"
"Tak. I mean. Perkataan last...sekali," potong Luna. Pandangan maut Luna membuatkan Kamal menggeletar takut. Dia perasan tangan Dayyan dan Luna bersatu.
Diaorang ada apa-apa ke? Soal Kamal dalam hati. Dia dapat rasakan yang dia akan mati sekejap sahaja lagi.
"Useless," sebut Kamal sepatah dan perlahan. Luna melangkah mendekati Kamal.
"Sorry. I can't hear you." Luna menghalakan telinganya ke depan.
"Useless." kali ini suara Kamal makin kuat. Sekali gus, satu tamparan hinggap di wajahnya. Terteleng wajah Kamal menerima tamparan Luna.
Luna ketika ini memang sedang panas. Sesuka hati je panggil suaminya useless.
"Kau tahu tak siapa useless yang kau tengah cakap ni?" soal Luna dalam keadaan berbisik. Kamal menggelengkan kepalanya dengan laju.
"He. Is. My. Husband."
Mata Kamal terbuntang luas. Dia sudah buat kesilapan besar kali ini. Kesilapan yang sepatutnya tidak terjadi pun.
Luna menegakkan badannya dan matanya memandang semua pekerja di situ.
"For your information, lelaki yang ada di sebelah saya ni... Suami saya! My husband," ujar Luna dengan tegas.
"Sesiapa yang buat masalah di syarikat ini akan serta merta dibuang. Faham tak?" semua menganggukkan kepalanya.
Dibuang? Kamal segera melutut di hadapan Luna. Kedua-dua tangannya bertemu sebagai isyarat meminta maaf.
"Bos, tolong jangan buang saya. Ini je yang saya ada. Saya dah tak ada apa-apa dah kalau bos buang saya. Tolonglah bos...," rayu Kamal. Dayyan mula bersimpati terhadap Kamal.
Luna tersenyum sinis dan matanya dijulingkan.
"Habistu yang awak panggil suami saya useless kenapa? Walaupun dia bukan suami saya sekali pun...awak tak ada hak untuk panggil seseorang itu 'useless'."
Kamal menundukkan kepalanya. Menyesal dengan apa yang dia buat tadi. Dia sangka nak bergurau sahaja. Tak tahu pula sampai macam ini jadinya.
"Kau dengar ni. Aku tak akan pecat kau tapi-" Kamal terus mengangkat kepalanya dan tersenyum gembira. Dia terus bangun berdiri.
"Tapi! Mulai esok ni bukan kerja kau lagi. Kerja baru kau nanti jadi cleaner. Cuci tandas setiap tingkat. Kemas pantri dan sebagainya."
Senyuman Kamal terus hilang. Sekali lagi dia terkaku dan tergamam. Mana mungkin dia nak buat kerja-kerja macam tu.
"Kalau awak rasa nak berhenti kerja. Buatlah. And i will make sure yang awak akan berehat sepanjang hidup awak." Kamal mengangkat kepalanya memandang Luna. Tidak berapa faham dengan kata-kata Luna.
"Berehat sepanjang hidup?"
"Yes. Awak berhenti kerja dan awak rehatlah puas-puas sebab sekali awak keluar daripada syarikat ni...tak akan ada orang yang ambil awak sebagai pekerja. I will make sure of it."
Pang! Kamal rasa seperti ada batu yang besar dan berat jatuh atas tubuhnya.
"Kalau awak nak stay, esok mula bekerja dengan kerja baru awak. Kalau awak nak rehat sepuas-puasnya. You can go now," kata Luna sebelum melangkah pergi meninggalkan Kamal kaku seorang diri.
***
Sebaik sahaja Luna keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, Dayyan segera bersiap untuk ke tempat kerja.
Dia menggunakan grab untuk ke sana. Perjalanan untuk ke sana lebih kurang 15 minit.
"Terima kasih," ucap Dayyan kepada pemandu grab sebelum melangkah keluar dan menuju ke sebuah cafe.
Maskot beruang diambil dari kedai lalu dipakai. Beberapa kertas iklan diambil sebelum dia berdiri di hadapan kedai dengan semua benda sudah sedia.
Kerjanya senang sahaja. Menarik perhatian orang dan mengagihkan iklan. Sedang dia seronok dan melayan beberapa kanak-kanak, tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang perempuan yang sangat dia kenal.
Luna!
Macam mana dia ada dekat sini? Dayyan sudah mula menggelabah dan lupa yang sekarang dia berada di dalam maskot.
Dayyan cuba menarik nafas panjang, menenangkan dirinnya.
Rileks, Dayyan. Dia tak akan tahu. Bisik hati Dayyan.
Semakin Luna menghampirinya, semakin laju dengupan jantungnya.
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romantik"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...