"D...Dayyan minta maaf sangat-sangat. Dayyan betul-betul menyesal. Dayyan rindu Luna. Dayyan nak peluk Luna, cakap dengan Luna. Dayyan nak goodnight kiss yang dulu. Hiks!"
Luna terpegun. Matanya terbuntang. Dayyan menangis kerana dirinya. Kakinya melangkah laju ke arah Dayyan.
"Hey, look at me." kedua-dua belah pipi Dayyan dipegang. Matanya bertembung dengan mata Dayyan yang sudah bergenang dengan air mata.
"Don't cry," kata Luna dengan lembut. Air mata yang ada di pipi Dayyan diusap dengan ibu jarinya.
"Luna palau Dayyan. Luna cakap Dayyan membosankan. Dayyan sedih! Dayyan takut nanti Luna buang Dayyan!" kata Dayyan bersama dengan esakan kecil. Hilang kejantanan dirinya.
Luna menggelengkan kepalanya dengan laju.
"Siapa cakap Luna nak buang Dayyan? Luna marah Dayyan haritu je." pipi Dayyan diusap lembut.
"Tapi..." jari Luna terus diletakkan di bibir Dayyan.
"Dah jangan nangis. Dah tak maco dah hubby Luna sorang ni," kata Luna sambil mengelap semua air mata Dayyan. Mata Dayyan dikucup lembut.
"Luna dah tak marahkan Dayyan?"
"Ye."
"Luna dah maafkan Dayyan?"
"Ye..."
"Dayyan tak membosankan Lunakan?" Luna tersenyum.
"Macam mana suami Luna yang hensem, hot and spicy ni boleh membosankan Luna?"
Dayyan malu sendiri. Pipinya naik merah. Matanya dilarikan. Tidak sanggup bertentangan mata dengan Luna lama-lama.
"I miss you... So much!" ucap Luna sambil memeluk leher Dayyan. Kakinya dijengket.
Dayyan membalas renungan Luna.
"Dayyan pun rindukan Luna."
Pinggang Luna dipegang erat lalu didukung tubuh Luna. Kaki Luna melingkari pinggang Dayyan.
Suasana yang tadi sunyi dan sepi menjadi romantik. Tangan Luna meramas lembut rambut Dayyan manakala Dayyan mengusap belakang Luna.
Keadaan mereka yang agak intim membuatkan masing-masing berada dalam keadaan yang hangat dan bahaya.
Mata Luna liar merenung bibir Dayyan. Dayyan yang seakan-akan mengerti renungan Luna terus merapatkan wajahnya.
Tangannya menarik leher Luna dan bibir mereka bersatu. Mata masing-masing terpejam menikmati kucupan hangat mereka.
Tidak lama selepas itu, Dayyan sendiri meleraikan ciuman itu. Matanya redup.
"Luna," panggil Dayyan dalam suara yang sangat lembut. Luna hanya mengumam. Nafasnya masih lagi tidak teratur.
Setiap kali Dayyan mengucup bibirnya, dia pasti menjadi tidak tentu arah. He's such a good kisser!
"Izinkan Dayyan menjadikan Luna hak milik Dayyan malam ni?" Luna terkejut dengan permintaan itu.
Mata Dayyan menikam matanya dalam. Sangat dalam.
"Please..." Dayyan menyatukan dahinya dengan dahi Luna. Dia memejamkan mata menunggu kata putus daripada Luna.
"Perlu ke tanya untuk perkara macam tu? Just do it."
Dayyan tersenyum kepada Luna.
"I love you," ucap Dayyan.
Luna membalas senyuman itu. Adakah itu kali pertama Dayyan ucapkan tiga perkataan itu?
"I love you too..." bibir mereka bersatu semula sambil Dayyan melangkah ke dalam bilik.
"More," kata Luna perlahan bersama dengan kucupan hangat.
***
Luna membetulkan kepalanya yang beralaskan dada Dayyan. Tubuhnya sekarang menindih tubuh tegap Dayyan.
"Dayyan. Kenapa Dayyan takut Luna buang Dayyan? Siapa cakap?" soal Luna sambil mainkan jarinya di permukaan dada Dayyan.
"Hmm...Zain." jari Luna terus berhenti. Kepalanya diangkat memandang Dayyan.
"Zain?" Dayyan menganggukkan kepalanya.
"Apa yang dia cakap?" soal Luna, cuba menyiasat hal sebenar.
"Dia kata Luna akan buang je sesiapa yang Luna rasa membosankan untuk Luna. Dia siap suruh Dayyan ceraikan Luna sebelum terlambat," terang Dayyan.
"What!" Luna terus terduduk. Bibir bawah digigit geram.
"Jom," kata Luna sebelum melangkah ke arah almari dan dua hoodie hitam diambil. Dayyan menjadi pelik.
"Pergi mana?" soal Dayyan. Jam sudah menunjukkan 1 pagi. Takkan sekarang mahu keluar?
Luna menyarungkan hoodie hitam sambil berkata,
"Selesaikan masalah." Dayyan berkerut.
"Selesaikan masalah?"
"Ala...ikut je. Nah pakai," kata Luna sebelum hoodie hitam lagi satu dibaling ke arah Dayyan.
Dayyan pun tanpa banyak kata, terus mengikut arahan Luna.
***
Dayyan memberhentikan kereta di dalam kawasan yang agak sunyi. Hanya ada sinar lampu jalan sahaja.
"Kita nak pergi mana ni?" soal Dayyan sambil matanya melilau memandang beberapa rumah banglo yang mewah.
"Melepaskan stress," jawab Luna. Dia melangkah keluar daripada kereta. Bonet kereta dibuka lalu mengeluarkan dua besi yang agak besar.
"Nah." satu besi dihulurkan kepada Dayyan. Dayyan teragak-agak untuk menyambut huluran itu.
"Tutup kepala." Luna menutup kepalanya sebelum melangkah ke arah satu banglo besar. Dayyan terhegeh-hegeh mengikut jejak Luna. Dia masih lagi buntu dengan apa yang Luna bakal lakukan.
Luna seperti seeorang perompak apabila menyelinap masuk ke dllam kawasan banglo melalui pintu belakang. Dia tersenyum puas apabila berjaya mencuri masuk.
Dia bercekak pinggang melihat kereta sport yang tersusun di kawasan lapang di hadapannya.
"Yang mana satu eh?" soal Luna perlahan. Dayyan pula melihat beberapa kereta sport di hadapannya. Pasti pemilik rumah ini kaya raya.
"Dayyan. Mana yang Dayyan rasa mahal giler?" Dayyan pun mula melihat kereta sport satu persatu.
"Mmm...yang tu," jawab Dayyan polos bersama jari telunjuknya menunjuk kepada sebuah kereta sport bewarna merah yang berada di barisan belakang sekali.
Luna menghampiri kereta itu. Besi di tangan sudah diangkat.
"Sedia?" tanya Luna kepada Dayyan. Dayyan hanya mengangguk.
Satu...
Dua...
Tiga!
Pranggg!
Habis pecah cermin hadapan kereta itu apabila besi dihayun ke situ. Dayyan ternganga.
"Dayyan, apa lagi! Cepatlah!" arah Luna sebelum dihayunkan lagi besi di tangan ke arah pintu. Habis berkecai.
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...