Dayyan hanya memandang Luna yang baru saja keluar dari bilik air. Luna yang sedar akan kewujudan Dayyan hanya buat tidak tahu saja.
Kain yang lembab di sidai di atas kerusi sebelum dia melabuhkan punggungnya menghadap cermin. Sikat diambil dan mata dia sempat menjeling Dayyan yang berada di atas katil.
"Luna." panggilan pertama Dayyan tidak dijawab.
"Luna." masih lagi tidak dijawab. Dayyan mengeluh. Kaki dia memijak lantai sebelum melangkah menghampiri Luna.
"Luna..." sampai saja Dayyan di belakang Luna, Luna terus berdiri ingin melangkah pergi namun langkahnya terbantut apabila tangannya dipegang oleh Dayyan.
"Lepaslah." Luna menarik tangannya namun pegangan Dayyan terlalu kuat akhirnya Luna mengalah. Dia mengeluh kasar dan rambutnya diraup ke belakang.
"Luna, Dayyan minta maaf," ucap Dayyan lembut. Luna ketawa sinis.
"Senangkan? Buat salah je, maaf. Memang senang," sindir Luna.
"Then... Luna nak Dayyan buat apa? Benda dah jadi dah pun."
Makin bengang jadinya Luna apabila Dayyan kata seperti itu. Dia terus menarik tangannya kasar sebelum menoleh bertentangan mata dengan Dayyan.
"Memanglah dah jadi kalau kau sendiri yang buat benda tu jadi!" suara Luna sudah naik seoktaf.
"I'm sorry okay. Benda jadi terlalu cepat. Dayyan sendiri pun terkejut," kata Dayyan cuba berkomunikasi dengan baik.
"Pergi mampuslah dengan maaf kau tu!" bahu Dayyan ditolak oleh Luna, melepaskan kemarahan dia.
"Luna!"
"What!" Luna merapatkan wajahnya bersama mata yang sangat tajam dan Dayyan pun menjadi serius.
"Please behave," pinta Dayyan dalam suara yang masih lagi dapat dikawal.
"Kenapa? Aku melampau?" kening sebelah Luna terangkat.
"Habistu, apa yang kau dah buat ni... Tak melampau? Baguslah dapat duakan aku? Macam tu?"
Dayyan menggelengkan kepalanya. Kedua-dua belah bahu Luna dipegang erat, memastikan Luna menghadap dia.
"No... Dayyan tahu Dayyan salah. I'm sorry and Dayyan tak duakan Luna-"
"Habistu apa Dayyan! Kau kahwin dengan dia tanpa pengetahuan aku! Kau kahwin dua! Dua Dayyan!" jerit Luna. Jeritannya itu juga menyebabkan Nadia yang berada di luar pintu mereka terkejut dan kaku.
"Dayyan tak sengaja Luna... Dayyan terpaksa. Dayyan tak sayangkan dia pun. I love you! So much!"
Luna senyum mengejek. Kedua-dua belah tangan Dayyan yang berada di bahunya di jatuhkan.
"Kau tak cintakan dia?" soal Luna. Dayyan menganggukkan kepalanya.
"Kau terpaksa?" sekali lagi Dayyan angguk.
"Then... Ceraikan dia."
Terbuntang mata Dayyan. Dia menjadi kaku. Wajah sinis Luna dipandang lama.
"Divorce her."
"No Luna... Dayyan tak boleh ceraikan dia."
"Why?!" Dayyan terdiam. Kepalanya tunduk memandang lantai.
"Heh, see? You don't love me," ucap Luna. Pantas Dayyan memandang Luna semula.
"Tapi tak apa... Kalau bukan kau yang ceraikan dia... biar aku yang suruh dia berambus!" terbuntang mata Dayyan.
Luna laju pusing ke belakang dan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas lalu dibuka dan Nadia sudah sedia ada di situ bersama wajah yang terkejut.
"Well... Bagus juga kau dah ada dekat sini. Kau dengar sini eh. Aku nak kau berambus dari rumah ni. Sekarang!" Luna menghalakan jari telunjuknya ke luar. Matanya terbuka luas memandang tajam Nadia.
Nadia menggelengkan kepalanya dan cuba untuk mendapatkan Dayyan di dalam bilik namun tubuhnya ditolak kasar oleh Luna ke luar.
"Auch!" wajah Nadia berkerut menahan sakit apabila belakang dia terhentak ke dinding.
"Luna!" panggilan Dayyan tidak dijawab sebaliknya Luna melangkah merapati Nadia.
Rambut Nadia ditarik kasar ke belakang menyebabkan Nadia menjerit sakit. Tangan Nadia cuba menarik tangan Luna daripada rambutnya namun pegangan Luna terlalu kuat.
"Aku kata berambus, berambus! Perempuan tak guna!" tengking Luna dan tangan kirinya secara sendiri terangkat ke atas.
Nadia sudah sedia memejamkan matanya, redha jika wajahnya berkecai sekejap je lagi.
Baru saja Luna mahu menghayunkan tangannya ke depan, tubuhnya tiba tiba ditarik oleh Dayyan ke belakang.
"Luna Elaina!" jerit Dayyan.
"What!" suara Luna sudah terlalu tinggi dan...
Pang!
Dayyan tercungap-cungap dan tangan kanannya berketar-ketar. Luna terdiam. Betapa sakitnya dia menerima tamparan Dayyan. Wajah dia terteleng memandang lantai.
"Jangan melampau! She's my wife!" ujar Dayyan dengan serius. Tangan Nadia ditarik rapat ke tubuhnya.
"Awak okay?" soal Dayyan prihatin kepada Nadia. Rambut Nadia dibetulkan dan diusap dengan lembut. Nadia menganggukkan kepalanya bersama air mata yang bertakung.
Luna yang mendengar menggenggamkan tangannya dengan kuat. Hatinya sakit. Hancur!
Tanpa sesiapa sedar, setitik air mata Luna menitis ke lantai dan Luna dengan perlahan memandang Dayyan.
Matanya merah memandang Dayyan yang sedang memeluk bahu Nadia. Sepatutnya dia yang berada di situ...bukan Nadia.
"She's your wife? Then...me? Luna ni siapa untuk Dayyan?" mata Luna menjadi kuyu dan suara dia terus berubah menjadi lemah dan lembut.
"Awak hanyalah seorang perempuan yang pentingkan diri sendiri! Awak sanggup buat apa saja yang awak nak. Bagi awak, apa yang awak nak, awak akan dapat. You are selfish!"
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...