"Ta da!"
Dayyan melihat hadapannya. Ada cameraman, ada model dan juga beberapa pekerja yang lain. Dia menoleh memandang Luna yang sedang teruja.
"Kita buat apa dekat sini?" tanya Dayyan.
"Your new job," jawab Luna. Dayyan berkerut sebelum memandang ke hadapan semula.
"Tapi saya tak pandai jadi photographer," kata Dayyan. Dia manalah tahu selfie-selfie ni. Lagi-lagi menjadi cameraman.
"Bukan photographerlah..."
"Habistu? Orang yang pegang lampu tu?" Luna menbuat wajah kosong. Suaminya ini biar betul?
"Ish Dayyan ni. Takkanlah Luna nak bagi Dayyan kerja tu kot? Kerja baru Dayyan adalah model!"
Dayyan terkejut.
"Model?!" sungguh dia tidak percaya. Punyalah banyak lagi kerja yang ada, mengapa mesti model juga pilihan Luna? Dia lebih rela menjadi pekerja yang pegang lampu semua benda.
"Yelah. Dah jom. Time to work!" kata Luna dengan girangnya. Tangan Dayyan dipimpin mengikut langkahnya. Dayyan sedikit cemas melihat pandangan orang lain. Sudahlah perkahwinannya dengan Luna rahsia.
"Dayyan tukar baju dulu. Luna tunggu dekat sini," arah Luna.
"Tak naklah, Luna. Dayyan tak retilah model-model ni," bantah Dayyan.
"Ala...cuba je dulu. Nah. Pakai baju ni." Luna menghulurkan sepasang baju kepada Dayyan. Dayyan teragak-agak untuk mengambilnya. Dia rasa sangat gelisah sekarang. Dia tidak pernah bercita-cita ingin menjadi model.
"Dah pakai cepat. Kita ada benda lagi nak buat ni." Dayyan menganggukkan kepalanya. Dia akur sahaja dengan apa yang Luna cakap.
Tidak lama kemudian, Dayyan pun keluar dari bilik pakaian dengan baju yang Luna beri tadi lengkap dipakainya. Luna terpanar memandang Dayyan.
Dayyan mula menundukkan pandangan apabila Luna memandangnya begitu sekali. Kenapa? Buruk sangat ke?
Luna membisu. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Dayyan. Dayyan menjadi gugup. Dia bermain dengan jarinya. Risau Luna tidak suka melihatnya sekarang.
Luna melihat Dayyan atas sampailah bawah. Macam scan sesuatu. Kemudian, dia memandang wajah Dayyan sambil tersenyum.
"Kenapa Luna pandang Dayyan macam tu? Buruk ke? Dayyan pergi tukarlah kalau buruk," kata Dayyan dengan jujur. Luna pantas menggelengkan kepalanya.
"Tak payah. Dayyan handsome sangat. Hot and seksi too."
Kembang Dayyan dibuatnya. Berbunga-bunga dia apabila Luna memujinya. Hot and seksi? Dayyan tersenyum.
"Tapikan..." terus senyuman Dayyan mati. Dia kembali menjadi risau.
"Luna rasa tak nak bagi Dayyan keluarlah," kata Luna. Tangannya melingkari leher Dayyan.
"Kenapa pula?" tanya Dayyan hairan. Tadi Luna juga yang beria ria nak dia jadi model.
"Sebab...Dayyan hot sangat. Luna takut nanti orang sukakan Dayyan." Dayyan tersenyum mendengarnya. Tangannya mula melingkari pinggang Luna.
"Jangan risau... Dayyankan milik Luna. No need to worry," kata Dayyan cuba menghilangkan kerisauan Luna.
"Hmm... Okay." Dayyan menyengetkan kepalanya melihat wajah Luna. Walaupun Luna kata okay tetapi wajah Luna tidak menunjukkan yang dia okay.
"Luna..." panggil Dayyan lembut.
"Hmm..." gumam saja Luna sebelum dia terkejut dengan Dayyan.
Dayyan mendekatkan wajahnya lalu satu ciuman lembut dilabuhkan di pipi Luna.
"I'm yours." kata Dayyan sebaik sahaja dia meleraikan ciumannya. Luna tersenyum. Kedua-dua belah tangannya diletakkan pada pipi Dayyan.
"So cute...!" Luna melagakan hidungnya dengan hidung Dayyan. Digeselnya ke kiri ke kana. Dayyan pula tidak menolak sebaliknya dia tersengih gembira.
"Dah jom. Kita ada kerja." Dayyan menganggukkan kepalanya. Luna dan Dayyan berjalan menuju ke tempat shoot sambil berpegangan tangan. Bukannya ada orang lain pun melihat mereka.
Sampai sahaja di hadapan tempat shoot. Dayyan berhenti.
"Dayyan pergi dulu tau." Luna menganggukkan kepalanya. Dayyan baru sahaja ingin memulakan langkahnya ke tempat penggambaran, tiba-tiba Luna memanggilnya. Dayyan menoleh ke belakang.
Dia tidak sempat buat apa-apa lagi l, Luna lebih pantas melabuhkan ciuman pada bibir Dayyan sekilas. Dayyan terkejut.
"Goodluck kiss," kata Luna sambil tersengih. Wajah Dayyan menjadi merah. Sudahlah mereka di tempat yang ada orang. Berani Luna mengambil kesempatan.
***
Dayyan memegang tali pinggangnya dengan erat. Luna pula fokus kepada pemanduannya. Dia tidak peduli dengan kerisauan Dayyan di sebelahnya.
"Luna...perlahan sikit," tegur Dayyan. Dia takut dengan kelajuan Luna memandu kereta. Menyesal pula memberi kunci kereta kepada Luna tadi. Kenapalah dia tidak berfikir panjang sebelum memberi kunci kereta pada Luna tadi?
Dia sebenarnya tak pernah pula berfikir yang Luna akan memandu selaju ini. Bukan laju je. Siap langgar lampu merah lagi. Memang sahlah kena saman.
Luna tidak mendengar langsung teguran Dayyan. Dia tersengih sahaja. Bukan apa... Dia sudah lama tidak memandu. Ada sebab juga dulu arwah papanya membayar driver. Sebabnya inilah...
Pantang dapat bawa kereta, pasti dia bawa sampai tak ingat nyawa.
***
Luna membuat wajah tidak bersalahnya. Dia dapat merasakan pandangan Dayyan terhadapnya.
"Luna, Dayyan dah cakap dah jangan bawa laju-laju. Tengok sekarang? Bukan murah tau saman ni. Bukan saman je... Nyawa pun penting. Tadi kalau ada kemalangan ke apa macam mana? Bahaya tau," bebel Dayyan sambil melangkah beriringan Luna untuk ke kereta.
Mereka baru sahaja keluar dari balai polis. Rupanya, bukan ini ke saman Luna. Sebelum ini pun ada...tapi Luna. Haih. Biasa je.
Luna mencemberutkan wajahnya. Sejak bilalah suaminya ini pandai berleter?
Luna hanya senyap dan mendengar bebelan Dayyan. Tangannya baru sahaja ingin membuka pintu kereta tetapi tangan Dayyan menindih tangannya.
"Dayyan bawa," kata Dayyan. Luna menggelengkan kepalanya. Dia sudah lama ingin membawa kereta. Bukannya dia tiada lesen. Ada je.
"Luna..." kali ini Dayyan tegaskan percakapannya. Luna mendengus. Dia menghentak kakinya sambil melangkah ke tempat penumpang. Tanda proteslah tu.
Dayyan menggelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat Luna.
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...