☾︎ Bab 18 ☽︎

1.2K 42 0
                                    

Dayyan menjelingkan matanya memandang Luna di sebelah yang sedang marah mungkin. Tangan sebelah kiri Dayyan cuba untuk memegang tangan Luna tetapi Luna menepis.

Dayyan mengeluh.

"Luna," panggil Dayyan lembut. Luna tidak menyahut. Dia khusyuk memandang ke luar. Sekali lagi Dayyan cuba memegang tangan Luna.

Tetapi kali ini, walaupun Luna menepis dia tetap juga dapat. Bila tangan Luna dapat digenggam, Dayyan pun apa lagi...genggam sampai tak nak bagi lepaslah.

"Luna...Dayyan bukannya suka-suka je tak nak bagi Luna bawa kereta tapi Luna kalau bawa kereta...bahaya tau. Lampu merah Luna langgar. Had laju pun lebih... Tak pasal-pasal nanti kena langgar. Bahaya tau. Nyawa tu. Dayyan tak nak Luna accident. I don't want you to leave me," terang Dayyan.

Luna memandang Dayyan sebelum dia mengeluh perlahan.

"Okay. Luna faham and I'm sorry," kata Luna. Dayyan tersenyum. Dayyan memberhentikan keretanya apabila lampu merah mula menyala.

Luna mengambil kesempatan itu untuk mencium pipi Dayyan. Dayyan tersentak dengan ciuman itu. Dia menolehkan wajahnya memandang  Luna.

Tersengih sahaja Luna sebelum seluruh wajah Dayyan diciumnya kecuali di bibir Dayyan.

Dayyan pula tidak sempat mengatakan apa-apa kerana wajahnya terasa geli apabila bibir Luna bermain di wajahnya. Apabila Luna mahu menyambar bibirnya, terus Dayyan meletakkam jarinya ke bibir Luna.

Kening Luna diangkat. Dayyan mengukirkan senyuman nipis.

"Dayyan nak drive ni Luna," kata Dayyan. Sudahlah lampu tengah merah. Bila-bila je lampu itu bertukar menjadi hijau. Kereta yang dipandu Dayyan pula berada di hadapan sekali. Lagilah dia kena peka dengan lampu isyarat.

"So?" tanya Luna dengan wajah polosnya. Bukannya dia tidak faham dengan kata-kata Dayyan. Sengaja dia buat tidak faham.

"Kita kena hati-hati." Luna mencebik.

"Okay. Nanti Luna tuntut hutang. Nanti jangan banyak alasan eh..." pesan Luna sebelum dia memandang ke hadapan semula.

Dayyan menggelengkan kepalanya. Lampu hijau sudah menyala dan dia mula meneruskan perjalanannya.

***

Dayyan khusyuk membersihkan badannya. Sabun badan diambil lalu disapukan di tubuhnya sampai berbuih.

Sudah selesai sabun badan, syampu pula diambilnya. Rambutya digosok-gosok. Setelah puas bermain sabun ditubuhnya, shower mandi dibuka.

Dayyan membiarkan air jatuh ke tubuhnya sehinggalah dia makin pelik. Air makin lama makin sikit.

Berkerut dahi Dayyan. Dia membetulkan sedikit paip shower itu.

"Air dah habis ke?" soal Dayyan sendiri. Sudahlah dia tak selesai mandi lagi. Nak buat macam mana ni? Air langsung tak ada.

Dayyan melangkah ke singki pula. Manalah tahu ada airkan...

Malangnya, air satu hapak pun tak ada. Dayyan menjadi buntu. Apa aku nak buat ni?

Ketukan di pintu mengejutkan Dayyan. Dia dengar suara Luna memanggilnya. Dayyan pun segera mengambil tualanya lalu dililitkan di pinggangnya.

Tombol pintu dipulas lalu Dayyan hanya mengeluarkan kepalanya. Tak naklah Luna nampak dia separuh bogel.

"Tengah mandi ke? Luna baru perasan notis ni," kata Luna sebelum skrin telefonnya ditunjukkan kepada Dayyan. Notis penutupan air untuk sementara.

Dayyan memandang Luna dan skrin telefon itu silih berganti.

"Lama ke dia tutup?"

Luna mengangkat kedua-dua belah bahunya menandakan dia sendiri tidak tahu lama ke tidak. Perkara macam ni jarang berlaku di sini.

Luna menolak pintu bilik air tetapi Dayyan pantas menahannya.

"Luna nak buat apa?" tanya Dayyan cemas.

"Nak masuklah," jawap Luna jujur. Dayyan menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Tak boleh." Luna berkerut dahi. Dia sengetkan kepalanya.

"Kenapa pula?" Dayyan menjadi gugup. Malu pula nak cakap yang dia sedang bogel. Half naked.

"Sa...saya pakai tuala je ni," jawab Dayyan walaupun pipinya menjadi bahang. Malu!

Luna tersenyum dan dia terus merempuh pintu itu dengan kuat. Terundur Dayyan dibuatnya. Kuat betul isterinya. Nafsu ke?

Dayyan berdiri tegak seperti patung. Seram apabila melihat Luna scan tubuhnya dari atas sampailah bawah. Meremang bulunya. Rasa macam dia bogel satu badan pula.

"Hmm...as expected. Your body. Really perfect," puji Luna. Ada nada bangga ye. Maklumlah body suami sendiri. Kau ada?

Luna melangkah perlahan-lahan mendekati Dayyan. Matanya melihat dada Dayyan yang lebar dan berotot itu. Sejak bila suaminya ini pergi gym? Dia tak tahu pun.

Melihat mata Luna dari tadi merenung dadanya, tangan Dayyan terus bersilang di dada.

"Pervert," kata Dayyan perlahan. Namun, perkataan itu cukup jelas untuk Luna. Luna mengangkat wajahnya memandang Dayyan.
Wajah serius ditayangkan. Suka pula dia melihat wajah cuak Dayyan. Comel baginya.

"Tak ada apa-apa." laju saja Dayyan gelengkan kepalanya. Mampuslah dia kalau jawab.

Luna mengangkat kening sebelahnya.

"Betul?" tanya Luna. Dayyan laju mengangguk. Sorry sebab tipu.

"Okay fine." Dayyan mengeluh lega. Nasib baiklah Luna kata macam tu.

Bagi Luna, dia sengaja lepaskan Dayyan. Dia dengar je apa yang Dayyan cakap tadi tapi malas nak membesar-besarkan.

Karang, kesian pula Dayyan kena ngapp dengan aku. Hihi.

Luna melangkah ke satu kabinet lalu dia mengambil satu bathrobe dari situ. Dia hulurkan bathrobe itu kepada Dayyan.

"Thanks," ucap Dayyan sebelum menyambut huluran itu. Nasib baiklah dia selamat hari ini.

Pengajarannya adalah... Sebelum mandi pastikan ada air terlebih dahulu.

"Anyway you look really sexy." sempat Luna puji Dayyan. Senyuman herot ditayangkan. Dayyan hanya membalasnya dengan senyuman nipis.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now