☾︎ Bab 9 ☽︎

1.1K 55 0
                                    

Terkejut Dayyan apabila mendengar soalan Luna itu. Anak ikan kepada Puan Sri Maria? Tak nak dia.

Why not?” balas Maria dengan selambanya. Terbuka luas mulut Dayyan. Luna gelak dengan sinisnya sebelum dia memandang Dayyan yang berada di sebelahnya.

“Kau sanggup ke?” tanya Luna. Dayyan terdiam.

“Masa depan kau bergantung kepada jawapan kau. Kalau kau rasa nak masa depan kau cerah, you have to decide the right answer. Kalau salah, you’re dead,” sambung Luna. Dayyan menelan air liurnya. Dia mula risau dengan wajah Luna yang serious dan juga pandangan Maria yang seperti mahu menjadikan dia sebagai mangsa.

“Kalau kau ikut dia, you are fired, Dayyan. Tapi kalau kau ikut aku, hidup kau akan senang,” kata Maria sambil berpeluk tubuh.

“Jangan jadi bodoh,” bisik Luna.

“Sa…saya ikut Cik Luna,” kata Dayyan. Maria tersenyum sinis.

Then, kau dipecat.”

Dayyan menundukkan wajahnya. Dia sudah kehilangan pekerjaannya. Sudah lah dia susah mahu mendapat kerja. Dia bukan seorang lelaki yang pandai. Masa persekolahannya pula hanya sampai SPM sahaja. Dia tidak berkemampuan untuk sambung belajar.

“Kau tak payah risaulah. Aku boleh bayar kau lebih daripada perempuan tua ni bayar kau. Kau nak sambung belajar pun aku boleh. Better kau ikut aku daripada kau jadi anak ikan perempuan tua yang tak sedar diri dia ni dah nak mampus dah tapi perangai…macam setan,” kata Luna dengan kasar. Dia memandang Maria dengan tajam.

“Kurang ajar kau kan.”

“Memanglah. Kurang ajar aku ni ikut kau lah. Keturunan.”

Lepas itu, Luna terus masuk ke bahagian penumpang di belakang. Maria mengetap giginya menahan marah. Luna sempat menurunkan tingkapnya dan menyuruh Dayyan yanng memandu keretanya.

Maria dan Pak Mat melihat pemergian Luna sehinggalah kereta yang dinaiki Luna hilang daripada pandangan.

***

Haruman enak yang dihidu oleh Dayyan menyebabkan Dayyan mula menuju ke dapur. Nampaknya, Luna sedang menyediakan makan malam. Luna memusingkan badannya sambik membawa dua buah pinggan.

Dengan kadar segera Dayyan menolong Luna. Karang, pinggan tu pecah, naya Pak Karim. Dahlah pinggan kaca.

Thanks,” ucap Luna sebelum melabuhkan punggungnya ke kerusi.

“Makanlah,” ujar Luna. Dayyan menganggukkan kepalanya sahaja. Sebenarnya dia segan mahu makan makanan mewah yang dimasak oleh Luna ini. Dayyan hanya merenung kambing bakar yang berada di hadapannya.

“Oi! Makanlah,” tegur Luna. Barulah Dayyan tersedar. Dengan perlahan dia memasukkan potongan kambing itu ke dalam mulut.

Hmm, sedap.

Luna tersenyum apabila melihat Dayyan makan makanannya dengan selera.

Ring! Ring!

Luna mengambil telefonnya yang berada disebelahnya.

“Pak Mat?” Luna pelik apabila Pak Mat yang sedang menghubunginya sekarang. Dayyan pula sudah berhenti makan apabila nama bapanya disebut oleh Luna.

Hello, Pak Mat? Tak kan dah rindu Luna kot? Perempuan tua tu tak ada dekat rumah ke?” gurau Luna. Dia ketawa kecil.

“Luna! Dengar ni,” kata Pak Mat dengan serious. Tawa Luna terus hilang.

“Kenapa ni Pak Mat? Pak Mat tengah berlari ke?” Luna dapat dengar hembusan nafas Pak Mat yang sudah tidak teratur. Luna memandang Dayyan sekilas.

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now