☾︎ Bab 44 ☽︎

1.4K 39 7
                                    

Buka saja pintu, Nadia terkejut melihat wajah bengis Dayyan. Dia tersenyum kekok.

"A...awak." kaki dia mengundur ke belakang memandangkan Dayyan semakin lama, semakin dekat.

"Aduh!" Nadia mengadu sakit apabila Dayyan menarik lengannya dengan kasar bersama cengkaman yang kuat. Wajah Dayyan yang bengis merapati wajahnya.

"Apa yang kau dah buat, Nadia!" tengking Dayyan. Nadia memejamkan matanya.

"A...apa yang awak maksudkan? Saya-"

"Kau dah buat isteri aku lari dan-" belum sempat Dayyan menghabiskan ayatnya, Nadia terlebih dahulu memotong. Dia menarik lengannya dengan kasar daripada pegangan Dayyan.

"Hey! Kau jangan nak salahkan aku sebab bini kau tu lari! Semuanya salah kau! Kalau kau tak lempang dia...kau tak tengking dekat dia... And kau tak duakan dia...dia tak akan lari daripada kau! Kau yang bodoh. Lelaki dayus!"

Dayyan sudah mengangkat tangannya.

"Apa! Kau nak lempang aku macam mana kau lempang bini kau tu?! Lempanglah!" Nadia sudah merapatkan wajahnya. Dayyan menjadi batu. Tangannya perlahan-lahan menurun.

Nadia tersenyum sinis melihat Dayyan.

"Semuanya salah kau. Plan aku just nak hancurkan kerjaya dia je... Aku nak curi semua design dia yang mampu buat aku jadi kaya raya. Tapi kau... Rosakkan semuanya," sambung Nadia sambil memeluk badan.

Dayyan tertunduk dan tidak berkata apa-apa.

"Sekarang ni... Aku nak kau lepaskan aku. Tak ada guna pun jadi bini kau tanpa perempuan tu. Aku nak kau sedar yang..."

Nadia merapatkan wajahnya ke telinga Dayyan. Dia tersenyum jahat sambil berbisik,

"Without her... You are nothing!"

Selepas puas, Nadia pergi mengambil bagasi bajunya dan dia sempat berkata,

"Baik kau pergi kejar bini kau tu. Don't lose her. Kalau tak... Kau pandai-pandailah fikir. Itu masalah kau. Bye bye!"

Dayyan melangkah ke arah katil dan terus terduduk. Dia meraup wajahnya.

"Maafkan Dayyan, Luna... ARGHHH!"

***

Maria menuruni tangga dalam keadaan kelam kabut.

"Aduhh...siapa pulak yang tekan loceng tak ingat dunia ni? Sabarlah sekejap!" marah Maria. Dia segera ke pintu utama rumahnya.

"Ha, Dayyan? Kenapa ni?" soal Maria sebaik sahaja melihat Dayyan yang dalam keadaan kusut. Macam orang hilang bini je.

"Mama, Luna ada?" Maria berkerut dan memandang ke dalam rumahnya sebelum menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan Dayyan tadi.

Dayyan mengeluh kasar. Dia memejamkan matanya.

"Manalah dia nak datang sini kalau balik kerja ke terus lari dekat kamu," kata Maria.

"Tak yang kamu jadi macam ni kenapa? Luna tak bagitahu ke dia pergi mana? Selalunya pergi mana-mana mesti nak ada kamu..." Dayyan terdiam. Tiba-tiba dia memikirkan reaksi Maria bila mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Mama, sebenarnya..."

"Apa yang kau buat dekat sini?" suara yang amat dikenali Dayyan itu menyebabkan Dayyan terbantut untuk menyambung ayatnya. Dia dan Maria serentak memandang Kai yang baru sahaja tiba.

"Kai-" Dayyan segera menghampiri Kai. Baru sahaja dia nak membuka mulut, Kai terlebih dahulu bersuara.

"Luna tak ada dekat sini. Kau boleh berambus," ujar Kai dengan kasar tanpa melihat wajah Dayyan. Bagi dia, melihat wajah Dayyan itu mampu membuat darahnya menggelegak.

"Apa yang jadi ni? Mama tak faham. Kai? Dayyan?" berkerut Maria memandang Kai dan Dayyan silih berganti.

"Aunty boleh tanya menantu kesayangan aunty ni."

"Dayyan?" Maria sudah memandang tepat ke arah Dayyan yang sedang menundukkan kepalanya sambil bermain dengan jarinya.

Kai semakin panas melihat Dayyan yang hanya mendiamkan dia. Dia bercekak pinggang di sebelah Maria.

"Cakaplah apa yang kau dah buat dekat Luna," tegur Kai dalam nada yang serius.

"Ma...mama...Luna lari rumah."

"Hah!" Maria sudah tercungap-cungap sambil meletakkan tangannya di dada. Jantung dia berdegup dengan kencang.

"Dia pergi mana Dayyan?" jelas wajah risau Maria. Dayyan akhirnya mengangkat kepalanya.

"Dayyan...tak tahu." Maria seperti mahu jatuh sahaja apabila mendengar jawapan itu keluar daripada mulut Dayyan.

"Tak nak bagitahu ke kenapa Luna lari?" perlian Kai itu membuatkan Dayyan menelan air liurnya.

"Kenapa dia lari, Dayyan?" tanya Maria bersama pandangan yang tajam terhadap Dayyan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Dayyan. Lagi-lagi melihat reaksi Dayyan sekarang ini.

"Da...Dayyan-"

"Dia kahwin dua." akhirnya, Kai juga yang memberitahu hal yang sebenar. Suasana serta merta menjadi senyap.

Maria mendekati Dayyan dengan langkah yang perlahan. Mata dia tajam memandang Dayyan dan jelas kemarahan pada wajahnya.

"Mana anak aku?" soal Maria dengan suara yang agak perlahan. Dayyan diam.

"Mana anak aku!" kali ini, Maria benar-benar marah. Suaranya sudah meninggi. Dayyan menggelengkan kepalanya kemudian dia terus berlutut di hadapan Maria.

"Dayyan minta maaf, ma... Dayyan terpaksa. Dayyan tak ada niat pun nak buat Luna macam tu. Maafkan Dayyan," rayu Dayyan sambil kedua-dua belah tapak tangannya bersatu.

"Kau patut minta maaf dekat anak aku! Kau bawa dia balik ke sini kalau kau tak nak hidup kau hancur! Pastikan kau bawa balik Luna kalau tak... Berkecai muka kau!" Maria sudah memberi amaran keras.

Dayyan menganggukkan kepalanya berkali-kali. Dia mula bangun berdiri.

"Tapi saya nak tahu... Luna dekat mana?"

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now