Dayyan berlari tanpa henti. Pandangan orang dia sudah tidak peduli. Yang penting bagi dia sekarang ialah Luna.
Dayyan berhenti untuk seketika. Nafas dia tercungap-cungap dan matanya tidak berhenti mencari Luna di dalam airport itu.
Keadaan yang agak sesak menyebabkan dia lebih sukar untuk mencari bayang-bayang Luna.
"Luna...awak dekat mana?" soal Dayyan sendiri sambil berlari kecil mencari wajah yang dicari. Sekali sekala dia ada juga tersalah pandang menyangkakan itu adalah Luna.
"Maaf. Salah orang," ucap Dayyan sambil menundukkan kepalanya. Dia meraup rambutnya ke belakang.
***
Luna menyandarkan kepalanya ke kerusi. Pandangannya dibawa ke kuar tingkap. Dia hanya merenung jauh sehinggakan seseorang sedang duduk di sebelah dia pun dia tidak sedar.
"Jauh termenung?" Luna mengalihkan pandangannya ke sebelah kiri dan serta merta dia terkejut.
"What are you doing here?" mata Luna membulat memandang Kai yang hanya tersengih di sebelahnya.
"Mestilah aku akan ikut moon aku ni larikan diri...," jawap Kai. Luna menjelingkan matanya dan kembali memandang ke luar tingkap.
"Aku tak lari lah." Kai mencebik.
"Fine. Kau tak lari tapi kau pergi sana tanpa bagitahu sesiapa pun... Aku ni pun nasib baik je tau," kata Kai. Luna ketawa kecil.
Suasana kembali senyap.
"Dia cari kau tadi and...aku rasa dia masih lagi cari kau." Luna hanya mendiamkan diri.
Dia memejamkan matanya dan setitis air mata dia mengalir turun ke pipi.
'Maafkan Luna. Luna sayang Dayyan,'
***
5 tahun kemudian...
"Jemput minum, mama." Dayyan meletakkan segelas air manis di atas meja. Dia mengukirkan senyuman walaupun dia tahu senyumannya itu hanya akan dibalas dengan jelingan tajam.
"Kau tak layak nak panggil aku mama kalau kau tak jumpa lagi anak aku yang kau layan dia macam taik!" Maria masih lagi dengan kemarahannya terhadap Dayyan. Walaupun sudah 5 tahun berlalu... Maria masih lagi mengharapkan Luna datang semula kepadanya.
Dayyan menundukkan kepalanya.
"Maafkan Dayyan," ucap Dayyan dengan lemah. Maria mencebik menyampah.
"Sudahlah... Aku muak dengan maaf kau. Kalau kau betul-betul nak aku maafkan... Kau cariklah anak aku sampai jumpa! Pulangkan dia balik," kata Maria sambil berpeluk tubuh.
"Dayyan dah cari dia, ma... Tapi... Dayyan tak jumpa," jawap Dayyan.
"Memanglah tak jumpa kalau kau cari dia dekat sini. Kau tahukan anak aku tu lari daripada kau sampai dia bawa diri ke Itali!" Dayyan menganggukkan kepalanya dengan perlahan.
Maria mendengus kasar melihat Dayyan. Bagi dia... Dayyan bukan lagi menantunya selagi Luna tidak balik ke sini.
"Bila pula kau nak berambus daripada rumah anak aku ni? You don't deserve to be here."
Dayyan tersentak mendengarnya. Akhirnya, dia mengangkat kepalanya memandang Maria.
"Dayyan dah tak ada tempat lain dah. Ni je tempat untuk Dayyan and... Ini jelah yang Luna tinggal untuk Dayyan," jawap Dayyan.
"Masa bila anak aku tinggalkan tempat ni untuk kau! Kau sendiri yang tak reti nak berambus... Pergilah dekat tempat lama kau belakang rumah aku tu. Heh! Tak ada tempat konon."
"Kau dengar sini eh... Aku nak kau keluar daripada rumah ni. Secepat mungkin! Kalau aku tahu kau ada lagi dalam rumah ni... Tengoklah aku buat apa dekat rumah lama kau tu," sambung Maria bersama amaran. Dia mendengus kasar dan terus berdiri meninggalkan Dayyan.
***
"Kids! Wake up! It's morning!"
Laju kembar itu berlari keluar dari dalam bilik. Dengan pakaian sekolahnya, mereka melabuhkan punggung di atas kerusi. Masing-masing memejamkan mata menikmati bau sedap daripada masakan mama kesayangan.
"You guys look so...beautiful and handsome," puji Luna. Lara dan Danish apa lagi... Kembang semangkuk.
"Thanks, mama!" serentak mereka mengucapkan terima kasih. Luna tersenyum manis melihat kedua-dua anaknya yang comel makan.
"After this... Your uncle yang akan hantar korang ye."
"Ala... Kenapa bukan mama?" soal Lara bersama wajah yang masam mencuka. Mulutnya yang comot dibiarkan. Luna ketawa kecil sebelum mengelap comot di mulut Lara.
"Sorry... Mama ada kerja. Banyak sangat... So, your uncle akan ambil alih," jawap Luna. Danish hanya menganggukkan kepalanya. Faham akan kesibukan mama mereka.
Ting tong!
"Ha, panjang umur. Masuklah!" jerit Luna dari dalam rumah. Tidak lama selepas itu, Kai datang bersama satu beg plastik di tangannya.
"Good morning guys!"
"Good morning," balas Luna sebelum meletakkan pinggan di atas meja untuk Kai.
"Nah, uncle ada bawak cupcake for you guys," kata Kai sebelum membuka kotak cupcake yang dibelinya. Lara dan Danish pantas mengambil satu cupcake lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Luna menggelengkan kepalanya. Dia menepuk perlahan bahu Kai. Kai mengangkat kening sebelahnya 'apa?'
"Untuk aku tak ada?" tanya Luna dengan perlahan.
"Eh... Of courselah ada. Takkanlah aku lupa pasal moon aku ni..." Luna tersenyum mendengarnya. Kai mengambil sesuatu dari dalam plastik yang sama lalu dihulurkan kepada Luna.
"Selamat menyambut hari pertama kerja dekat sini and... Happy birthday!"
Sejambak bunga diberikan kepada Luna. Luna menyambut huluran itu beserta mengucapkan terima kasih.
"Wow! Lara nak jugak!"
"Nanti Lara ada boyfriend... Lara mintalah daripada dia," kata Kai. Luna menepuk bahu Kai.
"Apa kau ni!" marah Luna. Geram dengan perangai Kai yang suka cakap sesuka hati dia.
"Apa? Betullah kan?" Luna akhirnya hanya menggelengkan kepalanya.
"Malam ni dinner dengan aku tau!" pesan Kai. Luna hanya menganggukkan kepalanya dan menyertai Lara, Danish dan Kai bersarapan.
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...