Dayyan leka dengan telefon bimbitnya. Dia berjalan di ruangan tempat penggambaran sambil berbalas mesej dengan Luna.
Tanpa Dayyan sedar, dia dilanggar oleh seseorang. Dayyan jatuh terduduk dan telefonnya pun turut terlepas daripada pegangannya.
"Tak ada mata ke!" Dayyan segera bangun apabila orang itu menengkingnya. Dia tunduk meminta maaf.
"Maaf," ucap Dayyan sepatah tanpa melihat wajah orang itu. Dia berasa takut.
"Wait...kau ni..." Dayyan mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dia dapat lihat yang melanggarnya tadi seorang lelaki yang badan lebih kurang sepertinya serta sangat kacak. Lelaki itu memakai kaca mata hitam dan memakai pakaian yang sangat kemas dan pastinya seorang yang kaya.
"Kau model baru tu kan?" tanya lelaki itu. Dayyan menganggukkan kepalanya tidak mahu sahaja.
Lelaki itu tersenyum sinis sebelum menghampiri Dayyan. Dayyan menjadi gugup.
"Kaulah yang ambil job aku," kata lelaki itu sambil kaca matanya dibuka. Pandangan tajam diberikan kepada Dayyan.
"Dayyan!" Dayyan terus menoleh ke belakang apabila seseorang memanggilnya. Dia tersenyum melihat Luna. Sekurang-kurangnya dia berasa sedikit lega apabila Luna ada bersamanya.
Meremang dia apabila melihat pandangan lelaki itu. Ada seperti aura yang jahat di keliling tubuh lelaki itu. Tapi...siapa dia?
"Ah...Luna," kata lelaki itu. Dayyan sedikit terkejut apabila lelaki itu mengenali Luna tetapi apabila difikirka balik tidak mustahil untuk orang tidak mengenali Luna kerana Luna terkenal di Malaysia.
Tangan Dayyan dipegang dan digenggam erat. Dayyan melihat tangannya yang dikunci oleh Luna sebelum dia memandang Luna di sebelah.
Dia dapat lihat betapa dinginnya pandangan Luna terhadap lelaki itu sekarang. Mereka ada sesuatu ke?
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Luna dengan serius. Tak ada senyuman pun di wajahnya. Beku sahaja.
"I ingatkan nak tengoklah siapa yang ambil kerja yang I sepatutnya dapat. Rupa-rupanya budak ni," jawap lelaki itu. Matanya tiba-tiba melihat pegangan tangan Luna dengan Dayyan.
"Wow...dia ke mangsa you selepas ni?" betapa sinisnya lelaki itu bertanya. Dayyan tetap mendiamkan diri walaupun dia tahu yang lelaki di hadapannya ini sedang bercakap pasal dirinya.
"He is my husband," ujar Luna dengan tegas. Lelaki itu sedikit terkejut sebelum dia mengeluarkan tawa sinisnya.
"Wow...congrate."
"Now...straight to the point. Kau buat apa dekat sini?"
"I ada shooting dekat sini tak sangka pula orang yang ambil kerja I rupa-rupanya milik you. I tak pernah terfikir pun you akan berkahwin. Ingatkan nak pakai buang je," sindir lelaki itu. Dayyan tidak faham dengan apa yang lelaki itu cuba katakan.
Pakai buang?
"Watch your mouth!" Luna memberi amaran. Lelaki itu tersenyum.
"You masih lagi macam dulu, Luna. Tak pernah berubah. I kesian dengan SUAMI you ni. Apa pun I doakan yang terbaik walaupun I tahu you tak akan dapat yang terbaik."
Sengaja perkataan suami itu ditekankan.
Luna menepis kasar apabila tangan lelaki itu ingin membelai rambutnya. Luna mengetap bibirnya menahan marah. Dayyan pula melakukan tugasnya iaitu menggenggam tangan Luna dengan erat supaya Luna tidak melampaui batas.
"Bye. See you again," ucap lelaki itu sambil mengenyitkan matanya kepada Luna. Dayyan pula yang mula menjadi panas melihat kenyitan mata itu. Gatal!
Luna mengeluh apabila lelaki itu sudah melangkah pergi. Tangan Dayyan dilepaskan.
"Siapa tu, Luna?" tanya Dayyan.
"Nothing. Cuma lelaki jahanam yang bernama Zain Khan," jawab Luna. Dayyan menganggukkan kepalanya walaupun dia tidak berapa faham. Banyak persoalan di dalam fikirannya sekarang.
Tapi Dayyan diamkan sahaja. Tidak mahu menyerabutkan fikiran Luna.
***
"Woi! Sini sekejap!" panggil Zain. Tangannya dilambaikan supaya Dayyan datang kepadanya.
Dayyan melihat Zain. Macam itu je dia panggil? Dayyan pun melangkah menghampiri Zain yang sedang duduk bersenang-lenang.
"Ye?"
"Aku nak kau hati-hati dengan Si Luna tu," kata Zain. Dayyan mengerutkan dahinya.
"Kenapa pula?"
"Aku kenal sangat dengan Luna tu. Kalau kau nak tahu...dia tu perempuan yang cepat bosan. Kalau dia nak dia dapatkan kalau dia tak nak dia buang je. Aku kesian dengan kau. Lagi-lagi orang yang macam kau ni... Tak kaya...tak ada kerja tetap. Rumah pun Luna yang punya," kata Zain.
"Macam mana encik tahu?" pelik Dayyan apabila Zain tahu yang dia memang tidak berduit dan sebagainya. Zain mengukirkan senyumannya.
"Aku cari maklumat pasal kaulah. Aku ingatkan kau ni hebat sangat sampaikan kau boleh jadi suami Si Luna tu. Rupa-rupanya kau lagi low daripada aku."
Dayyan menjadi geram dengan kata-kata Zain. Pada masa yang sama dia turut bimbang akan kenyataan yang Zain bagitahu tadi.
Dia tu perempuan yang cepat bosan. Kalau dia nak dia dapatkan kalau dia tak nak dia buang je.
Benarkah?
Zain bangun berdiri lalu memegang kedua-dua belah bahu Dayyan.
"Aku ingatkan kau. Sekarang ni mungkin kau tak nampak tapi nanti bila dia dah bosan dengan kau...dia buang je kau macam mana dia buang aku dulu."
"Apa kaitan encik dengan isteri saya?" tanya Dayyan. Hairan dia apabila lelaki di hadapannya ini tahu semua perkara.
"Kau tanyalah isteri kau tu sendiri. Tapi ingat! Lebih baik kau bertindak terlebih dahulu sebelum dia," pesan Zain dengan bersungguh-sungguh.
"Saya nak buat apa?" soal Dayyan dengan polosnya. Hatinya kata bahawa lelaki di hadapannya ini menipu tetapi otaknya sibuk memikirkan bagaimana kalau Luna betul-betul membuangkan dirinya.
Lagi-lagi mereka tidak pernah bercinta tahu-tahu je dah kahwin.
Zain mengukirkan senyuman jahatnya.
"Ceraikan dia."
♥︎♥︎♥︎
Vote vote vote!!
Thanks!! ❤️
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...