☾︎ Bab 31 ☽︎

1.1K 30 0
                                    

Luna melangkah ke arah meja kemudian sekotak hadiah diambil. Dia menghampiri Dayyan yang sedang bermain telefon di atas katil.

"Dayyan," panggil Luna, tubuhnya dilabuhkan di sebelah Dayyan. Dayyan mengumam.

"Nah." Luna menghulurkan kotak itu kepada Dayyan. Dayyan mengangkat kening sebelahnya. Tangannya perlahan menyambut huluran itu.

"Untuk Dayyan?" Luna menganggukkan kepalanya. Dayyan membuka kotak itu kemudian dia terlopong.

"Luna...mahalnya." Dayyan membelek jam tangan berjenama yang berada di tangannya. Mahal sangat ni! Tengok rupa pun tahu.

"Ambil jelah. Luna memang beli untuk Dayyan. Meh sini Luna pakaikan," kata Luna sebelum jam itu diambil kemudian disarungkan ke pergelangan tangan Dayyan.

Dayyan sedikit terpinga-pinga.

"Luna. Tak naklah. Mahal sangat." Dayyan menahan tangan Luna. Matanya mencari mata Luna.

"Dayyan  tak biasa pakai jam macam ni." Luna mengeluh namun jam itu tetap disarungkan.

"Tak apalah. Luna memang nak tengok Dayyan pakai. Mahal ke tidak lain cerita.  Duit Luna sendiri. Dayyan jangan risau eh?"

Dayyan akhirnya menganggukkan kepalanya. Kalau lagi dia membantah, takut lain pula jadi. Lebih baik dia biarkan aja. Dayyan membelek jam tangan itu sekali lagi.

"Suka?" soal Luna. Dayyan menganggukkan kepalanya.

"Okay jap. Dayyan nak bagi sesuatu untuk Luna." kaki Dayyan mula turun dari katil kemudian dia kembali semula bersama satu plastik kecil.

Dia bersila di hadapan Luna.

"Dayyan cuma nak cakap yang...hadiah ni tak lah mahal macam jam yang Luna bagi ni. Harga jam ni 3 kali ganda mahal lagi daripada hadian Dayyan untuk Luna ni. Jadi...Dayyan minta maaf kalau hadiah ni tak memuaskan Luna," kata Dayyan dengan lembut. Plastik di tangan digenggam erat.

"Kenapa Dayyan cakap macam tu? Luna tak kesah pun, asalkan daripada Dayyan. Semuanya Luna terima." Luna tersenyum. Senyuman itu dibalas. Dayyan mengeluarkan hadiahnya.

"Luna tutup mata dulu." tanpa banyak cakap, Luna pun buat apa yang diarahkan oleh Dayyan.

"Nak tangan?" tangan Luna elok mendarat di atas tapak tangan Dayyan. Kemudian, dia terasa sesuatu di tangannya. Setelah Dayyan suruh dia buka mata, dia terus buka dan tersenyum gembira.

Gelang tangan yang Dayyan bagi sangatlah cantik! Sangat simple dan sesuatu dengan diri dia.

"Macam mana? Luna suka?" tanya Dayyan sambil matanya memandang Luna. Pantas saja Luna menganggukkan kepalanya. Dia terus melompat ke arah Dayyan. Pelukan dieratkan.

"Terima kasih, Dayyan." kemain gembira lagi Dayyan.

"Sama-sama, my wife." Luna tersentak dengan panggilan baru itu. Tiba-tiba akal fikirannya mendapat idea baharu. Pelukan dileraikan.

"Okay. Luna nak kita ada panggilan baru."

"Hah?"

"Macam tadilah. Dayyan panggil Luna My wife."

"Ooo..."

"Okay. So now...Luna panggil Dayyan, Hubby. Dayyan panggil Luna, Wifey. Okay?"

Dayyan berfikir sejenak kemudian dia menganggukkan kepalanya.

"Okay!"

"I love you, hubby."

"I love you, wifey." masing-masing tersenyum.gembira.

***

Luna membelek jan di tangannya. Matanya yang tajam ditujukan kepada manusia di hadapannya. Dayyan dan ayahnya, Pak Mat memandang satu sama lain.

Bulu roma mereka sudah naik. Suasana memang terasa sangat dingin. Mata silih berganti memandang Luna dan Maria di hadapan mereka.

Luna mengeluh. Dia memejamkan matanya. Sudah 10 minit dia terduduk diam di situ.

"Please...cepat ye.  Jangan membuang masa aku." Maria tenang meneguk minumannya.

"Rileks lah... Bukan selalu kita nak jumpa. So, macam mana sekarang? Kau sihat?"

"Just straight to the point, Maria." Luna sudah bernada tegas.

"Fine. Aku cuma nak cakap malam esok kau wajib datang sini." kening sebelah Luna terangkat.

"It's my birthday, remember?" Luna mengeluh perlahan. Dia berfikir sejenak. Kemudian, memandang Dayyan. Dayyan menganggukkan kepalanya menandakan bersetuju untuk datang esok.

"Okay. Aku datang." Maria tersenyum kecil. Luna mula berdiri dan meminta diri.

"Tak nak lunch dekat sini ke? Lagipun, Dayyan bolehlah berbual dengan  ayah dia dulu," cadang Maria. Luna pelik. Sejak bila pulak maknya ini sudi pelawa dia?

Bila difikirkan balik, benar juga apa yang dikatakan oleh Maria. Dayyan pun kelihatan gembira.

"Okay." itu sahaja jawapan Luna sebelum kembali melabuhkan punggungnya. Dayyan dan Pak Mat sudah pun ke tempat lain.

Maria pula sudah ke dapur dan menyuruh bibiknya menyediakan makanan.

***

"Puan Sri," panggil Pak Mat. Maria yang sedang melepak di luar rumah menolehkan kepalanya.

"Boleh saya duduk?" Maria menganggukkan kepalanya dan kembali merenung ke langit malam. Sejak kebelakangan ini, hubungan dia dan Pak Mat agak rapat. Mungkin sebab teguran Pak Mat.

"Puan Sri dah bagitahu Luna?" soalan itu membuatkan Maria tersentak. Dia menundukkan pandangan.

"Saya rasa... Inilah masa yang sesuai untuk bagitahu Luna perkara yang sebenar. Puan Sri kena rapat dengan dia dan berbaik semula. Munculkan semula hubungan ibu dan anak."

Maria terdiam. Dia agak ragu untuk membuat perkara itu. Luna akan terima ke? Bagaimana nanti perkara menjadi makin rumit?

Tetapi.... Luna tetap perlu tahu kebenaran sebenar. Dari mana asal usulnya.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now