☾︎ Bab 8 ☽︎

1.1K 60 0
                                    

Sungguh dia terkejut mendengar kata-kata Luna. Adakah dia baru sahaja dilamar? Dengan seorang perempuan? Anak majikannya?

“Dayyan,” panggil Luna apabila Dayyan seperti termenung memandang wajahnya.

“Ye?” Dayyan terus tersedar dan menundukkan pandangannya. Tak malu betul tenung anak dara orang.

“Jom kahwin dengan aku?” ajak Luna dengan selambanya. Dayyan menggelengkan kepalanya.

“Kenapa?” tanya Luna.

“Sebab…saya anak driver je. Cik Luna pula boss. Kita berbeza,” jawab Dayyan. Luna mengeluh. Alasan drama pukul tujuh ke tu?

“Sebab itulah aku ajak kahwin. Aku tak minat dengan lelaki kaya ni. Nanti asyik busy je. Bosan. Daripada aku kahwin dengan lelaki kaya, lebih baik aku kahwin dengan kau. Selalu ada dekat dalam rumah. Sejuk je memandang,” kata Luna sambil tersenyum.

Dayyan sudah mula berpeluh.

‘Alasan apa lagi yang aku nak bagi ni?’ monolog Dayyan. Dia sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin. Duit pun tak ada. Rumah pun belakang ni je. Gaji pun baru RM 2000.

“Tak boleh, Cik Luna. Saya mana ada duit. Gaji pun sikit. Motor pun motor capuk. Rumah saya tak ada. Macam mana saya nak tanggung Cik Luna nanti?”

Luna menggelengkan kepala sebelum memandang Dayyan dengan tepat.

“Tak apa jangan risau. Semua tu tak penting. Duit boleh cari tapi kau aku tak boleh nak cari lain.”

So, apapun aku tetap nak kahwin dengan kau. Lagipun kalau pasal duit kan, aku boleh jadi sugar mummy kau tapi versi halal,” sambung Luna sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

Dayyan tergelak kecil mendengar kata-kata Luna.

“Kau terima tak?” tanya Luna. Dayyan menundukkan kepalanya. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Dia sangat berbeza dengan Luna.

Bagaimana dia ingin menyara Luna nanti? Ya, memang benar Luna mempunyai duit tetapi dia sebagai suami mesti melakukan tanggungjawabnya. Nafkah zahir dan juga batin. Wait. Nafkah batin?

Wajah Dayyan terus membahang apabila memikirkan nafkah batinnya.

Luna berkerut melihat wajah Dayyan sudah mula menjadi merah.

“Kau fikirkan pasal apa ni? Sampai merah pipi kau,” tegur Luna. Dayyan tersedar dengan teguran Dayyan.

“Eh, tak ada apalah,” jawab Dayyan sebelum kembali membersihkan luka Luna.

“Okay dah siap,” kata Dayyan sebelum bangun berdiri.

Wait, Dayyan. Kau tak jawap lagi soalan  aku.”

Dayyan yang ingin melangkah terus berhenti. Luna mula bangun dan menghampiri Dayyan yang membelakanginya. Luna melihat tubuh badan Dayyan dari belankang.

Not bad. You have a nice body,” tangan Luna sudah mula merayap dibelakang badan Luna. Dayyan yang terkejut dengan oerkara itu terus menolehkan badannya dan terus memegang pergelangan tangan Luna yang sentuh tubuhnya.

“Cik Luna buat apa ni?” tanya Dayyan. Dia dah lah sensitif apabila orang memegangnya.

Nothing. Tapi kan, untuk pengetahuan kau…” Luna melangkah kehadapan sehingga tubuhnya dan juga tubuh Dayyan bertemu. Dayyan mula menjadi gelisah.

Dia dapat rasakan nafas hangat Luna di lehernya. Luna menjengketkan kakinya lalu kepalanya diarahkan di telinga Dayyan.

“Aku paling suka dengan lelaki yang ada ‘nice body’ macam kau. So hot,” bisik Luna sebelum memandang Dayyan semula dengan senyuman nakalnya.

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now