Dayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Luna. Sudah seminggu dia menjadi suami Luna dan alhamdulillah tiada masalah antara mereka. Cumanya...
Luna merbahaya. Bahaya bukan sebab apa tapi sebab...
***
Dayyan sedang khusyuk masak di dapur. Memandangkan Luna yang pergi kerja, Dayyan pula yang menjaga rumah. Dia akan masak untuk tengahari kerana Luna pasti akan pulang pada waktu itu. Malam pula tengoklah dulu. Kadang-kadang Luna yang masak, kadang-kadang Dayyan.
Sedang dia khusyuk memasak, Luna kebetulan baru sahaja balik dari kerja.
"Hmm...sedapnya," puji Luna walaupun yang sedap itu hanyalah bau makanan. Dia melangkah ke dapur dan nampak Dayyan membelakanginya. Luna tersenyum. Untungnya aku!
Luna melangkah ke arah Dayyan kemudian dia memeluk Dayyan dari belakang. Terkejut Dayyan dibuatnya.
"Luna dah balik?" tanya Dayyan. Manalah tahu tiba-tiba orang lain pula yang memeluknya. Tak ke naya tu.
"Hmm," gumam Luna. Dayyan menelan air liurnya apabila dia sudah mula rasa lain dengan sentuhan Luna.
"Luna pergilah mandi dulu. Nanti dah siap masak, Dayyan panggil," kata Dayyan. Tidak lama selepas itu, Luna pun merungkaikan pelukannya. Dayyan mengeluh lega.
Tapi, tidak lama selepas itu, tangannya dipegang oleh Luna. Dayyan memandang Luna di sebelah. Luna menunjukkan apron kepada Dayyan.
"Kenapa tak pakai ni?" tanya Luna.
"Oh, Dayyan lupa nak pakai. Ala lagipun bukannya kotor pun baju Dayyan ni," jawap Dayyan. Luna menggelengkan kepalanya. Dia memegang bahu Dayyan lalu palingkan tubuh Dayyan menghadapnya.
"Luna...habis lauk nanti."
Luna buat tidak tahu saja. Dia menyarungkan apron itu ke tubuh Dayyan.
"Rapat sikit," arah Luna. Dayyan pun langkah satu tapak menghampiri Luna. Luna menjengketkan kakinya memandangkan Dayyan lebih tinggi dari dirinya. Dayyan menjadi gugup apabila wajahnya dengan wajah Luna sangat dekat.
Dayyan memegang pinggang Luna supaya Luna lebih senang menyarungkan apron itu.
"Okay dah,", ujar Luna sambil tangannya membetulkan sedikit apron Dayyan.
"Thanks," ucap Dayyan bersama senyuman. Luna membalas senyuman itu sebelum tangannya melingkari leher Dayyan. Terbuntang mata Dayyan. Tangannya pada pinggang Luna masih lagi stay.
"Luna?" risau Dayyan apabila melihat Luna tersenyum nakal kepadanya.
"Yes?" sahut Luna.
"Err...Luna nak apa-apa ke? Dayyan boleh buat kan. Teh? Kek?" tanya Dayyan dalam keadaan gugup. Luna menganggukkan kepala.
"I want you and...your...lips," kata Luna dalam suara yang sedikit perlahan seperti berbisik. Dayyan terkejut. Dia salah dengar ke?
"Bolehkan?" tanya Luna. Dayyan meneguk air liurnya. Nak jawab apa ni!! Matanya membalas pandangan Luna. Mereka bertentangan mata agak lama.
Melihat Dayyan diam saja, Luna pun mengambil tindakan dahulu. Dia perlahan-lahan mendekatkan wajah dan kakinya dijengketkan. Maklumlah husband macam model. 🤭🤭.
Kemudian, wajahnya menjadi makin dekat dengan Dayyan sehingga nafas hangat Dayyan dapat dirasainya. Dayyan masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia kelu dan berdiri seperti patung. Apa yang dia perlu buat?
Melihat Luna semakin dekat, Dayyan lantas menutup kedua-dua belah matanya rapat. Tetapi yang Dayyan pelik kenapa lama sangat?
Dayyan membuka matanya sedikit. Nampaklah Luna sedang tersenyum memandangnya.
"What?" tanya Luna. Dayyan terpinga-pinga.
"Err...tadi Luna..." kata Dayyan mati disitu. Malu dia. Wajahnya naik merah. Luna tergelak kecil. Tangan kanannya mengusap lembut wajah Dayyan.
"Sorry aku bergurau...tapi kali ni betul-betul. Get ready," kata Luna. Dayyan mengangkat kedua-dua keningnya?
"Get ready?" Dayyan blur.
"Yes, get ready for this."
Terus bibir Dayyan ditindih dengan bibir Luna. Makin membulat mata Dayyan. Luna membenamkan bibirnya lama. Tangan kanannya tadi mula menarik leher Dayyan.
Dayyan pula makin lama makin terbuai dengan itu. Pelukan di pinggang Luna dieratkan. Kemudian, badan Luna pula diangkat. Luna melingkari kakinya di pinggang Dayyan.
Setelah agak lama dalam keadaan begitu, Luna meleraikan ciumannya. Masing-masing mengambil nafas. Dayyan memandang Luna.
"You know what..." Luna tidak menghabiskan ayatnya. Dayyan hanya diam menunggu Luna menghabiskan ayatnya.
"Rasanya kita terpaksa makan luar tengahari ni."
Dayyan baru teringat akan masakannya. Dia tidak melepaskan Luna lagi sebaliknya dia melangkah ke arah masakannya.
Sebelah tangan menyokong tubuh Luna sebelah lagi menggaul masakannya.
Luna tergelak kecil melihat Dayyan gelabah. Tidak lama selepas itu, makanan pun sudah siap masak. Dayyan menutup api. Luna menjenguk melihat lauk masakan Dayyan.
"Sedap!" puji Luna. Kembang hidung Dayyan dibuatnya.
"Dayyan. Boleh aku tanya something?" soal Luna. Dayyan menoleh memandang Luna.
"Tanya apa?"
"Bila kita nak makan. Kalau kita still lagi macam ni...rasanya, 2 jam lagi baru boleh makan," kata Luna.
Dayyan segera menurunkan Luna. Wajahnya naik merah. Makin merah. Dia menggosok lehernya.
"Aa...jomlah makan," ajak Dayyan sebelum dia terlebih dahulu melangkah meja makan. Malulah tu...
***
Perkara itulah yang menyebabkan Dayyan mengatakan yang Luna merbahaya. Haish...nasib baik tak lama.
Bila diingat balik, Dayyan naik malu. Dia menekup wajahnya dengan bantal. Sebaik sahaja dia buka semula wajahnya terus dia menjerit.
"Fikir apa tu?" tanya Luna. Terkejut Dayyan. Buka-buka mata je Luna berada dekat dengannya. Dayyan menggelengkan kepalanya.
"Tak ada apa," jawab Dayyan.
"Ye ke?"
Dayyan gugup. Kepalanya teragak-agak untuk mengangguk.
"Hmm, okaylah. Eh tapi Luna lupa nak bagitahu ni. Sekejap lagi, lepas makan tengaharikan, Dayyan siap tau," pesan Luna. Dayyan berkerut dahi.
"Siap? Nak pergi mana?" tanya Dayyan.
Luna tidak menjawab. Dia hanya tersenyum penuh makna dan keningnya diangkat beberapa kali.
Dayyan makin curiga.
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
عاطفية"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...