Dayyan memegang dadanya. Betapa berdebarnya dia sekarang. Hari di mana dia memegang tanggungjawab besar dan hari sahnya dia sebagai suami bosnya sendiri.
"Aku terima nikadnya..."
Dengan sekali lafaz sahaja Luna sah menjadi suri hati Dayyan. Luna tersenyum.
Dayyan gugup sekali bila menghampiri Luna. Melihat wajah Luna yang tersenyum membuatkan wajahnya berona merah.
Tangannya menggeletar memegang tangan Luna padahal Luna tenang je. Daripada tadi Luna tersenyum. Entahlah kenapa dari dulu dia suka melihat Dayyan menggelabah. Innocent betul suaminya ini.
Lepas selesai menyarung cincin, Luna salam tangan Dayyan lama. Siapa sangka begitu cepat dia berkahwin. Bercinta tak, tunang pun tidak. Tahu-tahu je dia sudah sah menjadi isteri kepada pekerjanya sendiri.
Tapi mengahwini Dayyan juga merupakan perkara yang lega untuk Luna kerana dia tidak perlu lagi risau jika Dayyan kena culik dengan perempuan lain. Dayyan ini pun hensem orangnya. Lengkap sahaja dari segi rupa. Cuma pekerjaannya sahaja.
Namun, Luna tidak kisah tentang itu. Yang dia tahu, dia mahukan Dayyan. Sekarang, dia sudah dapat.
He's mine!
***
Masuk sahaja ke dalam bilik, Luna terus merebahkan badannya ke katil. Tangan dan kakinya terbuka di atas katil. Selamba sahaja. Dayyan hanya menggeleng.
"Cik Luna. Saya mandi dulu ye," kata Dayyan. Luna mula mengubah posisi. Dia duduk dan memandang Dayyan yang sedang membuka butang baju melayunya. Segak sungguh Dayyan berbaju melayu. Tergoda Luna.
"Cik Luna?"
Dayyan terdiam.
"Sorry. Luna." Dayyan membetulkan panggilannya terhadap Luna. Dia tidak biasa. Sebelum ini dia hanyalah pekerja biasa. Mana pernah dia memanggil Luna tanpa perkataan 'cik'?
Dia kahwin ini pun terlalu cepat. Macam itu je.
"Hmm," gumam Luna sambil menyengetkan wajahnya. Dayyan menelan air liur memandang pandangan Luna. Luna marah dia ke?
"Sini jap, Dayyan," panggil Luna sambil tangannya melambai-lambai menyuruh Dayyan mendekatinya. Dayyan pun dengan langkah perlahan mendekati Luna yang sedang duduk di atas katil.
Sebaik sahaja Dayyan berdiri di hadapannya, terus tangan Luna mengambil tangan Dayyan. Seperti terkena renjatan elektrik Dayyan terkejut.
Dayyan tergamam apabila Luna salam tangannya. Lama tangannya dicium oleh Luna. Luna perlahan-lahan mendongakkan kepalanya memandang Dayyan. Tangannya disulamkan dengan tangan Dayyan.
"Luna tahu yang kita kahwin bukan sebab cinta ke apa. Tapi, Luna nak Dayyan tahu yang Luna ikhlas terima Dayyan sebagai suami Luna. Walaupun, Dayyan tak belajar tinggi mana and Dayyan kerja biasa je, Luna tak kisah. Semua itu tak penting pun. Luna janji Luna akan jadi isteri yang terbaik untuk Dayyan and Luna akan buatkan Dayyan rasa Dayyanlah suami yang terbaik untuk Luna. Biarlah orang kata suami Luna ni biasa-biasa aje. Yang penting, you are mine. Now and forever," luah Luna.
Matanya memandang mata Dayyan dengan tepat. Biar Dayyan tahu yang segala luahannya adalah ikhlas. Bukan saja-saja je.
Dayyan terkedu mendengarnya. Dia tidak sangka yang Luna akan berkata sebegitu. Matanya mula bergenang. Terharu dia mendengarnya.
Dayyan meletakkan tangannya di atas kepala Luna sebelum dia tersenyum.
"Dayyan pun akan cuba jadi suami yang terbaik untuk Luna. Terima kasih sebab sudi jadikan Dayyan suami dan imam Luna. Dayyan tahu yang Dayyan ada banyak kelemahan. Tapi, Dayyan akan cuba jadikan kelemahan ini sebagai kelebihan untuk Luna," ucap Dayyan dan dia menggosok lembut rambut Luna.
Luna memejamkan matanya. Tenang rasanya apabila dia bersentuhan dengan Dayyan. Dayyan jugalah lelaki pertama yang dia sentuh. Sebelum ini, lelaki pun dia tidak mahu pandang. Hanya Dayyan sahajalah yang berjaya mengugurkan ego dan sombongnya.
"Dayyan pergilah mandi dulu ke nak..." sengaja Luna tidak menyambung ayatnya. Senyuman nakal mula muncul. Wajah Dayyan sudah bertukar merah.
"Eh, tak apalah. Dayyan nak mandi seorang," kata Dayyan. Luna mula geli hati melihat Dayyan. Makin suka pula menyakat Si Dayyan.
"Memanglah Dayyan mandi sorang-sorang. Takkanlah berdua pula. Luna ada cakap benda lain ke?"
Saja je Luna buat macam tu. Makin malu Dayyan. Dayyan menarik tangannya dari pegangan Luna lalu dia memegang kepala Luna.
Satu ciuman lembut diberikan di dahi Luna. Terkejut Luna.
"Dayyan mandi dulu ye," kata Dayyan sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik air. Luna memegang dahinya yang dicium tadi.
Makin mekar senyumannya.
"Makin nakal ye kau," kata Luna sendiri.
***
Terkejut Dayyan melihat pakaian tidur Luna. Luna hanya memakai gaun tidur separas lutut dan bertali nipis di bahu. Kain pula jenis satin. Walaupun tidaklah terlalu terdedah tapi bagi Dayyan itupun sudah cukup membuatkan dia keguguran iman.
Luna pula selamba sahaja berpakaian begitu dan mengelap rambutnya. Memang setiap malam pakaiannya macam tu. Jadi, perkara itu biasa buatnya.
Luna melangkah ke arah katil dan Dayyan segera mengambil bantal panjang lalu diletakkan di tengah-tengah.
Luna hairan. Dia memandang Dayyan.
"Kenapa?" tanya Luna. Dayyan menundukkan pandangan. Dia bermain dengan jarinya.
"Err...sebenarnya Dayyan tak sedia lagi. Luna tahukan ini first time Dayyan tidur dengan perempuan. Jadi Dayyan rasa malu and sedikit tidak selesa. Lagi-lagi dengan pakaian Luna, lagilah Dayyan takut," luah Dayyan. Luna tersenyum.
"Okay okay. Luna faham. Tapi, nanti bila kita dah lama sikit and Dayyan dah sesuaikan diri, bantal panjang ni takkan ada lagi dekat tengah. Takut? Apa yang Dayyan takut? Luna memang pakai macam ni setiap malam," balas Luna. Kini, dia sudah bersila memandang Dayyan.
"Dayyan tak bersedia lagi. Biasanyakan orang kahwinkan ada first night. Tapi..." Dayyan tidak mampu sambung ayatnya. Dia rasa bersalah pun ada. Kebiasaannya perempuan yang tak nak. Ini tak. Lelaki pula yang tak nak.
"Luna tak cakap pun Luna dah bersedia."
"Hah?" Dayyan blur. Dia memandabg Luna.
"Luna tak minta pun first night tu. So, apa yang takutnya? Luna pun belum sedia lagi," kata Luna.
"Habistu kenapa Luna kahwin dengan Dayyan?" tanya Dayyan.
"Sebab Luna nak Dayyan jadi milik Luna. Kalau dah kahwin. Bila-bila je Luna boleh ngapp Dayyan. Tak haram pun. Lagi bagus apa."
Dayyan menelan air liurnya.
Ngapp?
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...