☾︎ Bab 50 ☽︎

1.7K 33 0
                                    

Dari tadi Luna mencari siaran cerita yang seronok untuk ditonton pada waktu malam-malam begini. Ada je cerita yang seronok tetapi tidak seronok untuk ditonton seorang diri. Luna mengeluh.

"Mama!" Lara dan Danish melompat ke arah Luna.

"Lara? Danish? Kenapa tak tidur lagi?" rambut Lara diusap lembut. Danish bersandar pada tubuh Luna.

"Papa ajak tengok movie," jawap Danish. Luna berkerut.

"It's family time," kata Dayyan sambil meletakkan semangkuk popcorn di atas meja kopi. Dayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Luna. Hujung sebelah kiri diduduki oleh Lara, kemudian Luna. Kemudian, Dayyan dan sebelah dia, Danish.

Luna hanya memandang Dayyan meminta penjelasan.

"Macam yang Dayyan cakap tadi. It's family time." itu saja yang Dayyan mampu cakap. Tangannya mula mencari movie yang seronok untuk ditonton sekeluarga.

"Hei, nak pergi mana?" soal Dayyan sambil memegang tangan Luna. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku.

"Aku ada kerja," jawab Luna.

"Jangan macam tu... Kesian anak-anak."

Luna melihat Lara dan Danish yang menunjukkan wajah kesian mereka. Sudah tentu Dayyan menggunakan anak-anaknya sebagai alasan. Luna mengeluh perlahan sebelum melabuhkan kembali punggungnya di atas sofa.

Kali ini bukan dia di sebelah Dayyan tetapi di duduk di hujung sekali membuatkan Lara yang memisahkan dia dan Dayyan. Dayyan hanya senyum walaupun terang lagi bersuluh Luna sedang menghindarkan diri dari dia.

Dari mata kasar memang tubuh Luna memang berasa di situ dan matanya statik melihat cerita yang ditayangkan. Tapi fikirannya sudah terbang ke tempat lain. Sedar-sedar je sudah hampir separuh mereka sekeluarga menonton cerita tersebut.

Lara dan Danish sudah selamat dibuai mimpi. Dayyan pun sama. Luna memandang Dayyan yang sedang enak dibuai mimpi bersama Lara dan Danish di dalam tangannya.

Luna bangun berdiri dan berhenti betul-betul di hadapan Lara, Danish dan Dayyan. Tubuhnya dibongkokkan sedikit.

Satu ciuman lembut singgah di dahi Danish dan Lara. Luna tersenyum sambil mengusap lembut rambut anak-anaknya. Kemudian, matanya berhenti pada wajah Dayyan.

Lama Luna merenung Dayyan. Tangannya mula naik dan pergi ke arah Dayyan. Lagi sedikit dia mahu mengusap pipi Dayyan namun dia berhenti. Tangannya digenggam erat.

'No,' bisik hati Luna. Dayyan membuka matanya dan bertembung dengan mata Luna. Lama.

Dayyan menghalakan tubuhnya ke depan menghampiri wajah Luna dan bibir Luna dikucup sekilas.

"I love you," ucap Dayyan. Luna tidak memberi reaksi menyebabkan tangan Dayyan menarik wajah Luna kemudian dia meragut lembut bibir Luna. Nafasnya berselang-seli dengan nafas hangat Luna. Dapat dirasakan tangannya disentuh oleh Luna. Dayyan kembali menjarakkan wajahnya.

"Luna... Luna..."

Dayyan setia menunggu Luna menghabiskan ayatnya. Mata Luna tidak berani untuk bertentangan mata dengan Dayyan.

"Luna nak masuk tidur." Luna terus berdiri tegak dan melangkah meninggalkan Dayyan yang sedikit kecewa dengan Luna. Bukan itu yang dia mahu dengar.

...

Luna yang baru saja melelapkan matanya terus mencelikkan mata apabila pinggangnya ditarik seseorang dari belakang. Dia tahu Dayyan baru saja baring di sebelahnya tadi.

Nafas hangat Dayyan dapat dirasakan di lehernya. Luna memejamkan matanya menikmati pelukan hangat yang diterima.

"I'm sorry," bisik Dayyan di telinga Luna menyebabkan Luna sedikit menggeliat.

"Dayyan tahu Luna sayangkan Dayyan." akhirnya Luna membuka mulut.

"Dayyan tahu," balas Dayyan.

"Luna dah penat nak ingat apa yang jadi sebelum ni."

"Then, lupakan."

Luna pantas memusingkan badannya menghadap Dayyan. Wajahnya serius.

"Lupakan? Macam tu je? Dayyan tahu benda tu susah." geram sungguh Luna dengan jawapan mudah Dayyan.

"It's not easy for me."

"Ye Dayyan tahu. Bukan senang untuk Dayyan juga. Dayyan dah buat kesilapan besar. Lima tahun tak ada isteri di sisi Dayyan. Macam mana Dayyan nak hidup? Dayyan hampir mati, Luna. Tapi, setiap detik...setiap saat Dayyan percaya yang Luna akan datang semula kepada Dayyan. Luna bagi Dayyan harapan. Luna ada dalam mimpi Dayyan setiap malam."

Luna sedikit terpanar. Dia sedar dengan mata Dayyan yang sedang berkaca. Tangan Luna naik mengusap pipi Dayyan.

"I'm sorry," ucap Luna. Dayyan menggelengkan kepalanya.

"Bukan salah Luna. Dayyan yang salah. Dayyan bodoh." air mata Dayyan mula mengalir.

"Shhh... Kalau Dayyan bodoh bermakna Luna pun bodoh."

"Tak... Luna tak bodoh." Dayyan menggeleng kepalanya berkali-kali.

"Then... Dayyan pun sama." Luna tersenyum dan Dayyan membalas senyuman itu. Luna melagakan dahinya dengan dahi Dayyan.

"You are just stupid."

"Luna!"

"HAHAHAHA..." sakan Luna mengeluarkan tawanya. Dayyan pula sudah bermuka masam seperti cuka.

"Alololo... Buruk betul bila suami Luna ni buat muka tu."

"Hmm!" rajuk Dayyan sehingga dia berpaling membelakangi Luna. Sedih sungguh bila Luna kata begitu. Ada ke kata muka kita ni buruk? Macamlah kita tak tahu yang dia nak kita pun sebab muka kita ni.

Luna menggelengkan kepalanya.

"Dayyan...," panggil Luna lembut. Dayyan tetap dengan rajuknya.

"Dayyan..." masih lagi tidak menyahut.

"Hubby..." Dayyan terbuntang mata. Luna panggil dia apa? Dayyan pusingkan badannya menghadap Luna semula. Dia mahu Luna memanggilnya seperti itu lagi.

"Lagi?"

"Hubby."

"More," pinta Dayyan. Luna mendekatkan wajahnya dan tersenyum menggoda.

"Hubby."

Terus Luna menyambar bibir Dayyan dan Dayyan membalasnya. Bilik yang dahulu gelap kini kembali terang.

...


Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now