☾︎ Bab 15 ☽︎

1.5K 47 0
                                    

"Sudahlah Dayyan. Jom tidur," kata Luna sebelum dia baring di atas katil lalu dia menyelimutkan badannya. Dayyan pun dengan polosnya ikut sahaja apa yang Luna lakukan.

Luna menolehkan kepalanya memandang Dayyan di sebelah. Walaupun bantal panjang itu ada tapi dia bolehlah nampak sikit wajah Dayyan.

'Kacau betul bantal ni. Kau tunggu kau!' marah Luna dalam hati.

"Goodnight, Dayyan," ucap Luna.

"Oh...go...goodnight, Luna."

Kemudian, masing-masing senyap. Luna setia memandang Dayyan. Dayyan pula termenung memandang siling.

Krik

Krik

Krik

Luna sebenarnya tunggu Dayyan lena dahulu kerana dia ada rancangan lain. Takkanlah dia nak biarkan bantal panjang ini ganggu di tengah-tengah. Memanglah dia kata tidak apa pada Dayyan tapi, itu hanya untuk Dayyan rasa selamat je. Bukannya Luna betul-betul maksudkan pun. Hehehe...

5 minit kemudian...

10 minit kemudian...

Luna sudah mula bosan.

'Mamat ni memang tak tidur ke?' soal Luna dalam hati. Pelik melihat Dayyan yang masih lagi membuka mata.

Akhirnya, Luna mendapat satu idea lain. Kalau Dayyan tidak tidur, maksudnya dialah yang kena tidur.

Luna memejamkan matanya seperti dia sudah tidur kemudiannya tangannya sengaja diletakkan atas bantal panjang.

Dayyan yang tadi termenung terkejut apabila jari jemari Luna sedikit terkena perutnya. Dia mengangkat kepalanya sedikit.

"Luna?" panggil Dayyan cuba memastikan Luna sudah pun tidur. Melihat tiada sahutan dari Luna, Dayyan pun ingat yang Luna memang sudah tidur.

Tangan Luna dia tidak alihkan. Perkara itu membuatkan Luna bersorak dalam hati. Next step Luna.

Luna pun mula menggerakkan badannya ke arah Dayyan seperti dia sedang menyelesakan badannya. Kaki Luna sudah berada di atas bantal panjang. Dayyan perasan dengan perkara itu tetapi dia biarkan aja.

Luna mula memeluk bantal itu lalu dibalingnya sehingga jatuh dari katil. Dayyan membulatkan matanya. Dia memandang bantal yang jatuh itu dengan Luna silih berganti.

'Kasarnya tidur," kata Dayyan dalam hati.

Makin gelabah Dayyan apabila melihat Luna berpusingkan badan menghampiri dirinya. Dayyan mula menjauh tetapi makin jauh, makin rapat Luna. Sehinggalah di hujung-hujung katil Dayyan berhenti. Waktu itulah Luna mengambil tindakan.

Dia segera berpusing menghampiri Dayyan lalu dipeluknya pinggang Dayyan. Kakinya diletakkan di atas kaki Dayyan supaya Dayyan tidak bergerak.

Dayyan panik. Dia sudah berdebar. Jantungnya berdengup dengan sangat laju. Sudahlah pakaian Luna agak seksi baginya.

"Luna," panggil Dayyan cuba sedarkan Luna tetapi tiada sahutan. Dayyan mengangkat tangannya. Dia tidak tahu mana dia nak letak tangannya.

Gulp!

Dayyan menelan air liurnya apabila makin erat pelukan Luna dan dia dapat rasakan nafas hangat Luna di lehernya. Makin tidak keruan dibuatnya.

Akhirnya, Dayyan mengalah dan dia mula membalas pelukan Luna. Betapa gembiranya Luna sekarang.

Yes!!

Dayyan menepuk-nepuk bahu Luna seperti menidurkan budak kecil. Kepalanya berada di atas kepala Luna.  Dia bersandar pada kepala Luna.

Makin lama, Luna pun terbuai dan dia pun terlena. Dayyan pun turut begitu.

'I love this hug,' ucap Luna dalam hati sebelum dia dibuai dengan mimpi-mimpi indah.

***

Dayyan mencelikkan matanya. Tangannya menggosok matanya. Dia baru sahaja ingin bangun tetapi ada sesuatu yang menghalangnya. Dayyan melihat apa yang berada di atasnya. Kemudian, barulah dia teringat hal semalam.

Tersenyum Dayyan melihat wajah lena Luna. Comel. Berkerut wajah Luna apabila rambut sendiri menganggu wajahnya. Dayyan tersenyum.

Tangannya dengan perlahan menyelak rambut Luna lalu diselitkan di telinga Luna. Makin erat pula pelukan Luna apabila Dayyan buat begitu.

Dayyan termenung memandang wajah Luna. Dia punya termenung sampai tak sedar yang Luna pun sudah bangun dari lena dan merenung wajahnya.

"Apa yang lama sangat Dayyan tengok tu?" tegur Luna. Dayyan terkebil-kebil apabila kantoi merenung Luna.

"Oh, tak ada apalah. Dayyan nak mandi tapi Luna tidur lagi. Jadi, Dayyan biarkan jelah. Takut mengganggu Luna," kata Dayyan polos.

Luna tersenyum sebelum dia meleraikan pelukannya. Walaupun rasa berat je nak lepaskan tapi tak apalah. Satu malam peluk Dayyan tidak cukup baginya.

"Pergilah mandi," kata Luna sebelum dia yang tadi baring sudah bertukar kepada duduk.

Dayyan pun tanpa banyak songeh, terus menyelak selimut lalu turun dari katil.

***

Selesai membersikan diri, Dayyan terus menuju ke meja makan.

"Luna dah mandi ke?" tanya Dayyan. Hairan sebab dia baru sahaja mandi tadi. Bila pula Luna mandi?

"Dah. Pakai bilik lain punya," jawab Luna. Dayyan menganggukkan kepalanya.

Luna meletakkan nasi goreng masakannya di atas meja. Pinggan Dayyan diambil lalu diletakkan beberapa senduk nasi goreng.

"Makanlah." Dayyan pun tanpa banyak cakap terus memasukkan satu sudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Hmm, sedap," puji Dayyan sebelum lagi satu suap masuk ke dalam mulutnya. Luna tersenyum bangga.

"Of courselah sedap. Luna yang buat. Dayyan ingat Luna tak pandai masak? Beli je?" Dayyan segera menggelengkan kepalanya.

"Eh, bukan maksud Dayyan macam tu." kalut Dayyan dibuatnya.

"Okay okay. Luna tahu. Luna gurau je. Dah makanlah," kata Luna. Kemudian, masing-masing mendiamkan diri dan mengunyah makanan.

Sedang Luna mengunyah makanan, tiba-tiba dia perasan sesuatu. Dia melihat jari Dayyan dengan jarinya.

Jarinya tersarung elok sahaja cincin berlian. Tetapi Dayyan pula. Kosong sahaja jarinya. Kemana pula cincinnya?

"Dayyan mana cincin?" tanya Luna. Dayyan memandang jarinnya kemudian memandang Luna.

"Err...Dayyan tak pakai," jawap Dayyan. Luna berkerut.

"Kenapa pula?"

"Sebab...kita dah janjikan nak rahsiakan hal perkahwinan ni? Nanti kalau Dayyan pakai, habislah orang tanya."

Luna terdiam. Jadi selama ini dia sahajalah yang beria sediakan cincin tapi, tak pakai pun oleh Dayyan.

Luna memandang Dayyan dengan wajah kosong. Senyuman pun  tidak ada. Dia menundukkan pandangan kemudian cincin di jarinya dicabut lalu disimpan di dalam poket.

"Dahlah makan," kata Luna sebelum dia sambung balik makan makanannya. Dayyan sedar yang jari Luna sudah tiada cincin tadi.

Dia rasa bersalah pula.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now