☾︎ Bab 4 ☽︎

1.4K 62 2
                                    

Itulah kisah masa lalunya. Ya, dia yang melamar Luna terlebih dahulu tetapi ditolak kerana usia mereka dan ketinggiannya.

Betapa malunya dia apabila mengingatkan peristiwa itu. Kecil-kecil sudah menggatal melamar anak dara orang. Sudahnya, dia sendiri yang mendapat malu.

"Apa yang aku kena buat sekarang? Kahwin? Arghh!" jerit Dayyan sambil menekup mukanya dengan bantal.

Tidak...dia belum bersedia mahu berkahwin. Duit untuk berkahwin pun dia tidak ada. Lagi-lagi berkahwin dengan Luna.

"Aish! Kenapa aku buat macam tu dulu? Are you insane, Dayyan? Cik Luna tidak anak majikan kau kot? Kenapa kau terburu-buru nak kahwin? Padahal dulu sunat pun belum lagi!" bebel Dayyan sendiri. Sungguh satu sahaja yang dia tahu iaitu...

Penyesalan.

Pak Mat berkerut melihat anaknya yang sedang berjalan seperti orang tidak makan nasi. Lonlai sahaja badannya.

"Kamu ni dah kenapa Dayyan?"

Dayyan yang sedang membuka peti sejuk rumahnya segera menoleh memandang ayahnya yang berada diruang tamu.

"Astaghfirullah al'azim..." mengucap Pak Mat dibuatnya.

"Muka kamu macam tu dah kenapa?" tanya Pak Mat. Terkejut melihat muka panda Dayyan. Dengan matanya sudah hitam. Tak tidur ke semalam?

"Dayyan tak boleh tidur, ayah. Aaah..." kata Dayyan sambil menguap.

"Kamu buat apa sampai tak tidur?"

"Dayyan menyesal ayah. Menyesal," jawab Dayyan.

"Apa yang kamu cakapkan ni? Ayah tak faham lah. Benda apa yang kamu menyesal sampai tak boleh tidur? Sampai teruk sangat eyebag tu."

"Dayyan menyesal. Sangat-sangat," ujar Dayyan sebelum melangkah kebiliknya. Lain yang ditanya, lain yang dijawap. Pak Mat menggelengkan kepalanya.

"Ya Allah Ya Tuhan ku...kau lindungilah anakku daripada gangguan syaitan. Pertemukanlah dia dengan perempuan yang terbaik untuknya," doa Pak Mat. Dia teringin melihat anak terunanya itu mempunyai pasangan yang digelar sebagai isteri.

"Morning," sapa Maria sebaik sahaja melihat Luna menghampiri meja makan.

"Morning," balas Luna dengan wajah kosongnya sebelum melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Maria. Luna sempat memandang Tan Sri Mahmud sekilas.

"Bila Tan Sri balik?" tanya Luna. Dia kalau dengan Tan Sri memang okay sikit. Ada juga Tan Sri menghubunginya bertanyakan khabar ketika dia di Itali.

"Dua pagi tadi. Ni lepas sarapan ni nak sambung tidur balik lah ni. Penat," jawab Tan Sri. Luna menganggukkan kepalanya sambil mengunyah makanan.

"Rest well," ucap Luna. Tan Sri mengusapkan terima kasih. Luna membalasnya dengan angukkan kepalanya.

"Feeka Coffee Roasters. Pukul 10 pagi. Nanti aku bagi maklumat lain. Pastikan tepat pada masa."

Terus Luna berhenti makan. Sudu dan garfunya diletakkan di atas meja agak kasar.

Dia mengetap bibirnya sebelum memandang tajam Maria yang sedang makan seperti tiada apa yang terjadi. Tan Sri sudah pun menelan air liur melihat anak-beranak itu.

'Please save me. Aku tak nak terlibat' monolog Tan Sri. Masak sangat dah dengan perangai Luna dan Maria. Kalau sehari tidak bertekak memang tak sah.

Luna mengeluh sebelum membetulkan posisinya. Dia cuba bersabar dengan perangai Maria.

"Luna kata Luna tak nak kan," kata Luna.

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now