Melihat Luna yang berseronok memecahkan kereta itu terus Dayyan memgikut apa yang Luna buat. Besi di tangan diangkat lalu dihayun ke arah bonet kereta.
"Ambik kau!" jerit Luna sebelum bertubi-tubi memukul kereta itu dengan besinya. Padan muka kau, Zain!
"Inilah. Akibat. Kalau. Kau. Kacau. Suami. Aku!" satu perkataan satu hentaman dibuat pada kereta itu. Habis semua bahagian kereta kemek.
Dayyan tercungap-cungap, penat menghancurkan kereta itu. Dia mula lega. Betullah kata Luna. Melepaskan stress tapi kereta siapa?
"Hoi!" jerit pengawal keselamatan di situ. Luna terus menggenggam tangan Dayyan lalu berlari keluar melalui pintu belakang. Besi di tangan sudah dilepaskan.
Mereka masuk ke dalam kereta. Kali ini, Luna pula memandu. Kalau Luna yang memandu, pastilah laju.
Tali pinggang terus dipakai oleh Dayyan. Bersiap sedialah.
Tanpa menunggu lama, Luna terus menggerakkan keretanya meninggalkan beberapa orang sedang mengejarnya.
Luna ketawa gembira.
"Padan muka kau, Zain!" jerit Luna dengan gembira.
"Kereta Zain ke tadi?" tanya Dayyan, inginkan kepastian. Luna menganggukkan kepala menyebabkan Dayyan terkejut.
"Kenapa buat macam tu? Nanti tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi ke apa."
Luna tersennyum sinis. Tangan Dayyan diambil lalu digenggam.
"Dayyan jangan risau. Luna tahu apa yang Luna buat. I am rich. Setakat kereta dia tu...heh! Apalah sangat!"
Dayyan mengeluh.
"Tapi Luna...kesian dia. And...membazir tau duit tu," ujar Dayyan bersama kerutan di dahi. Kenapa Luna buat macam tu?
"Biarlah dia. Siapa suruh cari pasal lagi. Tak ada siapa pun boleh cari gaduh dengan Dayyan. Kalau tak...tengoklah Luna buat apa nanti. Silap hari bulan, rumah pun Luna boleh bakarkan."
Dayyan ternganga.
"Sampai macam tu sekali?"
"Mestilah! You are mine! Forever mine!"
Dayyan menggelengkan kepalanya sebelum dia tersenyum. Okay juga sebenarnya Luna buat begitu. Padan muka kau, Zain! Cari pasal lagi dengan aku. Kan dah kena!
Tangannya dan tangan Luna disulamkan. Bangga juga dapat Luna.
"Love you!" ucapnya sebelum satu ciuman singgap di pipi Luna.
***
Zain menggigit kukunya. Matanya merah memandang kereta kesayangannya habis berkecai. Sah-sah tidak boleh dibaiki lagi.
Pengawal keselamatan mula berpeluh. Pasti tuan mereka meletup sekejap sahaja lagi.
"Siapa buat ni?"
"Err...kami tidak tahu, tuan."
"Habistu?! Takkan lah hantu! Pergilah cari siapa! Senang kerja kau!" tengking Zain. Semua terhinjut bahu mendengar tengkingan itu.
"Tapi tuan...mereka laju sangat. Saya tak sempat nak kejar," kata salah seorang pengawal keselamatan. Zain meraup rambutnya ke belakang.
"Pergilah tengok cctv! Pakailah otak korang tu!" semua kelam kabut melihat paparan semula di komputer.
Zain menggenggam tangannya dengan kuat apabila melihat wajah itu.
"Luna!!!!"
***
Luna membalas senyuman pekerjanya yang lain. Senyuman itu mati apabila jalannya dihalang oleh seseorang.
Mukanya menjadi dingin serta merta. Tengok kaki pun dia tahu siapa yang berada di hadapannya sekarang.
"Kau nak apa?" soal Luna. Pandangan tajam ditunjukkan kepada Zain.
"Kau tu yang nak apa sampai kereta aku kau pecahkan. What's wrong with you!" Zain menolak bahu Luna dengan kasar.
Pekerja yang lain terkejut. Luna pula tersenyum sinis.
"Bukan ke itu yang kau minta? Lagipun aku buat bagi nampak lagi perfect. Rupa kereta sama macam rupa tuan dia," ucap Luna sambil menjungkit sebelah kening.
"Kau!" tangan Zain sudah diangkat namun dia berhenti.
"Kau cari pasal dulu dengan aku, Zain. Kau nak suruh suami aku ceraikan aku? Kau nak tahu tak sebab apa aku buang kau?" Luna melangkah perlahan. Wajahnya didekatkan.
"Because you are nothing! Useless! Brainless!" bisik Luna sebelum menjarakkan kembali tubuhnya. Dia tersenyum sinis.
"Siapa cakap aku macam tu?" soal Zain tidak mahu kalah.
"It's obvious, dear. Tak ada siapa pun yang cakap tapi kau sendiri yang tunjuk," jawab Luna sarkastik.
"Aku bukan useless and nothing macam yang kau cakaplah!"
"Really? Bagi orang lain tak tapi bagi aku ye. Satu petik je boleh membuktikan kau tu tak memberi faedah apa-apa pun. Hanya seorang lelaki yang bernama Zain Khan. Tanpa populariti siapalah dia," ucap Luna sambil berpeluk tubuh.
Zain ketawa sinis mendengar kata-kata Luna untuknya.
"Bagilah aku satu petik kau tu. Aku nak tengok berkuasa sangat ke?" kata Zain dalam nada ejekan.
Luna tanpa menunggu lebih lama, dia terus memetik jarinya sekali dan terus pekerja sekeliling mengambil telefon mereka.
Mata Zain melilau melihat pekerja Luna memandang telefon. Ada apa?
"Weh! Kau tengok ni!" bisik salah seorang pekerja. Ada mata yang menggeleng melihat Zain, ada yang menjeling Zain.
Zain merampas telefon bimbit orang lain dan matanya terus terbuntang.
'Kaki perempuan identiti sebenar Zain Khan.'
Terpampang besar gambar dia bersama gadis-gadis sedang memeluknya. Ada yang di dalam bilik, ada yang di lobi hotel.
"Macam mana-" Zain terdiam, tidak mampu berkata lagi.
"See. I told you. Brainless." ambik kau!
Tangan Zain menggeletar. Habislah dia!
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...