☾︎ Bab 42 ☽︎

1.3K 43 4
                                    

Flashback

Nadia meletakkan pinggang yang mengandungi nasi di atas meja makan.

"Awak makan!" jerit Nadia daripada dapur. Dayyan melangkah ke dapur dan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Nadia.

"Hmm...awak," panggil Nadia dengan lembut.

"Hmm."

"Kenapa awak tak kerja?" mendengar soalan itu, Dayyan mengangkat keningnya memandang Nadia. Kelihatan Nadia sedikit takut.

"S...sorry. Saya tak ada niat lain pun. Just curious," kata Nadia bersama wajah yang bersalah. Dayyan tersenyum kecil.

"Luna tak bagi. Dia kata biar dia je yang kerja dan saya jaga rumah. Dia nak setiap kali dia balik, wajah saya jelah yang dia akan nampak," balas Dayyan bersama senyuman namun senyuman itu mati apabila mengingatkan yang dia masih lagi tidak memberitahu tentang hubungan dia dengan Nadia sekarang.

'Maafkan Dayyan, Luna.'

"Awak tak rasa nak kerja ke?" soal Nadia lagi.

"Ada tu adalah...tapi saya akan tunaikan apa yang dia nak."

"Don't you think she's too selfish? Bayangkan kalau tiba-tiba dia tinggalkan awak... Awak nak survive macam mana? Rumah ni pun dia yang punya. Sekali dia halau awak... awak tahu jelah apa maksud saya."

Dayyan terdiam. Melihat Dayyan diam dan kaku membuatkan Nadia mengetap bibirnya.

"Err...maaf. Saya tak ada niat nak burukkan dia. Sorry, awak," ujar Nadia sambil mengusap tangan Dayyan menggunakan tangan kirinya.

Dayyan bagaikan tersedar daripada termenung dan hanya menganggukkan kepalanya bersama senyuman kecil.

Tiba-tiba kata-kata Nadia bermain di dalam fikirannya. Betul ke Luna nak tinggalkan aku?

Mungkin...sebab dia ada Kai.

Seperti ada suara yang membalas persoalan dia. Dayyan menggenggam tangannya.

***

"She's your wife? Then...me? Luna ni siapa untuk Dayyan?" mata Luna menjadi kuyu dan suara dia terus berubah menjadi lemah dan lembut.

"Awak hanyalah seorang perempuan yang pentingkan diri sendiri! Awak sanggup buat apa saja yang awak nak.  Bagi awak, apa yang awak nak, awak akan dapat. You are selfish!"

Rasa nak jatuh saja Luna apabila Dayyan kata seperti itu. Mata dia tidak lepas memandang mata Dayyan cuba memastikan adakah apa yang Dayyan kata itu betul-betul daripada hatinya?

Kalau betul...

Luna menundukkan kepalanya memandang lantai. Matanya dipejam dan gugurlah air matanya.

"Luna minta maaf sebab pentingkan diri. Luna minta maaf sebab Luna jumpa Dayyan bila Luna sampai ke Malaysia. Luna minta maaf sebab datang kepada Dayyan dan suruh Dayyan kahwin dengan Luna hanya sebab Luna pentingkan diri. Hanya sebab Luna cintakan Dayyan, Luna paksa Dayyan kahwin dengan Luna even though Luna tak tahu pun sama ada Dayyan cintakan Luna ataupun tidak. And... I'm so sorry because I said I love you."

Dayyan terpanar.

"Luna..." nama itu disebut oleh Dayyan dengan perlahan. Luna mengangkat kepalanya semula bersama air mata berlinangan.

"Satu je Luna nak tahu sekarang. Selama setahun Dayyan sah jadi suami Luna dan selama setahun Dayyan cakap Dayyan sayangkan Luna... Is it true? Dayyan sayangkan Luna?" soal Luna. Dayyan tidak mampu bertentangan mata dengan Luna.

Melihat Luna menangis membuatkan dia kecewa dan ingin saja dia memeluk Luna sekarang namun...ego dia terlalu tinggi. Wajah Kai sedang tersenyum bermain di dalam fikirannya.

"Dayyan, look at me! Do you love me?" suara Luna menjadi lebih tegas. Dayyan masih lagi tidak memandang dia menyebabkan Luna tersenyum nipis.

Tangan dia mula menyapu pipinya yang basah dengan air mata yang sia-sia saja gugur.

"I guess... Dayyan tak perlu jawab soalan bodoh tu. Luna dah tahu," kata Luna sebelum dia melangkah setapak ke hadapan dan tangan kiri Dayyan diambil lalu digenggam erat sebelum tangan itu disalam dan dicium lembut.

Luna memejamkan matanya sambil menyalami tangan suaminya yang sah.

"Halalkan makan minum Luna yang Dayyan selalu sediakan. Maafkan Luna kerana selama ni Luna tipu Dayyan yang Luna sayangkan Dayyan sedangkan... Luna selfish. Maafkan segala-galanya." Dayyan terkejut apabila tangannya disalam oleh Luna. Tiba-tiba dia merasakan matanya mula berlinang.

"Tapi Luna nak Dayyan tahu yang... You make me be the happiest wife in this world and... I. Love. You," sambung Luna sebelum tangan Dayyan dilepaskan.

Kemudian, Luna tanpa memandang Dayyan terus melangkah pergi membawa diri. Dayyan menjadi kaku dan buntu.

Dia mahu mengejar dan menahan Luna namun kakinya melekat di atas lantai tidak memberi peluang untuk dia melangkah. Malah, panggilan Nadia juga dia tidak dengar.

Apa yang dia nampak sekarang adalah wajah Luna tersenyum kepadanya kemudian pergi meninggalkan dia....

untuk selama-lamanya.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now