☾︎ Bab 34 ☽︎

1K 30 0
                                    

"Padan muka kau! Anak tak guna!"

"Mama! Mama!"

Luna yang sudah meronta-ronta di dalam kolam menutup telinga. Dia tidak tahan mendengar gelak tawa jahat dan juga cacian daripada suara itu.

"Mmm!" Luna mula hilang oksigen untuk bernafas. Matanya sempat menangkap seseorang datang kepadanya.

'Dayyan.' Nama itu sempat dia sebut dalam hati sebelum pandangannya semakin gelap.

Dayyan yang tadi berlari untuk mendapatkan Luna terus terhenti apabila Luna sudah pun diselamatkan oleh seorang lelaki yang dia tidak kenali.

Lelaki itu menepuk-nepuk pipi Luna. Dayyan segera melangkah ke arah Luna yang terbaring tidak sedarkan diri. Lelaki yang menyelamatkan isterinya ditolak jauh kemudian dia meribakan kepala Luna.

"Luna....bangun sayang," kata Dayyan berkali-kali. Melihat Luna yang masih lagi tidak sedarkan diri, dia mengambil tindakan yang berani.

Kepalanya ditundukkan untuk memberi isterinya CPR. Pandangan tetamu yang lain terkejut dia buat tidak endah saja. Biarlah. Isteri dia jugak.

"Uhuk!" Luna terbatuk-batuk sambil mengeluarkan air dari mulutnya. Badannya menggeletar dan fikirannya hanya memikirkan suara-suara tadi.

Itu suara mamanya dahulu sewaktu dia kecil. Mata dia lari memandang mamanya yang berada di belakang. Kelihatan mamanya risau. Bukan seperti dulu.

"Luna okay?" soalan Dayyan mematikan lamunannya. Dia menganggukkan kepalanya sekali gus dia dipeluk erat oleh Dayyan.

Dayyan mengusap rambut Luna dan satu ciuman mendarat pada dahi Luna. Betapa risaunya dia tadi. Rasa nak mati je tadi melihat Luna hanya tenggelam.

Jaket dia disarungkan pada tubuh Luna yang basah. Kelihatan Luna hanya mendiamkan diri. Dayyan mengangkat bahu Luna lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

Maria mahu mengikut sama tetapi Dayyan menghalang.

"Tak apalah. Mamakan ada tetamu yang lain. Luna biar Dayyan jaga," kata Dayyan sambil tersenyum. Bahu Luna diusap. Cuba menghangatkan tubuh isterinya.

Maria mengusap lembut rambut Luna. Dia mengeluh.

"Iyelah. Jaga Luna elok-elok ye."

***

Selesai saja Luna keluar daripada bilik air, Dayyan bergegas mendapatkan Luna. Luna dibawa ke katil lalu melabuhkan punggung di situ.

Dari tadi dia mendiamkan diri dan termenung. Dayyan pula tidak berani membuka mulut.

Tuala kecil diambil lalu dia bersila di belakang Luna. Rambut Luna dikeringkan menggunakan tuala itu. Sedang dia mengeringkan rambut Luna, tiba-tiba tangan kanannya dipegang oleh Luna.

Dayyan terdiam untuk seketika. "Kenapa?" soal Dayyan.

Luna tidak menjawab. Dia hanya menggenggam erat tangan Dayyan sebelum berpusing ke belakang menghadap Dayyan. Matanya bertembung dengan mata Dayyan lama.

Tanpa memberi isyarat, Luna terus memeluk tubuh Dayyan sehinggakan Dayyan terkejut.

"Kenapa ni?" makin Dayyan soal, makin erat pelukan Luna. Dayyan akhirnya mengalah dan membalas pelukan itu. Kaki Luna ditarik melingkari pinggang dia.

"Terima kasih selamatkan Luna," bisik Luna perlahan. Dayyan tersentak. Wajah lelaki yang dia tidak kenali tadi muncul di dalam fikirannya.

"Bukan Dayyan yang selamatkan Luna," kata Dayyan jujur. Luna meleraikan pelukan. Dia berkerut.

"Bukan Dayyan? Habistu siapa?" soal Luna pelik. Dayyan mengeluh sebelum mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"Dayyan pun tak tahu. Tak kenal pun."

Jawapan itu membuatkan suasana menjadi sunyi untuk seketika. Dayyan merasakan sesuatu yang tidak kena.

Dia sedar yang sewaktu dia melihat lelaki itu menyelamatkan Luna, dia berasa marah dan geram. Sudahlah peluk isteri dia. Nasib baik waktu tu kecemasan.

"Luna kenal ke lelaki tu?" mata Dayyan menikam mata Luna.

"Lelaki tu macam mana?"

"Tinggi dia lebih kurang macam Dayyan. Muka dia...boleh tahan. Badan dia...agak tough," terang Dayyan. Luna semakin berkerut. Siapa eh?

"Ke...Luna ada lelaki lain?"

Tersentak Luna mendengar soalan itu. Wajahnya bertukar serius dan dingin.

"Dayyan rasa Luna ada lelaki lain? Luna curang?" soal Luna. Dayyan hanya diam. Tidak menggeleng dan sebagainya. Perkara itu membuatkan Luna terkilan.

Dia mula turun dari katil. Dayyan segera mendapatkan Luna. Dia berdiri betul-betul berhadapan pintu, menghalang Luna daripada keluar.

"Tepi." suara Luna sangat dingin. Dayyan menggelengkan kepalanya.

"Jawap dulu soalan Dayyan. Luna ada lelaki lain ke?" soal Dayyan dan kini, dia serius. Entah kenapa dia mula ragu-ragu. Wajah risau lelaki itu membuatkan dia yakin lelaki itu rapat dengan Luna.

"Kenapa Dayyan tanya macam tu?" Luna merasakan Dayyan tidak percaya pada dirinya.

"Sebab Dayyan ragu-ragu dengan Luna. Dayyan pasti lelaki tu rapat dengan Luna dan mungkin lebih daripada seorang kawan," luah Dayyan apa yang dia rasa ketika ini.

Luna terkejut dengan luahan itu. Dia terundur ke belakang tidak mempercayai apa yang dia baru saja dengar.

Matanya memandang Dayyan tajam. Perasaan marah mula muncul di dalam dirinya.

"You don't trust me, don't you?" soal Luna.

"Macam mana Dayyan nak percaya kalau Luna tak jawab pun soalan Dayyan."

"Fine. Luna tak ada lelaki lain selain Dayyan. Puas?" Dayyan menggelengkan kepalanya membuatkan Luna tercengang.

"Buktikan yang Luna tak ada lelaki lain selain Dayyan," arah Dayyan.

"How?!" suara Luna sudah naik satu oktaf. Dayyan melangkah laju ke arah Luna dan pinggang Luna ditarik rapat ke tubuhnya.

Tanpa menunggu Luna membuka mulut, dia terus merapatkan wajahnya dan bibir Luna dikucup paksa.

Luna terbuntang mata dan tubuh Dayyan ditolak kasar.

"Macam ni ke bukti yang kau nak?!" tengking Luna. Dayyan menundukkan kepalanya. Luna mendengus kasar sebelum meninggalkan Dayyan.

Pintu bilik dibuka kasar dan dia terus terpegun. Matanya terbuka luas memandang wajah di hadapannya.

Lelaki di hadapannya yang tadi terkejut kini tersenyum manis.

"Hi, my moon."

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now