☾︎ Bab 10 ☽︎

1.2K 55 2
                                    

Luna tersedar apabila pegangannya sudah pun terlepas.

"Cik Luna," panggil doktor yang memeriksa Tan Sri tadi. Luna memandang doktor itu tanpa membuka mulutnya. Air matanya dibiarkan sahaja.

"Maafkan saya," ucap doktor itu sambil menunduk. Luna menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Tak...takkan."

Luna menidakkan apa yang doktor itu maksudkan. Dia mula memegang bahu doktor itu dengan kuat. 

"Macam mana kau buat kerja kau?! Sekarang ni, kau bagitahu aku berapa ribu aku kena bayar supaya papa aku bangun!"

Tajam mata Luna memandang doktor itu. Dayyan mula melangkah menghampiri Luna dan cuba meleraikan pegangan Luna daripada doktor itu.

Doktor itu hanya senyap tidak menjawab pertanyaan Luna. Dia menggelengkan kepalanya.

"Maafkan saya sekali lagi, Cik Luna. Kami dah buat yang terbaik," kata doktor itu sebelum melangkah keluar dan hanya tinggal nurse sahaja yang menguruskan Tan Sri yang sudah pun tidak bernafas.

Luna berdiri memandang Tan Sri seperti orang yang sudah buntu ingin melakukan sesuatu.

Dia berjalan ke katil Tan Sri dan bahu Tan Sri dipegangnya.

"Papa, bangun. Buka mata...pa." Luna menjadi sedih semula. Matanya kembali mengeluarkan air matanya. Nurse yang berada disitu terdiam memandang Luna dengan pandangan sayu. Luna memeluk Tan Sri dan meletakkan kepalanya di dada Tan Sri.

"Papa...please. I need you," ucap Luna sebelum memejamkan matanya. Dia memeluk Tan Sri dengan erat sehinggakan jururawat yang lain terpaksa menegur Luna.

Mereka perlu menguruskan jenazah Tan Sri.

"Cik Luna," panggil Dayyan sambil cuba meleraikan pelukan Luna pada tubuh Tan Sri.

"Lepaslah!" marah Luna apabila orang lain cuba melepaskan pelukannya. Dayyan terpaksa menarik Luna lebih kuat.

"Papa! Papa!" jerit Luna meroyan apabila melihat jururawat sudah mula membawa katil Tan Sri ke luar. Luna meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi Dayyan mengeratkan pelukannya pada Luna.

"Argh! Suk...suk..." Luna menangis semahu-mahunya apabila katil Tan Sri sudah pun dibawa keluar. Dayyan memeluk Luna erat dan kepala Luna disandarkan pada dadanya.

"Shh..." Dayyan pujuk Luna sambil menepuk lembut bahu Luna. Terhinjut-hinjut tubuh Luna dan dia membenamkan matanya ke dada Dayyan. Tangannya membalas pelukan Dayyan.

Dayyan memandang wajah Luna dengan sayu. Apa yang dia boleh lakukan? Tuhan lebih sayangkan Tan Sri. Pelukan pada Luna dieratkan dan mereka berdua berada dalam keadaan begitu sehinggalah tangisan Luna sudah lega.

***

Suasana di kawasan kubur itu senyap. Luna berdiri bersebelahan  Maria. Semua yang berada di kubur arwah Tan Sri menjadi sebak. Ada yang merenung kubur arwah Tan Sri dengan pandangan yang sayu. Ada yang menangis. Tetapi, Luna sahaja yang seperti patung.

Nangis tidak, senyum pun tidak. Wajahnya hanya kosong dan nampak sedikit pucat. Mungkin kerana dia sudah terlalu banyak menangis.

Tidak lama selepas itu, beberapa orang sudah pun mengundur diri terlebih dahulu. Ada yang mengucap takziah. Maria sudah pun hilang ke mana. Hanya tinggal Luna dan Dayyan sahaja berdiri di kubur itu.

Dayyan yang berada di belakang Luna daripada tadi memerhati Luna. Risau dia melihat keadaan Luna. Mata Luna lebam akibat terlalu banyak menangis.

"Cik Luna. Jom," tegur Dayyan di sebelah. Luna mengeluh nafas perlahan sebelum menganggukkan kepalanya.

"Luna pergi dulu ye, papa," kata Luna sebelum pergi meninggalkan kawasan kubur.

Panas hati Luna apabila melihat Maria sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki di tempat letak kereta. Dia pada mulanya ingin buat tidak tahu sahaja tetapi apabila dia terdengar apa yang dibincangkan, Luna mengenggam tangannya dengan kuat.

"Syarikat semua saya akan uruskan. Harta peninggalannya awak jangan risau. Saya pasti Tan Sri ada meninggalkan wasiatnya."

"Kau ni memang setan kan," kata Luna dengan kasar. Maria menoleh kebelakang memandang Luna. Dia berkerut dahinya.

"Apa kau cakap?" Maria tidak berpuas hati dengan kata Luna yang kasar itu.

"Kau setan  yang bertopengkan manusia," kata Luna dengan wajah marahnya. Maria mengangkat kening sebelahnya sebelum berpeluk tubuh.

"Apa yang aku buat sampaikan kau kata aku ni setan?" tanya Maria.

"Sebab kau tak ada perasaan langsung bila orang yang sedarah dengan kau dah pergi dari dunia ni. Kau tak rasa bersalah ke? Orang sepatutnya bila orang yang dekat dengan kita meninggal, kau patutnya pergi sedekahkan pahala untuk dia. Bukan fikir pasal harta!" marah Luna.

"So? Aku sembahyang pun tak." selamba sahaja Maria balas dengan wajah bersahajanya.

"Orang yang tak bernyawa tadi tu abang kau Maria! Abang kau!" tengking Luna cuba menyedarkan Maria.

"Ye, aku tahu dia tu abang aku. Sedarah dengan aku. Sepatutnya kau tu yang jangan masuk campur," kata Maria. Luna mengetap bibirnya menahan marah. Kalau ikutkan hati, dah lama Maria pun tidak bernyawa hari ini.

"Kau memang setan, Maria! Setan!" jerit Luna sebelum berlalu pergi masuk ke dalam keretanya. Malas mahu bertekak lama-lama dengan setan seperti Maria.

Maria hanya memandang kosong kereta Luna yang sudah berjalan keluar daripada pagar utama kubur.

Dia menoleh memandang lelaki tadi.

"Jom masuk. Kita sambung dalam kereta."

***

Sudah seminggu berlalu sejak kematian Tan Sri. Luna sudah tidak seperti dulu. Kini, dia hanya membisu dan wajah kosong sahaja di wajahnya.

Dayyan sedar akan perkara itu. Dia pun mengambil keputusan untuk melihat keadaan Luna sekarang. Dia sudah pun berdiri di hadapan pintu bilik Luna. Tangannya teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik itu.

Tok! Tok!

Tiada sahutan pun. Dayyan bingung.

"Cik Luna," panggil Dayyan dari luar. Masih lagi tiada sahutan. Dayyan melekapkan telinganya ke pintu bilik itu. Senyap sahaja.

Dayyan mula curiga dan tidak sedap hati. Dia mula memegang tombol pintu lalu dipulasnya. Dia tahu itu salah tapi nak buat macam mana?

Dia menjenguk melihat ke dalam bilik itu. Gelap. Langsir yang sedang beralun ditiup angin itu mula menarik perhatian Dayyan. Mungkin Luna berada di balkoni.

Dayyan melangkah masuk sebelum pintu bilik itu ditutup dengan senyap. Seperti penyangak pula. Dia berjalan menuju ke balkoni dan dapat dilihat Luna sedap duduk bersila di pintu balkoni. Dayyan mengeluh lega.

Dia mengukirkan senyuman sebelum melangkah menghampiri Luna. Baru sahaja dia mahu duduk, terus senyuman dia tadi mati.

"Cik Luna nak buat apa dengan pisau tu?!"

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now