☾︎ Bab 40 ☽︎

1.2K 34 1
                                    

Luna memandang pemandangan luar bersama senyuman yang lebar. Siapa sangka apa yang dia cadang, berjaya juga.

"Sudah-sudahlah tu... Nanti jumpa jugak suami kau tu."

Ketawa Luna mendengar teguran Kai di sebelahnya. Dia menolehkan kepalanya memandang sahabat baiknya itu.

"Tahulah... Tapi aku happy giler sekarang ni. Mesti dia pun happykan? Siapa je yang tahu aku balik hari ni? Kalau ikutkan aku balik lusa tapi disebabkan aku dah rindu sangat dekat dia... Aku tak tidur tau sebab nak balik cepat-cepat," ujar Luna.

Kai membuat wajah menyampahnya.

"Maklumlah... Saya single." masing-masing mengeluarkan tawa.

***

Luna menarik nafas dalam-dalam. Kunci di tangan dipegang dan digenggam. Entahlah kenapa dia rasa sesuatu yang lain. Namun, digelengnya kepala dengan laju cuba berfikiran positif.

Buka saja pintu rumah, Luna terus berlari masuk ke dalam. Luggage dia ditinggalkan begitu saja di hadapan pintu.

Sudah pasti Dayyan kesayangan dia yang dia akan cari terlebih dahulu.

"Dayyan!" jerit Luna bersama senyuman yang lebar. Langkah dituju ke arah pintu dapur dan tubuh Dayyan terus didakap erat.

Dayyan terkejut dengan kehadiran Luna. Terlalu tercengan sehinggakan pelukan Luna tidak dibalas. Tangannya keras kejung.

Luna melingkari leher Dayyan. Mata dia bertemu tepat dengan mata Dayyan.

"How is your day? Luna rindu...sangat dekat Dayyan." baru saja dia mahu mengucup wajah Dayyan, tangan Dayyan lebih pantas menekup mulut Luna.

Mata Dayyan melihat ke belakang sekejap sebelum tangan Luna dijatuhkan dari leher dia.

Senyuman Luna mula mengendur. Pelik dengan sikap Dayyan. Namun, Luna kembali mengukirkan senyumannya cuba menceriakan suasana.

Luna tunduk ke bawah untuk mengambil beg kertas yang dibawanya tadi tiba-tiba ekor matanya melihat kaki seseorang melangkah dari arah dapur.

Luna kaku sekejap sebelum menegakkan semula tubuhnya. Matanya terbuntang melihat perempuan misteri yang sedang membalas pandangannya. Perempuan itu tersenyum.

Mata Luna laju lari memandang Dayyan. Dayyan seperti cuba melarikan pandangan.

"Si...siapa ni Dayyan? Tak bagitahu pun kita ada tetamu hari ini?" soal Luna dalam nada yang lembut. Walaupun macam-macam perkara buruk muncul di dalam kepalanya namun dia cuba membuang itu semua.

Luna saja yang tahu betapa berdebarnya dia sekarang. Hatinya juga tidak sedap. Tidak mungkin... Dayyan tak akan buat macam tu.

Dayyan hanya senyap. Luna mengalihkan pandangannya memandang perempuan itu pula. Satu senyuman kekok diukir. Tangan kanan dihulur ke hadapan.

"Nice to meet you. Saya Luna, isteri Dayyan. Awak?"

Tangan itu disambut.

"Saya Nadia," jawap Nadia bersama senyuman manis. Luna menganggukkan kepala dan matanya perasan akan cincin yang tersarung di jari Nadia.

"Suami mana? Tak nampak pun?" soal Luna sambil matanya melilau mencari suami Nadia. Hatinya sedikit lega apabila Nadia memakai cincin bermaksud Nadia sudah mempunyai suami.

"Aaa...." Nadia menjeling Dayyan sekilas.

"Luna-" belum sempat Dayyan ingin menghabiskan ayatnya, Luna sudah memotong. Dia teruju untuk tunjuk kepada Dayyan hadiah dia..

"Oh ya, hubby. Ni Luna ada belikan untuk hubby and... Ada surprise!" Luna menghulurkan hadiahnya namun Dayyan diam membeku.

"It's okay...biar Luna bukakan." tanpa menunggu balasan, Luna membuka penutup hadiah itu lalu terpampang seutas jam tangan yang terhias cantik.

Lebar senyuman Luna tetapi bukan Dayyan.

"See! And the surprise is..."

"Nadia isteri Dayyan."

Senyuman Luna  mati apabila Dayyan bersuara. Dia rasa seperti jantungnya tiba-tiba berhenti.

Perlahan-lahan dia memandang Dayyan. Matanya tajam menikam mata Luna.

"Haha...Dayyan gurau je kan? Or... Luna salah dengar?" Luna senyum kekok. Matanya memandang Nadia dan Dayyan silih berganti.

Tidak mungkin apa yang dikatakan oleh Dayyan itu benar. No...

"Dayyan ni... Dah pandai berguraukan sekarang? Kan Nadia?" Luna mengeluarkan tawa yang dibuat-buat.

"Dahlah Dayyan.... Terkejut Luna tau. Janganlah bergurau macam tu," ujar Luna bersama senyuman.

"Dayyan tak bergurau! She is my wife," kata Dayyan dengan serius. Kali ini, Luna benar-benar terkejut. Dia menjadi kaku. Kepalanya digeleng-geleng memandang Dayyan.

"Tak...tak...Dayyan tak akan-"

Tiba-tiba cincin di jari Nadia tadi bermain di dalam fikirannya. Jadi...

Luna tersenyum senget.

"H...how?" soal Luna sambil matanya memandang cincin di tangan Nadia.

"Nanti Dayyan explain."

"HOW!!" hadiah di tangan terus dibaling ke arah Dayyan. Mata Luna menjadi merah. Nafasnya tercungap-cungap.

"Macam mana Dayyan boleh kahwin! Apa yang Dayyan dah buat!" jerit Luna dengan perasaan yang marah.

"I will explain later. Sekarang ni Luna tenang-"

"NO!" tangan Dayyan yang ingin memegang Luna ditepis kasar. Wajahnya naik merah. Air matanya mula bertakung. Dia saja yang tahu betapa sakitnya apabila Dayyan buat dia seperti ini.

"Kenapa kau buat aku macam ni! Apa yang kau buat!" berkali-kali dada Dayyan dipukul kuat oleh Luna. Setiap kali itu jugalah Dayyan ingin menahan Luna namun pasti akan ditepis kuat.

"Luna!" jerit Dayyan cuba menyedarkan Luna.

"Diam!" tengking Luna dan jari telunjuknya sudah dituju tepat di wajah Dayyan.

"Kau...." mata Luna tajam membalas pandangan mata Dayyan.

Air mata Luna sempat menitis. Dayyan terkilan.

"Tahniah. Tahniah sebab ambilkan aku madu," bisik Luna sebelum melangkah pergi masuk ke dalam biliknya.

Bang!

Terhinjut bahu Dayyan dan Nadia mendengar hentaman pintu.

"Awak...," panggil Nadia lembut. Kejadian tadi agak mengejutkan dia. Dayyan diam membatu memandang jam tangan tadi pecah di atas lantai.

"Dayyan minta maaf."

♥︎♥︎♥︎

sorry guys sebab lambat update. AK busy sangat and i will try update macam biasa ye.

Thanks kepada yang selalu support AK. ❤️❤️

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now