Luna membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik dalam langkah yang lemah. Kejadian tadi masih lagi membuatkan dia terkejut. Melihat Dayyan yang sudah pun melelapkan mata, Luna membaringkan tubuhnya membelakangi Dayyan.
Selimut ditarik sehingga ke lehernya dan dia memejamkan mata. Keterangan mamanya tadi bermain di dalam fikirannya.
Dayyan yang merasakan ada seseorang melabuhkan tubuh di sebelahnya, mencelikkan mata. Dia melihat tubuh Luna yang membelakanginya.
Baru saja dia nak membuka mulut, memanggil Luna, matanya menangkap bahu Luna yang terhinjut-hinjut. Lekas dia bangun terduduk dan menarik bahu Luna menghadapnya.
Jelaslah Luna sedang menangis. Dayyan tanpa menunggu lama terus menarik Luna ke dadanya. Pinggang dia dipeluk erat oleh Luna.
Tersedu-sedu Luna menangis di dada budang suaminya. Kepala dia diusap lembut oleh Dayyan. Sekali-sekala dahinya diciuma oleh Dayyan.
"Shhh..." Dayyan cuba menenangkan Luna. Dia hanya membiarkan Luna menangis dan mendiamkan diri. Lebih baik begitu. Biarlah isterinya melepaskan segala-galanya.
Selepas beberapa minit, Luna senyap. Dayyan masih lagi menepuk bahunya seperti budak-budak. Luna meleraikan pelukannya dan mengesat air matanya.
Dayyan hanya diam dan tunggu untuk Luna membuka mulut. Tiba-tiba Luna ketawa kecil membuatkan Dayyan menjadi bingung.
"Kenapa, wifey?" soal Dayyan pelik. Tadi menangis, tiba-tiba gelak pulak. Kalau nak main-main pun agak-agaklah...malam kot.
"Tak ada apa-apa just...habis baju hubby basah." Luna menghalakan jari telunjuknya ke baju Dayyan yang basah lenjun. Dayyan tersenyum sebelum membuka bajunya.
"Okay, done." baju itu dibaling ke lantai. Ternganga Luna dibuatnya. Dia memandang wajah Dayyan dan tubuh Dayyan yang seksi itu.
"Are you kidding me?" Luna berpeluk tubuh dan kening sebelah diangkat ala-ala Ziana Zain.
"What?" Dayyan mengangkat bahunya serentak. Luna mencebik dan matanya juling ke atas.
"Sorry, Luna period malam ni," ujar Luna. Dayyan tergelak kecil sebelum dia mendepakan tangannya.
"Come." Luna terus mendakap tubuh Dayyan sebelum masing-masing membaringkan diri. Luna selesakan kepalanya pada lengan Dayyan.
"Auch!" adu Dayyan apabila tiba-tiba saja Luna mengigit dada dia. Matanya memandang Luna tajam.
"Luna...behave," pesan Dayyan. Luna tersengih sebelum membenamkan wajahnya pada dada Dayyan. Pelukan dieratkan.
"Bila Luna habis?" soal Dayyan. Luna mengangkat kepalanya memandang Dayyan.
"Habis apa?"
"Your ABC."
"Adalah...kenapa?" Dayyan menggelengkan kepalanya sebelum matanya dipejam. Pinggang Luna ditarik rapat.
"Ish...bagitahulah kenapa Dayyan tanya..."
"Tak ada apa. Dah tidur." kepala Luna ditarik paksa ke dadanya. Luna mendengus tidak berpuas hati..
"Cakap jelah nak buat anak. Bukan susah pun," bebel Luna.
"Luna Elaina!"
***
Dayyan membelek-belek pakaiannya di cermin. Sekejap dia membetulkan tie...sekejap dia membetulkan rambut. Luna pula dari tadi memandang suaminya dengan pandangan yang lain macam.
Setelah puas dengan penampilannya, Dayyan memusingkan badannya dan terus dia terkejut. Entah sejak bila Luna berada di belakangnya.
"Wifey kenapa?" pelik melihat Luna yang seperti sedang menggatal memandang dia. Dia mengundur ke belakang apabila Luna melangkah ke hadapan. Disebabkan ada cermin di belakang, Dayyan berhenti mengundur. Tangannya diletakkan di hadapan.
Luna mendekati suaminya dan sebelah tangan dilekapkan pada dinding sebelah lagi bermain di tie Dayyan. Dayyan menjadi cemas. Tangan Luna yang bermain pada tienya dipegang.
"K...kenapa?"
"You look so hot." merah padam pipi Dayyan dibuatnya.
"Luna pun nampak hot jugak. And you look like an angel. My angel." Dayyan melarikan matanya memandang gaun labuh yang dipakai oleh Luna.
"Well..." Luna memandang jam dia dinding.
"Kita ada 30 minit lagi sebelum majlis tu bermula," kata Luna. Dayyan menganggukkan kepalanya dengan polos.
"Jom." Dayyan menjadi blur.
"Jom?"
"Yelah jom." Luna terus menjengketkan kakinya dan mendekatkan wajahnya pada wajah Dayyan. Baru saja nak sampai ke sasarannya, mulutnya ditekup oleh Dayyan. Dayyan menggelengkan kepalanya.
"No. Wifey ABC." Luna mendengus dan menjarakkan tubuhnya semula. Dia memuncungkan mulutnya. Dayyan pula sudah mengeluh lega. Mana mungkin nak buat dalam masa 30 minit? Sudahlah nak bersiap pun lama...
"Dah. Tak payah nak muncung sangat. Jom jumpa mama," ajak Dayyan sekali gus menarik tangan Luna mengikut jejak langkahnya. Luna hanya mengikut dengan langkah yang malas.
***
Walaupun hubungan Maria dan Luna agak kekok namun mereka tetap bertegur antara satu sama lain. Maria sedaya upaya cuba merapatkan dia dan Luna. Luna pula sedaya upaya memberi kerjasama.
Pak Mat dan Dayyan tersenyum gembira melihat perkara itu.
"Mama. Luna nak ambil kek sekejap." Maria menganggukkan kepalanya. Luna memberitahu kepada Dayyan terlebih dahulu sebelum berlalu pergi. Nanti kalau dia tak bagitahu Dayyan, susah pula. Suaminya itu bukannya boleh kalau hilang dia sekejap. Nanti mesti panik.
Luna melalui sebelah kolam renang memandangkan ramai tetamu di dalam dan juga di luar. Sangatlah sesak. Sedang dia termenung sambil melangkah, tiba-tiba satu suara memanggil namanya.
Luna menoleh ke arah itu dan cari siapa yang memanggil nama dia. Sangkanya Maria ataupun tetamu di situ namun semua orang sibuk berborak. Luna menjadi pelik.
Dia memusingkan badannya semula dan tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.
Disebabkan dia tidak dapat mengimbang badannya, dia terus terjatuh masuk ke dalam kolam.
Semua tetamu terkejut dan Dayyan yang sedar akan perkara itu terus berlari untuk mendapatkan Luna.
Luna yang sudah tenggelam cuba untuk naik semula namun tiba-tiba satu suara muncul di dalam fikirannya.
"Padan muka kau! Anak tak guna!"
"Mama! Mama!"
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...