☾︎ Bab 48 ☽︎

1.4K 33 0
                                    

Luna menjerit kecil apabila tubuhnya tiba-tiba diangkat lalu diletakkan di atas meja.

"Dayyan-" sekali lagi mulutnya dikunci oleh Dayyan. Luna memukul bahu Dayyan minta untuk dilepaskan namun semakin lama, dia semakin lemas di dalam kucupan hangat Dayyan.

Dayyan mula mencari tangan Luna lalu digenggam erat sebelum tangan Luna diletakkan di atas bahunya. Luna menjadi semakin leka dengan dengan sentuhan Dayyan.

Lama kelamaan, Luna mula mengikut rentak Dayyan. Tangannya melingkari leher Dayyan dan menarik Dayyan untuk rapat dengannya. Mereka menjarakkan wajah kembali untuk mengambil nafas.

Tangan Luna dilekapkan di pipi Dayyan. Dayyan mula mendekatkan wajahnya kembali sebelum...

"Mama..."

Terus Dayyan terjatuh ke belakang akibat tolakan Luna. Luna pantas turun dari meja dan membetulkan rambutnya yang serabai. Nasib baik baju yang dipakainya dalam keadaan yang selamat.

Dayyan menggosok punggungnya. Tak pasal-pasal dia yang kena.

"Lara..." Luna mengukir senyuman manis untuk anak kecilnya.

"Kenapa tak tidur lagi?" soal Luna sambil memerhati Lara yang melangkah kecil ke arahnya.

"Lara nak tidur dengan mama," jawab Lara dengan wajah yang comel.

"Good! Boleh-boleh." Luna sedikit lega dengan permintaan Lara. Sekurang-kurangnya dia tidak tidur berdua dengan Dayyan lepas apa yang berlaku tadi.

Dayyan pula sedikit kecewa. Bukan dia tidak mahu Lara tidur bersama tapi... Dia mahu Luna! Dayyan menggaru kepalanya sebelum perlahan melangkah ke katil.

Lara terus naik ke atas katil dan menarik selimut untuknya.

"Come mama...papa."

Luna memandang Dayyan untuk seketika sebelum berdehem. Dia pun naik ke katil. Dayyan melakukan perkara yang sama.

"Goodnight, mama." Lara mengucup pipi Luna dan Luna membalasnya.

"Goodnight, papa." Lara melakukan perkara yang sama pada Dayyan.

"Goodnight, honey," balas Dayyan sebelum sebuah ciuman di pipi gebu Lara.

Lara tersenyum gembira sebelum melelapkan matanya.

Suasana menjadi sunyi sepi. Luna memandang ke siling. Dayyan memandang ke siling. Masing-masing diamkan diri. Dayyan mula menjeling ke tepi.

"Luna."

"Diam." terus Dayyan menekup mulutnya dengan tangan. Luna pusingkan badannya membelakangi Dayyan dan melelapkan matanya. Dayyan mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat Luna kemudian dia mengeluh.

'Tak apa... Esok ada lagi,' pesan Dayyan pada diri sendiri.

...

Dayyan yang baru sahaja terjaga terus meraba di sebelahnya. Dia membuka mata dan lihat.

Kosong.

Dayyan melihat jam di meja. Sudah pukul 9 pagi. Dia meraup wajahnya. Sudah pasti Luna berada di pejabatnya sekarang ini.

Tanpa membuang masa, Dayyan segera membersihkan diri dan bersiap. Nampaknya, dia akan melawat Luna hari ini.

Dayyan melangkah bersama satu beg kertas di tangan. Senyumannya tidak lekang. Pintu bilik Luna diketuk.

"Masuk." Dayyan tersenyum dan membuka pintu tersebut.

Luna masih leka dengan kerjanya. Dayyan melangkah dengan perlahan dan berusaha tidak mahu menganggu Luna yang sedang khusyuk bekerja. Dia hanya berdiri tegak di hadapan meja Luna.

Bersama senyuman dan beg kertas di tangan, Dayyan setia menunggu.

Tidak lama selepas itu, Luna memandang Dayyan. Wajahnya tiada reaksi apabila Dayyan menunjukkan beg kertas yang dibawanya.

"Untuk Luna!" beg kertas itu diletakkan di atas meja. Luna merenung beg kertas itu lama.

"Dalam tu ada makanan special untuk Luna. Penat Dayyan buat... Makanlah," kata Dayyan, mengharapkan Luna mengambil makanan itu.

Kening sebelah Luna naik. Perlu ke dia ambil? Kalau dia tak ambil, apa yang akan jadi?

Akhirnya, Luna mengambil juga beg kertas itu namun dia terus meletakkan beg kertas itu di tepi. Tengok pun tak nak.

Dayyan sedikit lega dengan respon Luna.

Luna kembali melakukan kerjanya. Sangkanya Dayyan faham yang Luna memintanya untuk balik ke rumah dan biarkan dia sendiri di pejabatnya. Namun, hampehh...Dayyan masih lagi tersenyum di hadapannya.

Tangan Luna berhenti melakukan kerja dan dia mengeluh. Kepalanya diangkat untuk memandang Dayyan.

"Kau nak apa?" soal Luna.

"Dayyan nak makan dengan Luna."

Luna merenung Dayyan untuk seketika sebelum beg kertas tadi diambil lalu diletakkan kembali di atas meja.

"Nah, makan."

Mata Dayyan membesar. Dia memandang beg kertas itu dan Luna silih berganti.

"Luna?"

Luna mengeluh sekali lagi.

"Suap."

Satu perkataan itu membuatkan Dayyan terpegun seketika sebelum dia tersenyum lebar.

...

Luna masih lagi dengan kerjanya. Dayyan pula duduk di sebelah Luna bersama bekas makanan di tangan.

Tidak tahulah ini yang keberapa suap tetapi dia gembira Luna tidak berhenti mengunyah makanannya.

"Sedap?"

"Mmm..." Dayyan tersenyum sebelum dia kembali menyuap Luna. Luna pula hanya membuka mulutnya dan kunyah.

"Ops! Comot." Dayyan segera mengambil sehelai tisu di atas meja kemudian dilapkan di tepi bibir Luna yang sedikit comot.

'Macam budak-budak,' komen Dayyan di dalam hati. Geli hati melihat Luna seperti ini. Tidaklah terlalu beku.

Cupp!

Luna menjadi batu. Dia pusing ke sebelah dan...

"Mmm!" tangan Luna pantas menekup mulut Dayyan yang ingin menciumnya. Luna berkerut meminta penjelasan.

"What are you doing?" soal Luna. Dayyan menurunkan tangan Luna yang berada di mulutnya kemudian tersenyum lebar.

"Saja nak bermanja dengan Luna," jawab Dayyan.

"Tak payah. Aku tak suka."

"Iye ke tak suka?" soalan itu membuatkan Luna terdiam.

"Luna suka benda tu... Always. Semalam pun."

"Semalam?"

"Yes... Luna balas. Luna tak tolak pun," kata Dayyan mengenai apa yang berlaku semalam. Dia masih ingat bagaimana Luna menarik lehernya.

"Semalam... Just an accident. Aku balas bukan sebab aku suka tapi aku malas nak tolak sebab macam mana aku tolak sekalipun, kau tak akan berhenti. Aku terpaksa balas sebab aku malas. Apa yang berlaku semalam tak membawa makna apa-apa pun," terang Luna bersama wajah kosongnya.

Dayyan terdiam. Betulkah?

"Betul ke? Tak membawa makna apa-apa pun?" soal Dayyan sekali lagi.

"Yes. Tak membawa-"

Bukk!

...




Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now